Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

Bicara Hati...

Bila rasa keliru termenung sekejap. Termenung mencari jawapan yang pasti untuk tanda tanya di benak. Walau tiada jawapan yang hadir pun tak mengapa...sekadar termenggu jua. Akhirnya penutup termenggu dgn istigfar dan biar Allah saja yang pegang jawapannya. Kita tidak perlu tahu. Termenggu tu dah seakan jadi rutin bila ada sesuatu yang singgah mengetuk benak fikiran. Manusia ni memang begitu sifatnya. Kadang tertanya sendiri "hanya aku saja ke yang terfikir begini atau orang lain juga berfikiran sama". Drama kehidupan ni silih berganti mengambil tempat. Seronok menjadi pemerhati setia dan kemudian membuat analisis dalaman sendiri...hanya sekadar simpanan peribadi. Perlukah analisis dalaman ni? Jawapannya perlu... supaya kita faham plot drama yang sedang ditayangkan. Kita boleh kenal karakter sebenar orang..siapa tukang ampu dan siapa tukang sokong...siapa yang ikhlas dan siapa yang bermain wayang. Sesekali fikir, takut pulak rasanya dengan situasi yang dilihat. Risau diri juga

Habit Diri Perlu Diurus...

Habit diri memang sukar diubah kerana ia telah sebati dalam diri kita. Sejak kita lahir dan membesar habit diri kita itulah yang kita buat. Justeru, untuk mengubahnya bukan perkara yang mudah. Jiwa betul2 perlu istiqomah. Kalau sekadar menyebut tanpa berusaha makanya niat untuk berubah hanya tinggal niat sahaja. Untuk mengubah habit diri bukan ambil masa dua tiga hari atau dua tiga bulan. Ia makan tahun. Boleh berubah atau tidak? Jawapannya boleh. Tapi bersyarat. Apa syaratnya? Sebarang bentuk perubahan memerlukan usaha, kesabaran, kegigihan, dan istiqomah. Untuk menjadi lebih baik, sudah pasti nilai yang tinggi perlu dicagarkan. Pembersihan hati perlu dilakukan. Hati dibersihkan dari segala kekotoran. Tiada lagi kepentingan duniawi diutamakan. Bila ini dapat kita lakukan, insyaAllah kita akan berubah secara beransur-ansur. Dalam hidup ini, kita perlu fahami konsepnya hanyalah HATI. Bila hati kita baik dan bersih, insyaAllah apa jua yang kita fikirkan dan lakukan adalah perkara2 yang b

Semperit Susu Sedap...

Hari ni cuti Nuzul Quran. Habiskan masa dengan buat cookies. Saja2 sambil layan minat baking ni. Hari ni plan buat biskut semperit susu. Siapkan terus ole2 biskut raya untuk semua family ipar duai. Memang menjadi rutin saya menyediakan ole2 biskut raya untuk semua famili ipar duai. Biskut semperit, biskut sarang semut dan tart nenas mmg wajib untuk saya sediakan untuk semua.  Cara buat semperit ni saya letakkan di sini untuk rujukan keluarga dan semua yang mengunjungi Blog anggerikdesa. Bahan2: 1. Satu Buku Butter.  2. 3/4 cawan susu pekat manis (Blh kurangkan satu sudu besar jika tidak suka manis) 3. Satu biji telur merah 4. Dua cawan tepung kastard 5. Satu cawan gandum (boleh lebihkan dua tiga sudu besar) jika adunan lembut sgt. 6. Satu setengah cawan tepung jagung 7. Satu sudu teh essen vanila. Cara2: 1. Kacau sebati butter dan susu. Dalam tujuh lapan minit. Guna spatula saja. 2. Masukkan telur kuning dan essen vanila. Kacau sebati dua tiga minit. 3. Masukkan semua tepung sedikit de

Tangani Persepsi Dengan Baik...

Kadang-kadang Allah lalukan macam2 depan mata kita. Setiap apa yang Allah lalukan pada pandangan mata kita, pasti ada sebabnya. Mungkin Allah nak tarbiahkan hati kita. Kerana itu, cuba kita latih diri untuk berlapang dada dan refleks kan dulu kpd diri..tanya diri "adakah mungkin aku juga melakukan begitu". Jika tidak, maka alhamdulillah. Jika ya, cuba untuk berubah. Allah dah beri hint dengan "melalukan" semua tu dlm penglihatan kita. Kita semua pasti pernah tengok tulisan2 sebegini di media sosial kan.  "Okey done baca Yasin" "Alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah, aku telah khatam Quran untuk bulan puasa ni" "Selesai hantar menu berbuka untuk anak2 yatim" "Alhamdulillah done Dhuha" Apa agaknya niat si penulis. Hanya dia yang tahu niat di hatinya. Namun, bagi mengelakkan sebarang keraguan dan kemusykilan juga persepsi org yang tidak baik, adalah lebih baik amalan dan perbuatan baik kita biar menjadi rahsia kita dengan Allah

Salam 13 Ramadan.

Salam 13 Ramadan. Hari ni masuk hari ke-13 kita berpuasa. Allahu, sudah 13 hari dan sudah hampir separuh bulan Ramadan ini telah berlalu. Kita telah memasuki fasa kedua Ramadan. MasyaAllah...cepatnya masa-Mu berlalu ya Allah. Semoga kita semua terus istiqomah dengan melakukan amalan-amalan yang baik. Biar Ramadan ini lebih baik daripada Ramadan yang lalu. Grab semua tuntutan Allah. Raih rahmat dan keberkatan Allah sebanyaknya dengan amalan kita yang dilakukan secara istiqomah. Lakukan lah solat sunat di samping solat wajib, solat sunat terawih, sedekah, zikir, dan amalan2 baik yang lain. Jangan lepaskan peluang yang Allah sediakan...jangan malas. Ubat kepada malas adalah doa kepada Allah agar Allah jauhkan kita daripada sifat malas dan ambil mudah! Berkait dengan sunat terawih...buatlah sekurang-kurangnya 8 rakaat. Jika tidak dapat ke masjidpun tak mengapa, di rumah juga boleh terutamanya bagi kaum wanita. Jangan tinggalkan. Jika malas dan letih, terus berdoa agar Allah beri rasa rajin

Berjiwa Besar Hidup Tenang...

Merenung kehidupan yang penuh dinamik. 1001 macam perkara terkandung di dalamnya. Kalau nak ambil fikir semua memang tak mampu dan hanya membebankan fikiran. Justeru, ambik fikir yang wajib dan membahagiakan saja. Yang tidak wajib dan menyesakkan tolak tepi. Tak perlu fikir! Hidup ini jangan kita berjiwa kecil. Jiwa kecil maksudnya cepat tersinggung, cepat kecil hati, cepat merajuk, rasa terpinggir dsbnya lagi. Hidup mesti berjiwa besar, dalam erti kata kita takkan mudah terkesan dengan perkara-perkara kecil, perkara yang negatif dan membuang masa. Bagaimana tips nak berjiwa besar ni.  Pertamanya, betulkan hati, keduanya betulkan pemikiran dan ketiganya sentiasa ingat apa jua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Pasti ada hikmah di sebaliknya kerana Allah Maha Mengetahui. Dan yang terakhir adalah Redha dan berlapang dada atas apa jua. Jangan sesekali mempersoalkan mengapa begitu dan mengapa begini, nak-nak pula perkara kecil dan remeh-temeh. Jika kita memang sudah mengetahui tiada ja

Nutella Cheese Tart...

Hmmmmm... Bila menjadi kesukaan dan minat tidak peduli badan penat ataupun tidak. Yang penting kesukaan dan minat sentiasa mengatasi lelah yang dirasai. Citer mlm tadi buat Nutella Cheese Tart. Jarang sgt buat sebenarnya...tapi dua tiga hari ni teringat nak buat. Makanya on. Dalam rasa penat dan exhausted pun bila bab baking layan juga...aduhaiii. Makanya terhasil lah crust ini. Saya memang akan buat sendiri crust ni. Kalau beli yang siap crust nya rasa mcm tak feel la buat cheese tart. Justeru, dari crust nya saya memang prefer buat sendiri. Jom kita tengok bahan2nya: Crust: 1. Satu cawan butter 2. Satu biji telur 3. Tiga cawan tepung gandum 4. 3/4 cawan gula icing 5. Satu sudu susu tepung 6. Satu sudu kecil esen vanila Cara2: 1. Kacau dengan spatula gula dengan butter dua tiga minit, dan masukkan telur. Tak perlu putar lama sekadar sebati saja. Masukkan satu sudu kecil esen vanila. 2. Masukkan tepung dan susu tepung. Gaul guna tangan sehingga sebati semuanya Kemudian boleh terus masu

Kepercayaan Yang Hilang Tidak Mungkin Kembali Seperti Asal.

Sesekali terkenang dan mengingati sesuatu yang cukup memedihkan adalah sesuatu yang lumrah kepada semua manusia.  Dalam hidup ni pelbagai pengalaman pahit dan manis yang Allah bagi kita rasa. Dan apa yang kita rasa dan lalui itu sudah pasti akan meninggalkan kesan yang cukup besar kepada hidup kita. Trauma pada diri. Itulah proses dalam kehidupan dan itulah kehidupan. Pengalaman dan rasa yang dilalui akan memberi pembelajaran dan pengajaran buat diri. Kadang-kadang berlaku sesuatu yang kita tidak pernah terfikirpun ia akan berlaku tapi ia berlaku. Terkejut dan rasa bagai tidak percaya memang perlu di"kunyah" jua. Ada pilihan? Jawapannya tiada! Sakit di dada, sakit di hati, sakit di jiwa tetap kena telan...di sini lah nanti titik di mana kita mula kembali sepenuhnya kepada Allah. Maka bersyukurlah kerana Allah masih sayangkan kita. Allah menguji dalam pelbagai bentuk. Bila ia berlaku walau pahit walau perit, ianya tetap perlu dihadapi juga. Pastinya takkan mungkin dapat dicamp

Sayur Lemak Stail Kelate...

Bagi yang sedang mencari2 idea nak masak apa petang ni mungkin boleh cuba masak sayur lemak kelate ni. Memang sedap. Lawan pula dengan ikan masin atau ike bekok, atau boleh juga ikan goreng panas2. Letak pula budu perenyek lada cengik...confirm sgt sedap.  Bahan2 sgt mudah. Jom kita tengok. Bahan2: 1. Sayur apa-apa boleh. Biasanya lobak dan kobis. 2. Lima enam biji bawang merah saiz biasa 3. Bawang putih secoit saja (skip pun boleh) 4. Satu biji kelapa (tiga empat cawan santan) 5. Ikan sardin saiz biasa dua ekor. Boleh juga guna ikan kembung atau ikan selar. Kalau guna kembung dan selar guna seekor saja. Perlu direbus atau dibakar. 6. Satu sudu kecil lada hitam (boleh skip jika tak suka). 7. Cili api untuk tambah aroma sedap dlm sayur nanti. Cara2: 1. Siang dan bersih ikan dan rebus dalam lima enam minit. Masa rebus blh letak sedikit garam dan sekeping asam keping. Jika rajin, ikan ini dibakar tawar. Sayur akan lebih sedap bila masuk ikan bakar. 2. Tumbuk lumat bawang dan masukkan dua

Kangkung Goreng Belacan.

Kalau ikutkan sangat jarang saya masak kangkung belacan ni. Boleh dikira rasanya. Bukan my fav menu untuk dimasak la kononnya. Tapi bila sesekali buat, menu ni menjadi kesukaan pula. Ceriteranya dua hari lepas masa buat menu kengsom tu, kena letak kangkung cket. Jadinya,  ada sedikit lebihan kangkung tu saya buat kangkung goreng belacan. Suami dan anak2 suka rupanya dan ptg semalam req lagi untuk buat. Jadinya menu ni saya letak di blog juga la sebagai kenangan. Jom kita tengok bahan2 kangkung goreng belacan cara anggerikdesa. Bahan2: 1. Kangkung seikat 2. Bawang putih tiga ulas 3. Bawang merah dua ulas 4. Satu sudu besar cili giling/cili kering dikisar 5. Secubit belacan 6. Garam dan gula, juga sedikit perasa maggi jika suka. Cara2: 1. Siang dan cuci bersih kangkung. Siang kangkung ni bukan mcm kita potong sayur lain guna pisau. Kangkung ni hanya dipatah2 kan dengan tangan. Mmg cara potongnya begitu. Panjang2 pun tak apa.  2. Bawang merah dan bawang putih, juga belacan ditumbuk hancur

Masak Kengsom Ikan Jenahak...

Sebulan lebih tidak menjenguk di sini. Rindu menggamit itu pasti. Tapi atas kekangan tertentu menjadikan penulisan di blog terhenti seketika. Malam ini kembali menjenguk seketika. Sekadar menyatakan "hello" kepada blog anggerikdesa yang sunyi telah lebih sebulan. Sekadar penulisan singkat saja. Alhamdulillah malam ni masuk malam keempat Ramadan. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan yang lepas. Moga Allah terus beri kekuatan dan ketabahan untuk meningkatkan amalan untuk mendapat redha dan keberkatan Allah. InsyaAllah. Petang tadi masak Kengsom Ikan Jenahak. Sudah tiga empat hari teringat nak makan. Hari ni baru dpt memasaknya. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara memasak menu kengsom cara anggerikdesa. Bahan2: 4 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah Cili api 8 biji Cili besar merah 1 tangkai Belacan secubit Kunyit hidup seinci Semua ni tumbuk👆 Ikan Jenahak dicuci bersih dan cucian yang last dgn air asam jawa. Dalam periuk, masukkan air dan bahan tumbuk tadi, terus