Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

Rutin Persiapan Wajib Menjelang Ramadan...

Ahad ni kita akan memasuki Ramadan. Hanya tinggal tiga hari saja lagi maka bertemulah kita dengan 1 Ramadan 1443H. Berdoa semoga usia kita dilanjutkan Allah untuk dapat kita bertemu dengan Ramadan ini. Selalunya bila menjelang Ramadan, apa agaknya rutin yang selalu kita buat. Macam2 rutin atau amalan yang dibuat oleh orang tua kita dan kemudiannya diwarisi oleh kita pula.  Jom kita tgok antara rutin yang dilakukan. 1. Membuat pembahagian surah untuk tadarus bersama ahli keluarga. Emak, ayah, adik-beradik bagi yang belum berkeluarga. Manakala bagi yang sudah berkeluarga dan punyai anak yang dah besar, pembahagian surah yang boleh dibuat adalah untuk mak ayah dan anak2. Bagi yang bekerja, akan juga merancang tadarus bersama rakan sepejabat. 2. Bahagian mak2 pula akan menyediakan senarai menu berbuka untuk tempoh 30 hari berpuasa. Sediakan aje menunya..ikut hundred percent atau tidak itu nombor dua. Apa yang penting adalah perasaan tu dan semangat untuk menyambut dan meraikan Ramadan sert

Selepas Hujan Pasti Ada Pelangi Indah...

Jauh merenung... Merenung sesuatu tentang diri dan tentang kuasa Allah yang menggerakkan segalanya dan bukan diri kita. Kita tiada daya dan upaya melainkan dengan kuasa Allah. Berfikir sejenak...segala sesuatu yang berlaku dalam hidup kita bukan hadir secara kebetulan. Tapi hadir atas sebab perancangan dan kuasa Allah. Setiap apa yang berlaku itu ada rahsia Allah. Takkan mungkin berlaku saja2. Ada hikmahnya. Jika bahagia yang Allah hadirkan, maka bersyukur lah. Belajar bersyukur dan ucapkan alhamdulillah atas kurniaan Allah buat kita. Jangan sesekali kita lupa bahawa segala sesuatu yang berlaku itu adalah kerana Allah yang menggerakkannya dan bukan daripada kita sendiri. Sentiasa ingat setiap apa yang berlaku kerana ada yang mentadbirnya, iaitu Allah Azzawajjala. Jangan kita sombong dan beranggapan bahawa diri kita yang menggerakkan segalanya. Jika derita dan rasa kecewa yang perlu kita lalui, jangan kita bersedih dan berputus asa kerana kesedihan yang Allah hadirkan kepada kita itu pa

Kepimpinan Nabi Muhammad SAW...

Minggu lepas membaca satu buku kepimpinan bertajuk "Bagaimana Menjadi Pemimpin" karya Ir. Lukman Al-Hakim yang diterbitkan pada tahun 2019. Sekadar berkongsi apa yang penulis ceritakan tentang kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Mungkin bermanfaat buat kita semua. Bagaimana kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin Madinah menangani bangsa Yahudi di madinah: 1. Membina hubungan baik. Sebaik sahaja nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, antara perkara terawal yang badinda lakukan selain membina masjid dan mempersaudarakan umat Islam ialah menandatangani Perjanjian Madinah yang bertujuan untuk menjaga hubungan baik dan kesentosaan seluruh penduduk Madinah termasuk dengan bangsa Yahudi. 2. Sentiasa memberikan nasihat. 3. Berdiplomasi Rasulullah SAW merupakan pemimpin yang sangat bijaksana dalam diplomasi. Kekerasan hanya digunakan sebagai tindakn terakhir. 4. Bertindak tegas atas sebarang pengkhianatan. 5. Bersikap profesional dan tidak emosi Sama-sama kita berusaha untuk mencontoh

Kepingan Hati...

Tajuk entri kali ini adalah tajuk lagu daripada ST12. Melodi lagu ni sedap. Justeru saya letakkan di blog anggerikdesa. Sekadar content biasa saja sebab sejak dengar lagu ni beberapa bulan lepas, tiba2 "terjatuh cinta" dengan this song. Haha...itu lah dianya. Lagu ni pada saya sangat sedap kerana gabungan mantap antara melodi dan liriknya. Cara pembawakan oleh pentanyinya pun best..ada gaya tersendiri dalam menyampaikan lagu ni..diction dia juga sedap...mmg sesuai lagu ni dgn penyanyinya...sedap didengar. Yang paling best muziknya...mmg layan dengar... "Hapuslah air matamu Jangan pernah kau sesali aku Memang bukanlah yang terbaik tuk dirimu Pergi dariku jauh dariku." "Sakit bukanlah derita Kujalani dengan lapang dada Kurasakan memanglah ada rasa hampa Batin menangis hati tak bicara." "Hatiku hancur berkeping-keping Tubuh lemah yang sedang berbaring Terlintas tentang cerita diri Akupun menangis Tak sanggup kutinggalkan kasih sayang dunia" Lagu dan

Kaedah Checklist Senarai Tugas...

Bagaimana agaknya kita menyelesaikan pelbagai tugas yang hadir dalam satu masa. Adakah kita rasa serabut?gelisah?tidak tenang?rasa masa mengejar2...sudahnya kita rasa penat dan lesu dengan sendirinya dek sesuatu yang menghambat kita dalam fikiran. Sedangkan kita belum lagi buat apa2..hanya dengan "traffic" dalam minda yang sangat tinggi kita dah rasa longlai. Kalau dah longlai, confirm kerja2 tak mampu kita laksanakan dengan baik. Setiap seorang individu yang telah memasuki alam bekerja, kita sebenarnya ada dua tanggungjawab yang perlu dilaksanakan pada setiap hari. Satunya tugas di rumah, yakni tugas peribadi kita, tugas dalam rumahtangga kita, pasangan, anak2 dsbnya. Dan keduanya adalah tugas di tempat kerja, yakni tugas rasmi kita yang daripadanya kita mendapat rezeki untuk menyara kehidupan kita dan keluarga. Sudah pasti kedua2nya adalah penting dan memerlukan strategi dan kebijaksanaan untuk menguruskannya. Orait, jom sama2 kita amalkan antara tips yang boleh kita lakuka

Resepi tenang dan sukses diri dunia dan akhirat...

Sesekali kejut diri dengan "teguran manja" kepada diri sendiri. Jangan biar diri kita dalam zon selesa tanpa dikejutkan. Kita perlu buat kejutan sebab kadang2 kita terlupa tentang diri..."terlupa daratan" dan terlupa yang kita sudah terlebih. Itu yang diri memanjang jadi tak tenang dan gelisah. Semua sifat manusia ni sama, cuma yang berbeza adalah bagaimana akal mengawal nafsu yang datang. Justeru, ingatkan akal supaya sentiasa alert dengan nafsu...lihat kekurangan diri sendiri secara berkala. Jika ada yang terlebih dalam perlakuan kita, maka bila diingatkan dan disergah tu mungkin ada rasa sedar sikit daripada lena yang panjang dan kembali ke pangkal jalan. Hidup kita ni kadang2 kita rasa hanya kita yang betul. Kita terlupa untuk menghormati pemikiran orang lain sebagaimana kita ingin orang lain menghormati pemikiran kita. Ingat! Kita perlu berlaku adil kepada orang lain juga. Betapa kita mengharapkan orang lain memahami diri kita, maka sama juga lah dengan orang l

Sepetang Menikmati Keindahan Alam...

Alam ciptaan Allah ini sangat indah. Bila kita "Dakapi" keindahannya dan rasai dengan betul2 pasti kita mendapat satu ketenangan yang luar biasa. Kerana itu orang kata bila kita dah rasa penat sangat dengan kerja2 kita di tempat kerja ataupun di rumah, carilah masa untuk pergi bercuti...bila bercuti kita dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini. Pada entri terdahulu, saya bercerita tentang suatu tempat yang sekian lama tidak saya sampai. Dan semalam saya tiba di situ atas satu tugas rasmi. Dan entri kali ini adalah rentetan daripada itu. Kebetulan hotel penginapan saya berdepan dengan masjid yang sangat cantik...subhanallah. Lewat petang itu juga dari bilik hotel, saya sempat merakamkan suasana alam di kala lewat senja...subhanallah cantik sgt...mendamaikan sungguh. Terapi kepada diri..hilang segala rasa berat dalam kepala dengan macam2 hal kerja...refresh diri untuk tugas esok. Saya share kan beberapa keping gambar yg sempat saya snap. Cantik! Berdamai dengan alam ad

Teknik Merehatkan Diri dan Minda...

Alhamdulillah dah sampai... Datang sini atas urusan rasmi...urusan kerja. Sekian lama tidak datang ke sini..lebih lima tahun dah rasanya. Perjalanan mengambil masa dua jam lebih juga. Agak jauh juga..itu agaknya Mr. Husband tak bagi saya bawa kereta sendiri. Risau katanya. Makanya Mr. Husband ambil cuti dan hantarkan.  Rasa agak penat juga seharian di ofis dengan mcm2 perkara perlu dibereskan sebelum bertolak tadi. Justeru, rest sekejap untuk kumpul balik tenaga yang hilang. Bagaimana cara nak merehatkan diri dan refresh diri yang dah seharian full...dah pasti exhausted tahap dewa. Okey jom kita lihat bagaimana: 1. Bersihkan diri dulu...Mandi. 2. Setting minda kepada santai..delete semua kekalutan di minda. Beristigfar dan berselawat. Bayangkan minda dikosongkan...bayangkan semua kekalutan di benak dibawa keluar. Bayangkan betul2. Ini adalah teknik neuro kita yang kita programkan. Mula2 agak susah, tapi lama2 praktik nanti okey...dan kita akan rasa selesa. 3. Jika ada minyak terapi you

Alkisah Lunch Time...

Lunch time tadi keluar dengan sahabat. Berbicara tentang organisasi dan kehidupan. Masing2 dengan info dan cerita tersendiri. Seronok bersembang..sekian lama tidak berkesempatan. Jarang2 dpt plan together..last minute plan sebenarnya...sesekali berkesempatan on saja. Jika plan beria kdg tak menjadi...hal mcm2 muncul antaranya. Sesekali keluar bertukar2 cerita dan pandangan tentang banyak perkara. Menajam minda mengasah penakkulan..amboihhh..apa yang ditakkul kan ni agaknya...haha takkulan donya. Tanpa sedar masa beredar dan nasi di pinggan habis disuap ke mulut...hampir sejam yang berlalu serasa sekejap. Rutin kehidupan di hari bekerja perlu diteruskan. Bergerak balik bagi menyambung amanah yang terhenti. Back to work...fokus... Hidup ni sebenarnya mudah jika kita mudahkan dan ia akan rumit jika kita rumitkan. Kuncinya..dont make it complicated! Maka settle...benda mudoh ada bakpo nak pilih hok susoh nyo. Haha paroksss. Antara topik senggang yang kami borakkan adalah: 1. Hidup ni biarl

Persediaan Diri Menyambut Ramadan...

Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Tidak sampai dua minggu lagi. Berdoa pada Allah agar umur dipanjangkan untuk menemui Ramadan lagi pada tahun ini 1432H. Apa agaknya persiapan diri yang perlu kita buat untuk menyambut ketibaan Ramadan. Ini untuk memastikan Ramadan ini diraikan dengan ibadah kepada Allah semaksima yang boleh. Tidak sampai dua minggu yang berbaki ini, lakukan sesuatu yang bermanfaat kepada diri dan keluarga kita. Antara perkara2 yang perlu kita lakukan adalah: Yang pertama adalah pasang niat dengan seikhlasnya bahawa Ramadan ini kita ingin benar2 menghayati dan merebut sebanyak2nya pahala dengan ibadah yang ikhlas kepada Allah. Yang kedua, berdoa kepada Allah agar diberikan kita hati yang bersih dan istiqomah dalam melaksanakan ibadah kepada Allah. Doa kepada Allah agar kita diberikan kerajinan dan kesihatan yang baik untuk melalui 30 hari Ramadan. Doa kepada Allah agar kita dihindari daripada sikap malas untuk bangun di awal pagi untuk beribadat kepada Allah dan seteru

Menu Daripada Pisang Dan Kenangan Di Sebaliknya...

Setiap orang ada kenangan istimewa masing2. Kita semua tak mungkin dapat lari daripada kenangan. Cuma kenangan yang kita bawa bersama ke depan biarlah kenangan yang indah sahaja. Kenangan yang pahit itu kita tinggalkan supaya tidak membebani perjalanan kita. A couple weeks lepas saya buat jepput pisang. Setiap kali membuat apa jua menu daripada pisang akan mengingatkan saya pada seseorang. Itulah namanya kenangan. Kenangan akan menjengah ke fikiran kita bila apa yang sedang kita lakukan itu ada berkait dengan satu2 kenangan yang ditinggalkan. Setiap kali datang kenangan lama yang menjengah dan mengingatkan kita pada seseorang, maka panjatkan doa daripada jauh agar semuanya baik2 saja buat orang itu. InsyaAllah sampai doa kita kepadanya walaupun dibisikkan daripada jauh.  Doa ni tidak semestinya kita lafazkan depan orangnya..doa sebenarnya lebih afdal bila kita mendoakan kebaikan seseorang tanpa dia mengetahuinya. Kita doa yang baik2 saja dan insyaAllah yang baik2 jua yang datang. Jeppu

Bertemu lagi dengan malam Nisfu Syaaban...

Malam Nisfu Syaaban... Alhamdulillah, malam ni 14 Syaaban 1443H, bersamaan dengan 17 Mac 2022, di hari Khamis malam Jumaat Allah masih memanjangkan umur dan mengizinkan bertemu lagi dengan malam nisfu syaaban. Malam nisfu syaaban adalah malam yang penuh dengan rahmat dan berkat selepas malam lailatulqadar. Malam ini langit dibuka seluas-luasnya untuk diangkat doa2 kita dan malam yang sangat dikabulkan segala doa. Malam ini juga malam Allah mengangkat buku amalan kita dan diganti dengan buku amalan yang baharu. Mulakanlah buku amalan yang baharu ini dengan amalan yang indah dengan doa, zikir, membaca Quran dan memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa2.  Bulan Syaaban ini adalah antara bulan yang sangat baik. Ia berada di antara bulan Rejab dan Ramadan. Semoga kita diberikan Allah kekuatan dan kehendak yang tinggi untuk meningkatkan amalan di bulan Syaaban sebagai latihan untuk memasuki bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan, keampuan dan kerahmatan daripada Allah. Awal maghr

Bercakap Tentang Masa dan Rasa...

Dalam kehidupan ini ada tiga waktu yang menemani perjalanan hidup kita. MASA LALU, MASA SEKARANG, dan MASA KEDEPAN. Tiada siapapun boleh lari daripada tiga2 masa ini... Masa yang lalu memberi pengajaran, ingatan dan pengalaman. Masa yang lalu juga meninggalkan kenangan yang membawa rasa rindu yang menebal dan tidak pernah berpenghujung. Rindu datang pada kenangan yang indah dan rasa sakit pada kenangan yang pedih. Masa yang lalu akan menjadi sejarah memori yang padat dengan kisah suka duka bahagia derita. Merindui sesuatu yang telah berlalu pergi adalah sesuatu yang menyakitkan... Masa sekarang pula adalah masa yang sedang dilalui. Orang yang bijak akan feel dengan sebaiknya setiap saat di masa sekarang kerana tidak mahu ia berlalu pergi tanpa ia dinikmati semaksimanya. Justeru, orang yang bijak tidak akan memikirkan lagi masa yang berlalu semasa dia berada di masa sekarang. Beban masa lalu tidak perlu dibawa bersama kerana ia akan memberati hati, jiwa dan pemikiran kita...let it go! M

Kuih Onde-Onde terapi diri...

Dua hari tak sihat demam teruk dek penangan booster. Dua hari cuti tak masuk ofis. Alhamdulillah masuk hari ketiga berkurangan banyak. Kakak naik risau dengan keadaan kesihatan saya, dia hantarkan vitamin c Diffenz yang dia consume dah agak lama ...alhamdulillah selepas dua hari pengambilan, demam dan sakit bisa2 badan hilang. Bila baca beberapa testimoni, vitamin c Diffenz ni sangat baik rupanya...antara yang saya baca tu, boleh mengelakkan demam slps vaksin..dan memberikan ketahanan imunisasi badan yang tinggi.  Bila dah tak sihat, selera makan pun hilang dua tiga hari ni. Oleh kerana badan dah rasa sihat sikit, teringin la pulak nak makan kuih onde-onde...minta Mr. Husband belikan bahan2nya...dua bahan saja, kelapa parut dan tepung pulut. Daun pandan dan gula melaka atau nise dah ada kat rumah. Buat sikit saja sebab tak larat nak berdiri lama-lama. Dapat sepinggan dlm 30 biji saja. Lebih kurang dua cawan tepung pulut saja. Dan saya campurkan dengan dua tiga sudu. Blend tiga helai da

Bilas Minda...

Baru sampai ke muka surat 27. Keseluruhan muka surat buku ini adalah 200 muka surat. Bila akan dpt diselesaikan pembacaan? Tanya kepada diri....jika diri kata next week boleh selesai..maka pasak di minda..akan selesai! InsyaAllah... Tertarik untuk berkongsi intipati di muka surat 26 dan beberapa muka surat lain yang sangat menarik... "Fokus kepada saat dan ketika ini dengan menghargai apa yang anda ada, lihat dan kenal pasti satu per satu sistem sokongan dan keupayaan diri yang telah Allah SWT kurniakan kepada anda, dan seterusnya gunakan sebaik mungkin mulai saat ini agar dapat memberi impak positif di masa akan datang." Penulis menulis kaedah bagaimana untuk membilas minda.  Sebelum tu, apakah maksud Bilas Mnda ini? Teknik Bilas Minda adalah salah satu cara yang sangat berkesan digunakan untuk menghapus sampah dan stres yang tertumpok dalam minda. Hasil yang lebih baik akan diperoleh jika teknik ini digandingkan dengan teknik pernafasan (deep breathing). Teknik pernafasan y

Cerita Tentang Kursus LNP...

Dua minggu lepas berpeluang menghadiri kursus satu hari tentang Neuro Linguistic Programming (NLP). Mengimbau saat mula2 mengenali LNP lebih 15 tahun lalu..MasyaAllah sudah lama rupanya masa itu ditinggalkan. Masih segar di ingatan kursus selama 3 hari dihadiri di Hotel Renaissance, milik UNITEN (kini ditukar nama kepada Hotel R&R) dengan bayaran sebanyak RM700++. Ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Md Taib Mat, iaitu pengasas LNP di Malaysia bersama team beliau...masa tu, kalau saya tak salah, LNP ni baru mula2 nak bertapak di Malaysia. Semasa kursus itu, saya ada membeli satu buku berkaitan LNP tulisan Tuan Hj Md Taib. Secara ringkas untuk difahami, NLP ini bermaksud gabungan perlakuan (Program), neurologikal atau saraf (Neuro) dan bahasa (Linguistik). NLP sebenarnya adalah satu tool, di mana dalamnya ada teknik paling berkesan yang boleh digunakan untuk mengubah sikap, pemikiran dan perlakuan seseorang individu atau kumpulan. NLP merupakan satu pendekatan komunikasi, pembangunan

Kematian demi kematian...

Mendengar kematian demi kematian... Berbisik kepada diri, "masa aku juga akan tiba"...Allahu rasa yang hadir tidak dpt digambarkan...sayu dan sedih...bukan sedih kerana mahu hidup seratus tahun lagi tapi sedih mengenangkan kehidupan dunia yang akan ditinggalkan setelah berpuluh tahun Allah meminjamkan nyawa ini.  Mati itu pasti. Tidak lewat dan tidak awal walau sesaat. Membayangkan saat diri menjadi jenazah...terbaring dalam keranda diusung menuju tempat pembaringan kaku. Allahuakbar... Minggu lalu mendapat khabar duka kembalinya kerahmatullah Kak Aida, bekas p.a kepada Puan Hafdzam...sangat baik dengan arwah masa mula2 kerja dulu. Masa tu pejabat Puan Hafdzam mmg tempat persinggahan selalu slps menghadiri meeting atau ada urusan di Pusanika. Mmg akan sembang dgn Kak Aida...baik sangat orangnya....kini dia telah dijemput Allah...kelu lidah dan perasaan sedih menyelubungi. Semoga Allah menempatkan arwah kak aida bersama orang2 yang beriman di sisi Allah.  Semalam pula mendapat

Kuih Bom Bijan...

Tiberrr... Rasa nak makan kuih bom bijan. Makanya hujung minggu hari tu buat la. Dua tiga minggu lepas lagi teringat nak makan kuih bom bijan yang inti kelapa ni...jika inti kacang banyak juga yang dijual di warung2. Tapi kalau inti kelapa ni sukar pula ditemui. Jika ada pun intinya mungkin agak kering dan tidak begitu kena dengan taste. Kuih bom bijan ni antara kuih tradisional yang fofular juga kiranya..dulu2 masa kecik di kampung saya suka kuih ni...cuma saya lupa pulok ore kelate panggil gapo kuih ni...habis recall tak ingat...makanya kita panggil kuih bom bijan la dulu yer... Meh kita sembang2 tentang kuih ni... Bahan2 membuatnya sangat mudah dicari...mmg ada aje stok di rumah. Bahan2: 1. Tepung pulut 2 cawan 2. Tepung gandum tiga sudu besar. 3. 3/4 cawan air 4. Setengah sudu teh garam 5. Satu paket bijan dlm harga RM2 ke RM3. Cara2: Campurkan tepung pulut dan tepung gandum. Masukkan garam dan masukkan air sedikit demi sedikit. Untuk mudah, garam tu larutkan dulu dalam air tadi. G