Skip to main content

Bukan Tak Layak, Tapi Mungkin Ada Yang Lebih Layak...

Memasuki 20 September 2023...

Usah ditanya mengapa belum tido sudah lewat malam begini..mata tak dpt lelap tu biasa..sejak zaman belajar hingga ke zaman lo ni, tiada istilah tido awal..adehhhh.

Orang kata susah tido ni sebab banyak pikir...hmmmm...tak pasti la betul atau tidak yang org kata tu...ada masa betul tapi ada masa tak betul...

Tido ni bukan suka2 kita nak tentukan untuk kita lelap atau tidak...kalau tak mahu lelap, pukul 2 pagi pun tak mahunya...tak dpt dipaksa..bila mata dah mengantuk..lebur la..

Terlajak tak mahu tido ni, makanya mlm ni kita singgap ke blog jap...banyak aje perkara nak ditulis, tapi masa saja yang tidak mengizinkan. Tak apa, ada masa nanti boleh tulis apa yg tersimpan untuk ditulis..gituuuuu.

Semalam dikejutkan dengan satu berita...saya tak pastilah saya terkejut atau saya buat2 terkejut atau saya telah menjangka berita itu. Kadang-kadang setiap perkara tu..bila kita dah jelas ttg modus operandi nya..maka kita mudah untuk membuat jangkaan..jadi tak adalah kita nak terkejut bagai..just dgr dan cerap saja.

Kesimpulan ringkas yang saya nak buat tentang cerita itu adalah, org yg dipilih tu tak bersalah..bukan dia yang meminta tapi org yang memilih dia...

Yang harus dipersoalkan adalah orang yang memilih tu...jika benar, telus, dan layak maka okey...tapi jika sebaliknya...jawab la di akhirat nanti...yang memilih tu mungkin ada asas dan jusfikasi nya...namun jika berlaku persoalan dan konflik atas pemilihan itu, maka perlu dilihat sejauhmanakah asas dan justifikasi itu menzahirkan kebenarannya...

Yang perlu kita faham adalah prinsip adil dan saksama serta berintegriti untuk melaksanakan tanggungjawab yang digalas. Adil kah kita, kalau ada yg lebih layak dan lebih berhak tapi kita memberi kepada yang kurang. Merampas hak org lain yang lebih layak adalah "hutang" berterusan yang akan dituntut di sana kelak dan kita perlu tanggung sepanjang hayat kita dengan syarat mmg apa yg kita buat tu tak betul...jika betul..maka settle dengan Allah.

Berbalik pula kepada org yang dipilih...layak tak layak itu bukan cerita dia...sebab bukan dia yang pilih diri dia...daripada sudut positifnya kita blh kata rezeki dia la kan..Allah telah memilih dia...pasti ada hikmahnya. Bukan alkisahnya dia tak layak, tapi alkisahnya adalah...mungkin ada yang lebih layak...

Apapun cerita dan plot di dunia ni semuanya Allah dah tentukan..dunia ni tempat kebaikan dan kejahatan berlaku..ada baik dan ada jahat sebab itu lah Allah jadikan ada pahala ada dosa, ada syurga dan ada neraka...tidak dinamakan dunia kalau semuanya yang baik2 sahaja...

Justeru, beringat dan berwaspadalah atas apa jua perkara yang kita buat...kerana nanti setiap kebaikan dan kejahatan kita akan dipersoal dan dihitung di sana kelak..di dunia mungkin terlepas..tetapi di akhirat walau sebesar biji zarah sekalipun..takkan mungkin terlepas!

Jangan kita berlaku tidak adil kepada orang di saat kita mempunyai kuasa...menganiaya orang, mengambil hak orang atau melakukan apa jua perkara yang tidak berasaskan prinsip benar, adil, telus, berintegriti dan bertanggungjawaban.

Sekadar coretan di lewat malam.

RZH





Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe