Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Resepi Sedapzaini: Nasi Goreng Simple

Nasi goreng ni saya panggil 'Nasi Goreng Simple' sebab ianya mudah dibuat dan bahan2nya pun sangat mudah..mesti dah ready kat dalam peti sejuk kita. Kadang-kadang berlaku, kita tak plan untuk buat nasi goring sebagai menu breakfast, tapi tiba2 rasa teringat lak nak makan nasi goring, makanya bolehlah selongkar peti sejuk hanya untuk cari cili api dan ikan bilis sahaja. Okey...kita terus tengok bahan2nya dan cara membuat nasi goring simple ini.   Bahan-bahan:   1. Nasi dingin (dipanggil nasi dingin sebab dah semalaman dimasak) dalam 5 pot nasi ya 2. Cili api dalam 10 biji 3. Secubit belacan (boleh skip kalau tak suka) 4. Ikan bilis dalam segenggam setengah. 5. Bawang putih 5 ulas 6. Bawang merah 8 ulas 7. gula dan garam, juga sedikit perasa kalau suka 8. kiub ayam (kalau suka)     Cara-cara:   1. Nasi dingin dalam periuk direlai-relai dan digembur2kan (diramas-ramas supaya tidak berketul). Masa proses ini masukkan terus satu sudu

Resepi Sedapzaini: Pengat Ubi Kayu

Pengat ubi kayu ni kalau di kampung saya di Kelate, lebih dipanggil sebagai bubur ubi kayu. Bubur ubi ni sedap dimakan sama ada semasa panas atau disejukkan dalam perti sejuk. kedua-dua pilihan ni sedap. Tapi bila dah masak, memang akan terus dihidangkan panas panas. Semasa di kampung dulu, saya selalu buat bubur ubi kayu ni..memang salah satu favorite saya bila masak dessert. Bahan-bahan: 1. Ubi kayu dalam beberapa potong (mungkin dalam tujuh potong saiz dua inci bagi setiap satu potong, cukup untuk dimakan satu keluarga). 2. Santan dalam RM6, lagi pekat lagi sedap. 3. 3 kerek Gula Melaka (Nise) dan dalam lima enam sudu gula, bergantung kepada tahap kemanisan yaang diingini. 4. Dua helai daun pandan 5. Secubit garam Cara-cara: 1. Kupaskan ubi kayu. Potong kecil ikut saiz yang diingini. Saya suka potong empat sahaja seketul ubi yang saiznya dalam satu inci seketul tu. ada juga yang suka potong kecik-kecik macam dadu semuat masuk mulut, tapi saya tak s

Resepi Sedapzaini: Makaroni Cheese Creamy ala Kelate

Makaroni Cheese goreng ni sekali sekala memang best dimakan untuk lunch atau dinner...nak nak kalau letak lagi banyak cheese sbg topping kat atas nya..memang lagi sedap...dgn makaroni yg masih panas panas, cheese akan terus cair meleleh bila ditaburkan di atas nya...tang tu yang sedapnya... Bahan-bahan: 1. Satu peket makaroni 2. 4 keping burger daging atau ayam, ikut suka. 3. 4 batang sosej 4. Sebiji bawang holland, potong dadu 5. 4 ulas bawang putih, ditumbuk pecah2. 6. 6 biji cili api dipotong kecil2 7. 6 sudu besar sos tradisional Prego 8. Sedikit butter dan minyak zaitun unk menumis 9. Mozarella Cheese dan Parmesan Cara-cara: 1. Rebus makaroni. Masukkan sedikit minyak zaitun dalam periuk rebusan, supaya makaroni tak melekat bila masak nanti. Biasanya dlm 20 minit. 2. Bila dah lembut makaroni, angkat dan tos, ketepikan sekejap. 3. Dalam kuali panaskan butter dan minyak zaitun, tumiskan bawang putih, dah garing cket masukkan pula bawang holland y

Resepi Sedapzaini: Sagu Longan Bersantan

Sagu longan bersantan ni adalah sejenis pencuci mulut yang boleh dimakan sejuk2 dengan dimasukkan ketulan ais di dalamnya. Longan tu boleh juga digantikan dengan laici atau rambutan. Memang sedap! Bahan-bahan: 1. Sagu 2 cawan 2. Santan 2 cawan 3. Air 4 cawan 4. Secubit garam 5. 3 kerek gula nise/melaka 6. Gula 4 sudu besar 7. Daun pandan Catatan: untuk 5 - 7 orang makan. Cara-cara: 1. Bersihkan sagu, toskan. 2. Masukkan dlm periuk dan masukkan 4 cawan air dgn secubit garam dan sesudu gula, juga sehelai dua daun pada disimpul. Kalau suka sagu yg berwarna, bolehlah masukkan warna merah atau hijau. Saya suka warna putih aje. Masa sagu dah hampir masak boleh masukkan dua tiga sudu santan..lagi sedap nanti! 3. Kacau sehingga mendidih dan sagu kepekatan. Dalam 10 minit kot. 4. Setelah masak, tuangkan dlm loyang dan sejukkan..dah sejuk boleh simpan dlm peti sejuk. 5. Masakkan sekejap santan atas api, masukkan dua helai daun pandan. Perlu kacau, masak k

Resepi Sedapzaini: Cek Mek Molek Kelate

Cek Mek Molek ini adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada keledek (ore Kelate panggil ubi stelo) dan gandum. Kuih ini memang kuih tradisional Kelate sebenarnya, terkenal dengan rasanya yang lembut dan manis...sedap di makan sama ada untuk minum petang, atau minum pagi . K uih ni secara terus terangnya memang sedap! Kemuncak kesedapannya dirasai d i saat keluarnya air gula daripada dalam kuih ini apabila kita mengunyahnya di dalam mulut. Memang nikmatnya di situ..... Bahan-bahan: 1. Keledek 5 ketul saiz satu genggam per ketul 2. Telor sebiji (sekiranya tak nak bubuh pun tak mengapa) 3. Gandum satu cawan (agak2 ya, jangan terlebih nanti keras tak sedap) 4. Gula  5. Garam Cara-cara: 1. Bersihkan ubi keledek (nak dikupas terus pun boleh, tak mahu dikupas pun boleh). 2. Masukkan dalam periuk dan masukkan satu sudu teh garam dan sedikit gula (dalam sesudu).  3. Rebus lebih kurang 20 minit (masukkan air sehingga tenggelam ubi keledek) - rebus sehing

Belajar Melupakan Sebuah Kepahitan

Semua hamba Allah di dunia ini akan melalui segala bentuk ujian yang Allah berikan bagi menguji kesabaran dan kekuatan kita sebagai hamba-Nya. Ujian ini juga untuk menghapuskan dosa-dosa kecil yang pernah kita lakukan. Ujian ini juga sebagai tanda Allah masih sayangkan kita. Justeru, berlapang dada lah apabila setiap kali dilanda ujian. Anggaplan ianya sebagai ujian untuk Allah memberikan kita yang lebih baik dan ganjaran yang lebih besar....maka dengan cara itu, hati kita akan tenang dan redha atas setiap musibah yang diberikan. Kehidupan di dunia ini akan tetap melalui asam garam kehidupan, pahit, manis, dan hambar semuanya perlu diredah sebab kita tiada pilihan untuk lari daripada konflik kehidupan. Tidak semua kehidupan ini manis, dan tidak semua kehidupan ini pahit, adakalanya suka dan duka itu silih berganti. Dunia ini ibarat roda, ada masanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Justeru, sentiasa yakin lah di saat dalam kedukaan dan kesempitan, pe