Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2022

Bicara Lewat Petang Merungkai Pelbagai Cerita...

Bicara lewat petang dengan seorang sahabat. Banyak membuka hati dan minda. Bicaranya tentang satu perangai manusia yang perlu dielakkan. Saya sekadar mendengar...tidak menambah tidak pula menyampuk. Dalam hati mengiakan. Sesekali mengukir senyum bermakna. Katanya, dalam hidup ni jangan biarkan hati kita disakiti dan dipermainkan berulang2. Keluarkan diri dari radar yang penuh dengan kesakitan, kekecewaan, kesangsian dan penuh dengan rasa ketidakpercayaan. Saya mengangguk-angguk tanda setuju. Katanya lagi, manusia yang sentiasa hidup dalam menipu tapi bersikap selamba saja macam tak buat salah adalah manusia yang tidak bermaruah dan tidak boleh dipercayai. Hidupnya penuh dengan drama2 indah yang mampu membujuk, meyakinkan orang dan mencairkan hati orang. Jauhkan diri daripada orang yang berperangai sebegini kerana penghujungnya akan menyakitkan dan memedihkan. Jangan buang masa kita berada dalam radar orang yang tidak jujur ni. Energy kita akan dicuri dan gelombang positif kita akan dit

Brownies simple sedap sangat...

Hujung minggu ni ada ruang untuk membaking. Makanya brownies in the houseeee... Dah lama tak buat brownies. Maka hari ni buat la brownies ni kebetulan ada waktu terluang cket. Kebetulannya esok satu hari nak berkampung di dectar..jadi boleh lah buat breakfast awal pagi untuk team. Sudah lama tidak membaking..kalut mcm2. Hari ni kita baking. Brownies simple simple saja. Mengapa simple..sebab tak ada topping. Malas nak buat topping, makanya kosong aje la. Jom kita tgok bagaimana anggerikdesa buat brownies simple sukatan cawan. Bahan2: Tiga cawan coklat dark compound.. yg bentuk syiling tu. Telur 5 biji Setengah cawan susu cair Dua cawan gula perang Setengah sudu kecil garam Dua cawan setengah gandum Satu setengah buku butter Serbuk koko 6 sudu besar Setengah sudu besar serbuk nescafe Cara2: 1. Masakkan secara double boil coklat dan butter sehingga cair. Butter potong2 kecil supaya mudah cair. Masukkan nescafe dan kacau sehingga serata. Tutup api dan biarkan sejuk..suam2 cket okey. 2. Dal

Tarik Rasa Tenang Tolak Trauma dan Kecelaruan Diri

Satu pertiga malam itu adalah saat dan waktu yang sangat mendamaikan. Fikiran kita berada di tahap yang paling tenang pada saat ini. Jika tersedar bangun lah...Allah kejutkan dengan hikmah Allah yang sangat besar tersembunyi. Bermunajat kepada Allah...minta kepada Allah rasa tenang yang berpanjangan kerana rasa tenang itu meningkatkan rasa bahagia yang merembeskan hormon yang positif. Salah satu amalan yang sangat digalakkan bila kita berada di satu pertiga malam adalah mengerjakan solat tahajud. Jangan malas...katakan nak kepada diri...katakan kita nak istiqomah..insyaAllah, Allah beri jalan. Dalam kedinginan pagi yang cukup tenang ini...saya juga dapat menghabiskan tiga bab bacaan buku yang tertangguh sebelum bercuti raya tempohari. Buku ini adalah buku NLP yang bertajuk "Inovasi NLP Pelonjak Prestasi Diri". Banyak ilmu yang dpt diceduk drpd buku ini...membaca penulisan Hj Md. Taib Mat, Sifu NLP Nom 1 di Nusantara ni sangat menenangkan. Kupasan cerita demi cerita sangat men

Belajar Menguruskan Pemikiran...

Sukar atau tidak sukar..tanya diri? Kita lebih tahu tentang kemampuan diri kita. Mungkin pada orang lain sukar tapi pada kita mudah..begitu lah sebaliknya. Sukar atau tidak sukar itu hanyalah mindset kita saja. Jika settingnya kita letak dekat sukar maka auto reflect nya sukar lah. Jika setting nya kita letak di tidak sukar, maka mudahlah. Belajar untuk mengurus pemikiran kita dengan baik. Biar teratur jangan berserabut...biar tenang jangan bergelora. Tanya diri, nak bahagia tak? Jika jawapannya "nak" maka jangan merumitkan situasi....yang sukar kita fikir mudah dan jangan cipta kekalutan dalam fikiran.  Jika rasa kalut, tarik nafas sekejap. Cakap kepada diri.."jangan kalut dan tenang saja". Bila kita dah beri arahan kpd fikiran kita supaya jangan kalut...fikiran memang mendengar arahan ni dan akan slowly bertenang. Itu tips.  Hidup tenang lebih bahagia dan lebih sihat. InsyaAllah. Sembang2 saja, RZH

Lepaskan Saja Apa Yang Kita Tidak Mampu Ubah...

  Sesuatu yang tidak mampu kita ubah, maka lepaskan saja. Usah disimpan kerana makin menyakitkan. Belajar untuk melepaskan perkara yang membebankan. Jika mampu diubah, maka ubahlah menjadi lebih baik. Jika sukar sangat untuk diubah, usah kita membuang masa kepada perkara yang tidak mampu kita ubah...nilainya infiniti. Lepaskan semua bebanan. Makin dibawa bersama makin penat mental dan fizikal. Belajar melepaskan sesuatu yang menyakitkan. Jika mampu ubah, bertahan la dan ubah lah. Jika tidak mampu...just let it go. Jangan paksa diri dan jangan beban diri. Hidup ini mudah...jangan rumitkan! Bicara santai, RZH

Hati Yang Retak Tak Mungkin Berbalik Asal...

Hati yang telah retak umpama gelas yang telah pecah. Takkan mungkin menjadi seperti asal. Retak itu meninggalkan kesan trauma yang sangat mendalam juga kesan kepada perasaan dan emosi. Hati itu untuk dijaga dan dibelai bukan untuk disakiti berulang-ulang. Ditipu berulang-ulang dan disiat berulang-ulang. Pedihnya menikam begitu dalam dan kesan traumanya tak mungkin hilang. Terkadang hati itu agak sukar juga untuk difahami...merelakan diri untuk disakiti dan terus disakiti sehingga sakitnya sangat bisa dan memakan diri.  Ubah pemikiran! Ambil pemikiran yang rasional dalam membuat pertimbangan. Berfikirlah dengan waras... Jika tiada penghujungnya kepada sebuah perhubungan, malah lebih menyakitkan maka tinggalkan saja. Tambahan pula sekeping hati yang sentiasa rasa terluka dan pedih. Untuk apa kita merelakan diri untuk disakiti berulang-ulang hanya kerana sebuah rasa kasih dan cinta yang tidak membawa kepada sebuah destinasi. Tanya pada diri untuk apa sebuah perhubungan jika tiada noktah d

Telur Masak Kicap Istimewa...

Cepat masa berlalu. Hari ni kita dah masuk raya keempat. Sudah tiga hari menu harian raya daging ayam daging ayam...raya keempat ni dah tak lalu menu daripada ayam dan daging dah...sudah tak mahu daging mahupun ayam atau apa lauk sekalipun. Rasa nak makan telur goreng kicap dengan nasi panas aje. Sampai dari kampung terus siapkan late lunch simple2 untuk keluarga. Minta anak sulung keluar belikan KFC untuk depa adik-beradik. Mama dan ayah dah tak lalu dah dengan menu ayam ni... Masuk dapur masak nasi, panaskan sambal bilis frozen dan buat menu yang craving nak makan, iaitu telur goreng kicap. Bagi yang ingin menu kosong berkuah yang simple telur masak kicap ni memang menu yang paling sesuai. Jom kita tgok bagaimana cara saya buat telur goreng kicap. Step pertama - kupas satu biji bawang merah dan dua ulas bawang putih. Mayang saja. Potong halus satu biji lada hijau yg besar tu dan tiga tangkai cili api. Step kedua - goreng sebiji sebiji telur tu. Jika suka yg separuh masak maka goreng