Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

Salam Pembuka Tirai 2021...

Selamat Tinggal 2020 Selamat Datang 2021 Roda kehidupan terus berputar dan sedar tak sedar malam ini kita telah berada di malam terakhir tahun 2020. Kita kini di ambang 2021. Hari ini sudah 31 Disember 2020 rupanya...serasa baru semalam "pintu" 1 Januari 2020 dilangkah masuk. Sudah 12 bulan🤔 Beberapa jam saja lagi bila tiba detik 12 malam, makanya beralih la tahun ini ke tahun berikutnya...2021. Maka berlalulah 2020....dan kita tak mungkin dapat kembali ke tahun ini lagi. Kerana itu setiap saat detik masa yang ada perlu kita hargai dan manfaatkan sebaiknya kerana bila ia telah berlalu kita tak mungkin dpt kembali ke saat itu lagi...kerana itu lah dikatakan masa itu emas. Sebenarnya, masa yang kita lalui ini begitu pantas masa berlalu, seakannya sepantas kilat. Sehingga 12 bulan yang berlalu tidak begitu terasa. Segala bentuk rasa suka duka dalam kehidupan telahpun dilalui. Itu sudah pasti. Hidup ini memang sifatnya dikelilingi dengan rasa suka, duka, derita dan bahagia ya

Wishlist Tahun 2021..

Tahun 2021 akan menjelang tiba dalam masa terdekat ini. Beginilah rutin kehidupan kita dengan hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Sedar tak sedar sudah habis 12 bulan untuk tahun 2020.  Lagi sehari 2021 akan menjelma tiba. Menjadi rutin juga kepada kita bila setiap kali tibanya tahun baharu, kita akan menyenaraikan "Wishlist" kita. Bagi yang belum mengamalkan konsep wishlist ini, saya sangat sarankan agar ianya dapat dilakukan dan diamalkan sebagai rutin wajib. Banyak manfaatnya! Wishlist ni perlu bukan kerana apa, tapi kerana ia nanti akan menjadi komitmen kepada kita yang akan memacu dan memberikan semangat kepada kita untuk meningkatkan kemampuan diri dengan berusaha mencapai semua wishlist yang disenaraikan. Setkan minda kita yang kita mampu mencapainya..yakin pada diri dan jangan sesekali kita berfikir tentang kegagalan sebaliknya perlu beranggapan yang kita akan berjaya...fikir mudah dan jangan fikir susah..fikir yang kita boleh! Kita perl

Ikan Pekasam Goreng...

  Dua tiga kali doh dok buko peti ais ni ternampak aje di depan mata sebekas ikan pekasam kat satu sudut peti ais ni. Tapi tidak2 juga mencapainya untuk dimasak. Itulah hakikat hidup ni..kalau belum digerakkan Allah untuk kita mencapai maka duduk lah kat situ dulu pekasamnya. Pagi ni teringat nak goreng, makanya bekas ikan pekasam ni dicapai tangan..ada dua jenis ikan di dalamnya, iaitu ikan talapia dan ikan lampam jawa. Kebiasaannya ikan yg dijadikan pekasam adalah kedua ikan ini, dan ikan sepat, dan sudah pasti ada lagi ikan2 lain yang saya tidak tahu namanya.😅 Justeru, saya goreng dgn bawang holland dan lada cengik (cili api). Risau kot dia masam sgt, makanya saya "peru" gula dan garam cket..sekadar nak bagi balance saja rasanya. Pekasam yang ni jenis yang keras sikit, so dia tak hancur...kalau ikut taste saya, saya suka yang hancur tu. Pada saya yang hancur tu lagi sedap bila berpalut elok dengan bawang holland, cili api dan minyak menggoreng tu. Nak dptkan ikan pekasa

Santai Diri...

  Apa plan kita agaknya hari ni? Sudah pasti semua kita mempunyai plan masing2. Walau apapun plan kita, yang penting adalah sentiasa ada matlamatnya, sentiasa enjoy dengan apa yang kita buat, dan kita jelas tentang apa jua risiko dan implikasi terhadap apa jua yang kita lakukan. Sentiasa positif, berlapang dada dan redha itu wajib...kalau belum sampai di situ, sama2 kita latih diri😀 Life ini sangat mudah bila kita permudahkan dan sangat complicated bila kita complicated kan...Pilihan ada di tangan kita. Kata orang, tepuk dada tanya selera.  Justerunya, tak usahlah dirumitkan apa jua perkara yang datang. Permudahkan...fikir mudah insyaAllah semua mudah. Wallahua'lam.

Nasi Goreng Simple Dan Sedap...

Nasi goreng yang sangat mudah untuk disediakan. Kalau kita rasa malas sekalipun, insyaAllah bila benda tak rumit kita akan buat juga. Ore kelate kata nasi goreng ni nasi goreng "capok-capok". Apa yang ada "campak-campak" saja dlm kuali. Nasi goreng ni, saya taruk rencahnya ikan bilis dengan telur saja. Teringat nasi goreng ike rebus, tapi tak dok ike rebus...makanya apa yang ada Saja. Next time kita buat nasi goreng ikan rebus. Bercerita pasal nasi goreng ikan rebus ni, teringat zaman kanak2 dulu. Jiran sebelah rumah selalu buat nasi goreng ikan rebus ni. Nampak memang sangat sedap, tapi masa tu saya tak makan sebab masa kanak2 dulu memang jenis tak makan ikan. Hanya ikan tongkol saja yang dimakan. Tapi sekarang ni semua jenis ikan dah makan kecuali ikan keli dan ikan haruan sampai sekarang memang tak makan. Kata P. Ramlee buat nasi goreng ni kerjanya enteng saja (mudah saja). Betul la tu kan...ada "nasi dingin" (cara ore kelate panggil untuk nasi yang dim

Roti Lembut Gebu Kaedah Tangzhong..

Lewat malam tadi sibuk pula minda ni teringat nak membaking roti. Tiba2 jadi teringat ni sebab gara2 dok tengok2 info2 di youtube kot ada yang menarik perhatian saya..tiba2 muncul di skrin resepi roti paung ni. Lama sangat dah rasanya saya tak buat roti ni. Tiba2 rasa nak buat. Fikiran menerawang membayangkan roti hasil tangan sendiri. Aduhai tak sabar la pulak. Hmmmm..sudahnya hari ni tak sabar nak keluar awal dari ofis untuk buat roti ni yang sejak malam tadi mengganggu fikiran. Dalam pukul 5.30 pm saya dah tinggalkan ofis. Bercerita tentang bahan2 buat roti ni, awal2 lagi masa lunch time tadi called Mr. Husband minta belikan tepung roti, yis, fresh milk dan inti kacang merah (readymade). Bahan2 lain memang dah ada kat rumah. Roti punya pasal, sempat pula mendail Mr. Husband..hehe kalau tidak, tak adanya menyempat untuk hello.. Justerunya sampai aje di rumah terus aje ke dapur...tak sabar la pula nak lihat roti ni siap dan terhidang di meja. Saya plan buat roti kosong aje...mmg niat

Jepput Bilis Sedap...

Semalam melihat posting seorang sahabat di media sosial tentang "jemput-jemput". Makanya hari ni beri idea untuk saya buat Jepput Bilis ni. Kebetulan memang teringat nak makan musim2 hujan ni. Ditambah pula dengan kopok toko goreng dan dimakan panas2, memang ngamm sebab guna pencicah sama untuk both menu. Teringat masa di kampung dulu, kalau musim banjir memang sedap sangat jadinya jepput ni. Ya..la kita tak dpt ke mana-mana, terkepung dengan air...makanya setiap pagi menu drpd tepung gandum la yang menjadi pilihan. Dan jepput ni pula memang sedap...makanya onzzz la kan. Mengimbau zaman2 banjir di kampung dulu. Bahan-bahan asas yang wajib dan mesti ada di rumah adalah beras, tepung gandum, ikan kering, telur, ikan sardin, dan ikan bilis. Pelbagai jenis ubi tu memang ada disimpan, untuk buat ubi rebus atau kuih2. Tepung gandum tu untuk buat pelbagai jenis menu seperti lempeng, jepput, dan kuih-muih lain yang hampir 90% menggunakan tepung gandum.  Bercerita tentang banjir, kala

Abah...Damailah di sana.

Allahu... Innalillahiwainnailaihirajiun... Malam tadi mendapat perkhabaran duka atuk (ayah kepada ummi) dijemput Allah. Sedih sangat rasa di kejauhan ini. Tak dapat menatap wajah abah buat kali yang terakhir. Tak dapat mengiringi perjalanan akhir abah ke dunia abadi. Abah pergi dalam keadaan yang sangat tenang pada malam 15 Disember 2020, Selasa. Semoga Allah melapangkan kubur abah dan mencucuri rahmat buat roh abah. Kesedihan sudah pasti tidak terbendung, sebak di dada hanya Allah jua yang tahu...memang kenangan yang sangat mahal dan indah peluang dapat masuk dalam keluarga abah dan ma suatu ketika dulu.. Abah dengan ma sangat baik orangnya, lembut tutur kata dan indah budi pekertinya. Sehingga kini takkan lupa kenangan di Kg. To' Dokang, Banggol dan Beris  Lalang, Bachok..kenangan zaman di awal remaja. Banyak sangat yang dilalui. Teringat dok sembang dengan arwah ma sesambil arwah ma dok buat kerja2 di dapur, atau kerja2 kat luar rumah. Ma orangnya suka memasak dan mengemas2..All

Tulis Impian Sebagai Motivasi...

Dua tiga hari lepas terbaca satu buku  berkaitan dengan "Law of Attraction". Salah satu yang menarik perhatian saya adalah kata penulis ini tentang satu perkara yang boleh menyumbang ke arah mengekalkan dan meningkatkan motivasi diri kita. Kata penulis, pada setiap minggu atau setiap bulan tulislah atau senaraikan tentang apa impian kita atau apa yang kita inginkan berlaku..tuliskan atas sekeping kertas atau di buku catatan. Saya strongly agree dengan apa yang dikatakan oleh penulis. Mengapa saya berkata begitu...kerana saya kira tanpa sedar saya melalui situasi ini, di mana dengan penulisan yang sentiasa saya titipkan, sebenarnya secara tidak langsung telah memberikan motivasi dan inspirasi dalam dunia saya tersendiri. Justeru, buat semua pengunjung di blog anggerikdesa ini, mungkin boleh mencuba idea daripada penulis ini dengan menyenaraikan impian diri...sekurang-kurangnya boleh dilakukan setahun sekali. Kalau sebulan sekali lagi baik lah. Impian ni bila sudah ditulis jang

Bihun Goren Sedap...

  BIHUN GORENG anggerikdesa Hari Ahad, hari last di hujung minggu yang ada masa untuk memasak menu breakfast. Kalau hari kerja memang tak nyempat nak sediakan breakfast berat2 ni😁. Jadinya, pagi ni goreng Bihun ala bonda di kampung dan air lada pula ala ummi. Sejak kecil bila makan bihun ni memang wajib pelengkapnya dengan air lada. Dan sudah pasti pelengkap lagi satu yang wajib bila makan bihun adalah keropok goreng... Dulu2 masa sekolah rendah, bila beli bihun memang akan beli dengan keropok sekali. Lepas tu keropok tu dihancurkan dan digaul dalam bihun. Bihun masa tu dijual dalam plastik, makanya keropok di penyek2 dalam plastik bihun tu😆Baru lah win cara makannya😂 Buat bihun ni simple saja sebenarnya. Kalau sebungkus bihun tu kita guna lima enam ulas bawang putih, lima enam ulas bawang merah dan dalam tujuh lapan tangkai cili kering. Bawang putih tumbuk berasingan dan bawang merah dengan cili kering tu blend bersama. Masukkan sedikit belacan jika suka masa blend tu. Tujuan b

Ingat Allah selalu...

Kita manusia ni memang cepat lupa. Kerana itu lah Allah sentiasa mengingatkan kita supaya sentiasa mengingati Allah. Kerana hanya dengan mengingati Allah sahaja, hati dan pemikiran kita akan terpandu dan terarah kepada perkara-perkara yang baik. Kita sebagai hamba Allah ini jangan merasa sombong sangat. Sombong ini dalam erti kata, kita sentiasa ingat semuanya akan okey buat kita sehingga kita rasa malas untuk berdoa dan meminta pertolongan Allah. Kita berdoa dan meminta, hanya bila saat kita dilanda kesukaran dan kesulitan, baharu lah kita mencari Allah. Itulah realiti yang berlaku. Bagi yang tidak tergolong dalam keadaan ini, makanya alhamdulillah. Berdoa dan "berkomunikasi" lah selalu dengan Allah dalam setiap solat kita. Solat sunat mahupun solat wajib. Begitu juga semasa kita mengaji Al-Quran. Bacalah tafsirannya untuk kita mengetahui dan memahami keseluruhan satu-satu surah itu berkisar tentang apa. Fahamilah terjemahannya ayat demi ayat. Maka, dengan cara ini kita akan

Kuih Kaswi Lembut & Sedap

  Petang hari minggu ni, buat kuih kaswi. Kebetulan memang teringat nak makan. Petang ni hujan2 pula memang kena sangat lah untuk buat minum petang. Sebelum bercerita tentang cara buat kuih kaswi ni, saya nak bercerita dulu bab mengukus. Kalau mengukus, memang saya suka  kukusan pesen orang lama klasik sebegini...baru feel😂.  Mungkin dah tak ramai orang sekarang yang guna kukusan mcm gini...kalau peringkat "mak-mak" mesti nak kukusan pesen gini juga..hehe. Kukusan tradisional macam gini memang akan bagi mood seakan kita sedang berada  di kampung...masa dok kat kampung dulu2 memang guna kukusan klasik macam gini.. Makanya petang ni siap lah kuih kaswi lembut "meliut lentok gedik-gedik" atas pinggan hidangan. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya. Bahan-bahan: 1. Dua cawan gandum 2. Satu cawan tepung ubi/tepung beras 3. Dua cawan air 4. Tujuh helai daun pandan blend dgn 3 cawan air. Potong2 dulu daun pandan sebelum di blend. Tapis ambil airnya. 5. Satu sete

Nasi Air Sedap Cara Kelate...

Hujung minggu kembali lagi. Sudah pasti banyak perkara yang ada dalam fikiran untuk dilunaskan. Dalam masa yang sama perlu get some rest juga la untuk recharge energy. Makanya checklist dan meletakkan priority macam biasa perlu digunakan. Dalam kekalutan 'mengejar' banyak perkara, tetap juga memberikan perhatian kepada "menu tertunda" ini. Sejak last week lagi memang teringat nak makan tapi tak sempat juga membuatnya. Hari ni kena jadi juga. Beras nasi air siam yang dibeli masa balik kampung tahun lepas masih belum disentuh lagi...dah almost a year okey...hmmmm. Pagi ni, di awal pagi dah masuk dapur menyediakan menu "Nasi Air" ni. Makanya, "tung tang tung tang" kat dapur. Akhirnya beras nasi air siam yang sudah lama dibeli ni dpt dimasak juga😂. Di Kelate meme top la menu ni... Bahasa surat untuk nasi air ni "Bubus Nasi" atau bahasa antarabangsanya "porridge". Menu ni perlu ada lauknya. Macam2 lauk boleh bubuh dalam menu ni, dan

Surah Ad-Dhuha dan Fadilatnya...

Usai solat subuh di pagi semalam, niat di hati nak recite Surah Al-Waqiah. Tapi terfikir pula, pagi ni nak gerak awal sikit ke ofis sebab ada amanah besar yang perlu diselesaikan di awal pagi. Sudahnya tak jadi...hmmm. Pun begitu, bacaan digantikan dengan beberapa Surah pendek sahaja. Antaranya adalah surah Ad-Dhuha. Bercakap tentang surah Ad-Dhuha ini, teringat satu temubual salah sorang top men di UA yang memang menjadi idola dan inspirasi buat saya, bila ditanya surah apa yang paling disukai olehnya, jawapannya adalah Surah Ad-Dhuha. Surah Ad-Dhuha adalah surah yang pendek saja. Dalam Al-Quran, surah ini adalah surah ke-93 (pada juz ke-30), mengandungi 11 ayat. Surah Ad-Dhuha ni memang antara surah yang saya suka baca semasa solat. Surah ini adalah antara surah ayat-ayat lazim yang memang dah dihafal sejak kecil dulu lagi kerana masa dulu-dulu, anak-anak bila khatam Al-Quran, semua ayat-ayat surat kecik (merujuk kepada Muqadam) perlu dihafal dan diingati dan mesti dibaca di depan &q

Kuasa Senyuman...

Senyuman adalah kekuatan kepada diri kerana dengan senyuman hati yang gundah kembali tenang dan jiwa yang kacau akan kembali damai Bila kita menyebut tentang senyuman saya percaya semua orang faham senyuman itu adalah satu tingkah laku atau perbuatan yang positif. Dalam Kamus Dewan, senyum itu bermaksud perbuatan menggerakkan sedikit bibir hingga ternaik sedikit hujungnya bagi membayangkan rasa suka, bahagia, gelihati, setuju dan sebagainya tanpa mengeluarkan suara. Dalam komunikasi, senyuman itu adalah salah satu bentuk bahasa badan (body language) melalui riak wajah (facial expression). Senyuman ditunjukkan dengan mulut dan boleh juga dengan mata. Rasulullah SAW bersabda senyuman itu adalah sedekah. Dan Rasulullah SAW sendiri sentiasa kaya dengan senyuman. Sahabat bernama Jabir berkata, " Setiap kali aku bertemu dengan Nabi Muhammad SAW, aku sentiasa melihat senyuman pada bibirnya". Kitab Tuhfatul Ahwadzi menyatakan: "Menampakkan wajah manis di hadapan seorang mus

Cari Pasal Namanya ni...hehe

Aduhaiiii..tak boleh move on lagi rupanya RZH dengan Drama TLU (Teman Lelaki Upahan)  ni...padahalnya tahun 2015 lagi saya menonton cerita ni...dah 5 tahun pun berlalu. Seakan baru semalam "dibuai" dengan dialog dan memek muka pembawa watak dalam plot cerita yang diadaptasikan dari sebuah novel. Certain dialognya pun masih segar di ingatan. Inilah penangan Ungku Ismail Aziz dengan Elizat ni. Saya ni sebenarnya bukan jenis suka menonton tv dan bukan penggemar atau pencinta drama atau filem. Hanya waktu2 tertentu saja menonton..boleh dikira la sebenarnya. Tapi nak dijadikan cerita, entah macamana pula lima tahun lepas saya "terjebak" dgn cerita TLU ni. Terus teruja dan suka sangat! Watak El tu memang watak yang saya suka agaknya. Watak jenis manja, happy go lucky, gila-gila dan bila serius, memang betul-betul serius...bila marah pula memang betul-betul marah....kita pulak yang suspen. Ikhlas betul watak yang digambar melalui El ini...memang betul-betul menjiwai watakn