Skip to main content

Muhasabah dan Healing...

Hari minggu yang panjang...bergabung dengan cuti Krismas...bercampur pula dengan cuti hujung tahun yang wajib...makanya mmg healing sungguh ni.

Bagi org yang bekerja...pilihlah untuk merehatkan minda di hujung tahun selepas setahun pulun kerja, tak cukup rehat, penat, stress dan macam2 perasaan lagi yang dilalui...minda perlu direhatkan seketika!

Penat dan stress tu bukan dalam konteks yang tidak sihat tapi dalam konteks yang sihat...makanya biarlah "enjin" kita berehat seketika sebelum menyambung lagi perjuangan untuk tahun mendatang...2024. Jika panjang umur kita...

Recharge diri itu wajib. Sama ada kita memilih berehat di rumah atau pergi bercuti...yang penting minda dan body kita berehat sekejap daripada kesibukan kerja...bagi rest kejap..just 10 days drpd 365 hari...memadai dah tempoh healing ni jika dibuat dengan sepenuh jiwa.

Masa "berehat" ni pilihlah aktiviti yang kita suka kita minat dan kita jiwa tentangnya, berjalan melihat tempat orang, lihat alam Allah, lihat laut dan ombak, memasak, shopping or window shopping...buat lah apa saja..yang penting perkara yg kita minat dan buat kita happy..itu lah namanya healing process.

Setiap kali healing process ni, berusahalah untuk makin mendekatkan diri kita dengan Allah...ingat sentiasa hidup ini hanya sementara...manusia ni come and go...maksud saya kehidupan ni ada penghujungnya, iaitu kematian. Ramai yang lahir dan ramai yang Allah jemput. Masa kita akan tiba..cuma tak tahu bila. Jadi, jangan terlalu "lupa diri" sangat...jangan terlalu berlebih2, takut nanti terlupa bahawa kita ini ada pemiliknya...

Semasa proses healing ni, muhasabah lah diri kita supaya mental dan fizikal kita bersedia untuk memasuki tahun seterusnya dengan diri kita kekal semangat, kekal kuat dan kekal steady untuk menghadapi cabaran untuk setahun ke depan tu pula. Cabaran pasti ada...justeru perisai telah kita sediakan....haaa gituuuu.

Muhasabah diri:

1. Renung segala kelemahan dalam diri dan tambahbaik.

2. Lihat kepada apa yg menggembirakan kita sepanjang proses kehidupan yang telah kita lalui setahun...kekalkan dan terus bawa bersama rasa bahagia itu. Ini adalah antara rasa yang akan mengekalkan hormon bahagia dalam diri kita.

3. Lihat kepada apa yang mengecewakan dan menyakitkan hati kita...ubah cara kita respon kpd perkara yang menyakitkan ini...UBAH CARA KITA BERFIKIR jangan nak ubah perkara di luar kawalan kita, dah tentu tak dpt...ingat...kita hanya boleh mengubah apa yg dlm kawalan kita dan kita tak mampu mengubah apa yg di luar kawalan. Maka, untuk memastikan rasa sakit itu tidak berulang untuk setahun lagi masa yang kita nak lalu, maka ubah cara kita...lebih positif, lebih bijaksana dan lebih smart...pegang prinsip, jika kita sentiasa buat perkara yang betul, maka tak payah kita nak kecewa sgt...biarkan saja...terus berdoa moga Allah beri kita kekuatan dan ketabahan untuk menikmati nikmat kehidupan yang Allah pinjamkan ini.

4. Belajar memaafkan semua kesalahan orang pada kita walau hati kita sangat sakit dan pedih...tak mengapa...rebutlah ganjaran daripada Allah dengan memaafkan orang dan melupakan segala kesakitan dan kepedihan yg kita lalui.

5. Belajar melepaskan segala yang menyakitkan dalam hidupkan...jangan simpan dalam diri kerana ia akan terus menyakitkan diri kita...orang tua kata "makan dalam"....jadi tak payah nak hold dalam diri..LEPASKAN.

Ini antara tips yang baik untuk kita memuhasah diri semasa kita bercuti ni. Semoga membawa kebaikan buat kita semua.

Berdoa selalu moga Allah pandang kita dan sentiasa melimpahi rahmat dan keberkatan hidup kepada kita. Tanpa rahmat dan keberkatan ini...hidup kita tak akan dapat mengecapi rasa bahagia dalam hidup...ingat selalu, sentiasalah berbuat kebaikan...

Salam Hormat,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...