Skip to main content

Hati Yang Bahagia...

Apakah agaknya yang membahagiakan kita?

Kita bahagia apabila hati kita gembira.

Hati kita gembira bila fikiran kita tenang dan tidak berkecamuk.

Bila bahagia ini kita kecapi, semua perkara akan menjadi indah buat kita. Semua berjalan seperti diharap dan di plan.

Jika ini kita miliki, kita akan lebih bersemangat, bertenaga, dan lebih produktif juga waras dalam tindakan dan perbuatan.

Bila hati, minda, jiwa tenang dan damai, seluruh anggota kita juga akan merasakan "kedamaian" yang sama.

Justeru, untuk tenang dan bahagia, pastikan diri terhindar dari:

1. Perselisihan faham dan perselisihan pendapat yang membawa ketegangan dan pergaduhan.

2. Perkara-perkara yang boleh menimbulkan konflik dan masalah.

3. Perbuatan dan lisan yang berlebih-lebihan yang menimbulkan rasa tidak senang orang sekeliling kita.

4. Perbuatan yang tidak baik yang dilarang oleh agama dan peraturan kehidupan.

5. Circle toksik dan negatif

6. Hati yang tidak baik, dengki dan khianat

7. Perbuatan yang menyusahkan dan kata2 yang menyinggung hati orang lain.

8. Menjadi talam dua muka, depan lain belakang lain.

9. Berlebihan memikirkan satu2 perkara sehingga membawa kemudaratan. Just let it go...lepaskan!

10.  Membebankan diri memikirkan perkara yang di luar kawalan. Fikir yang dalam kawalan saja..yang mampu kita capai.

11. Memikirkan kekecewaan dan kesedihan serta kelukaan masa lalu. Lepaskan.

12. Menyalahkan orang lain sebaliknya renung kpd diri sendiri. Muhasabah diri

13. Sifat ego dan sombong.

Justeru, sama2 kita melatih diri untuk menjadi hamba Allah yang baik, miliki hati yang baik dan berada dalam circle orang2 yang baik. Doa selalu supaya Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah untuk kita mengubah diri menjadi lebih baik. Ingat selalu, doa adalah senjata paling hebat!

InsyaAllah.

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...