Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Biskut Sarang Semut Idaman...Sedap dan cair di mulut.

Malam ni bancuh adunan biskut raya lagi. Saja suka2 walau badan dah penat sebenarnya, tapi minat dan kesukaan tu melangkaui rasa penat..makanya bancuhlah juga adunan untuk Biskut Sarang Semut. Biskut sarang semut ni adalah antara biskut wajib saya buat untuk menyambut lebaran. Keluarga belah mertua sgt suka biskut ni, anak2 buah dan ipar duai memang penggemar setia. Membuatnya pun mudah dan seronok terutama bila part menyudukan masuk aduhan ke acuan paper cup nya dan kemudiannya menaburkan coklat rice di bhgn atasnya konon2nya semut la. Jom kita lihat bahan2 dan cara membuatnya. Bahan2: 1. Butter 250 gm (satu buku) 2. Gula kastor 3/4 cawan 3. 2 cawan tepung kastard 4. Satu cawan tepung gandum 5. Satu cawan tepung jagung 6. Telur kuning 2 biji 7. Satu sudu esen vanila Cara2: 1. Pukul sehingga sebati gula dan butter. Tak perlu lama sekadar sebati dan gula hancur. 2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati. 3. Masukkan semua tepung. Ayakkan dulu lebih baik. Ta

Semperit Susu Cair Di Mulut...

Masa zaman remaja dulu saya memang takkan miss untuk buat biskut semperit ni. Kiranya biskut adalah biskut wajib buat setiap kali hari raya. Seakan macam tak sah kalau tak buat biskut ni. Sampai sekarangpun tetap setia dan wajib membuatnya. Cuma sekarang biskut semperit asli sudah diinovasikan dengan pelbagai bentuk dan rasa. Empat lima tahun lepas viral dengan semperit susu cair di mulut...saya jarang buat semperit susu ni... Pun begitu, hari ni saja jer "terlebih rajin" la pulak...pantang nengok oven dok rehat ada aje idea nak membaking. Makanya, sambil menunggu Perutusan YAB Perdana Menteri pukul 2.00 petang tadi, sempat saya membancuh adunan biskut ni...sambil mendengar perutusan sambil membuat adunan ni...hehe... Makanya siaplah beberapa balang tadi, petangnya saya buat setengah kg tepung jagung dan malamnya pula saya bancuh lagi sekali...aduhaiii..sudahnya sakit pula rasa badan...apapun minat punya pasal, sakitpun layan la juga. Masakan ni satu terapi diri buat sa

Carbonara Chicken Pie Special...

Lama tidak menulis. Last entri pada 27 Spril 2020. Sudah 10 hari rupanya tidak mengunjungi blog. Kekangan waktu dan keadaan kesihatan menjadi faktor utama mengapa tidak dapat berkarya. Lewat pagi ni masih belum dapat melelapkan mata. Daripada tak buat apa lebih baik menulis. Sekadar penulisan simple saja...bercerita tentang carbonara chicken pie yang dibuat petang tadi sebagai juadah berbuka. Jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya. Bahan2: 1. 250gm tepung gandum 2. 120gm butter 3. 70 ml air sejuk dari peti 4. Gula icing 70gm 5. Telur kuning dua biji 6. Sedikit garam 7. Esen vanila 8. Satu sudu baking powder Cara2: 1. Campurkan semua tepung, butter, garam dan gula. Gaul dgn hujung jari sehingga jadi macam serbuk roti. 2. Masukkan telur kuning dan kacau. 3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Jangan over mix. 4. Masukkan adunan dlm plastik tutup rapat dan masukkan ke peti ais bhgn atas dlm setengan jam. 5. Sementara waktu boleh sedia