Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

Cekodok Bawang...

Hari ni penuh dengan meeting. Ada beberapa perkara yang urgent perlu dibereskan, makanya Sabtu pun kena guna jugalah bila weekdays nya sudah penuh diisi. Layan aje la.  Makanya hari ni hanya sempat menyediakan breakfast ringkas sahaja, iaitu "Jepput Bawe". Ini nama yang disebut dalam dialek kelate. Kalau bahasa suratnya adalah cekodok bawang. Bila setiap kali buat jepput bawe ni saya akan sentiasa teringat pembantu rumah kami dulu2 masa saya kecil. Pembantu rumah ni kalau dalam bahasa kelatenya disebut "ore gaji". Dia memang suka buat menu ni masa saya kecik2 dulu, masa tu dalam darjah dua atau darjah 3.  Dia bahasakan dirinya Mok Yah pada saya dan kakak. Masa tu kami dua beradik aje. Mok Yah ni memang pandai masak. Apa jua yang dimasak semuanya sedap termasuklah jepput bawe ni. Saya tak sempat lah tahu apa resepi dia yang menjadikan cekodok tu sangat sedap. Masa tu saya budak2 sangat lagi. Jepput bawe yang saya buat ni tidak lah sesedap yang Mok Yah buat, tapi adal

Brownies Moist dan Sedap...

Sudah lima hari rupanya tidak menjenguk di blog. Cepatnya masa bergerak sehingga tak sedar sudah banyak hari tidak sempat singgah di blog. Baru semalam rasanya hadir di sini...tidak sedar masa berlalu ...last posting was 24 Julai, dan hari ni sudah 29 Julai. MasyaAllah how time flies. Malam ni agak kepenatan sikit sebenarnya, tapi tetap meneruskan hasrat untuk membuat brownies ni. Dah lama sangat tak buat. Weekend baru ni tak sempat masuk dapur due macam2 perkara tentang kerja yang perlu diselesaikan. Ditambah pula hati masih rasa terkejut, terkedu, kosong, lemau dan macam2 rasa lagi.  Semangat diri juga turut dibawa pergi dengan berita2 kematian dalam kalangan orang2 yang dikenali. Allahu...semoga roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman di sisi Allah. Kerdil betul rasa kehidupan di dunia ini..tiba masa dipanggil pergi maka tidak lewat atau cepat walau sesaatpun..MasyaAllah. Rasa sayu dan sedih mengenangkan insan yang ditinggalkan dan rasa sedih bila mengenang mereka yang su

Terapi Diri Melalui Bacaan...

Salam buat semua... Alhamdulillah buku genre pengurusan yang dipesan melalui online telah tiba semalam. Happy menerima lima buah buku dalam satu pakej promosi. Tengok tajuknya sudah mendamaikan rasa dan memberi terapi kepada jiwa. Hopefully lebih mendamaikan bila kandungannya dibaca nanti. Seminggu yang lalu pakej promosi untuk lima buah buku ini keluar di FB saya. Promosinya agak menarik. Saya tertarik kerana tajuk buku2 ini.  1. High EQ Management      Less attention on management     More attention on your behavior 2. The Essence of Management     Choose     Employ     Manage 3. Principles for Leaders     Make More and more people     be willing to follow you 4. How to Lead a Team     Build a aggressive team     Increase Business Performance     Generate skills from management 5. What Makes a Great Leader     Well Command     Improve Execution     Establish Regulations Melihat kepada tajuk2 ini, ia menarik minat saya untuk membuat pesanan kerana ia selari dengan jiwa saya dan karier

Bila Diberi Tanggungjawab, Amanah Lah...

Amanah dan tanggungjawab itu berat. Bukan semudah dilafazkan. Ia tidak boleh diambil mudah. Esok di sana kita kena menjawab di hadapan Allah atas apa jua tanggungjawab yang kita galas. Jika diberi tanggungjawab, jalankan dengan penuh berhemah dan berasas. Bukan ambil mudah, ambil enteng, "ikut kita nak kita suka". Lihatlah kepada asasnya. Bila fikirkan ini, hati rasa sangat takut dan bimbang. Seboleh mungkin segala amanah itu akan dipikul mengikut lunas yang betul. Sedikitpun tidak terfikir untuk "mempunyai percaturan sendiri". Diri dilatih agar menerima segala percaturan Allah. Apa jua percaturan yang Allah susun, maka itulah yang diterima. Redha, berlapang dada, dan bersyukur itu lah yang ada dlm diri. Justeru, letakkan hukum Allah di depan dalam apa jua yang kita lakukan. InsyaAllah, dengan sentiasa kembali kepada Allah, pemikiran dan hati kita dipandu kepada kebaikan. Sebagai hamba Allah, akur lah dengan apa jua yang Allah susun. Siapa kita yang nak menjadi &quo

Salam Aidiladha Dengan Penuh Rasa Keinsafan...

Salam Aidiladha Selamat Hari Raya Aidiladha buat saudara-mara dan sahabat2 semua yang jauh di mata. Juga salam Aidiladha buat pengunjung setia Blog Anggerikdesa. Kita semua hanya mampu bertemu di ruang maya....Semoga Raya Korban kita ini memberikan kita seribu kebahagiaan dan rasa keinsafan dalam diri. Semoga jua segala amalan kita diterima Allah dan mendapat rahmat dan keberkatan berpanjangan daripada Allah jua. Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan. Pada hari perayaan besar...Raya Korban diraikan di rumah masing2. Tahun kedua dalam pandemik semua kita masih tidak dapat balik beraya di kampung bersama ayah bonda, adik-beradik dan saudara mara. MasyaAllah, sedih dan sebak rasa di hati itu pasti ada. Namun situasi pandemik yang melanda negara masih belum mengizinkan lagi untuk kita semua kembali kepada keadaan sedia ada. InsyaAllah bila pandemik ini berakhir kita akan kembali kepada rutin sedia ada. Semoga kita semua akan terus bersabar dan terus diberikan Allah kekuatan dan ketab

Al-Fatihah...

Innalillahiwainnailaihirajiun... Pagi tadi, 18 Julai 2021 saya melihat notification di facebook pesara tempat saya bekerja...ada berita tentang kematian. Pandangan mata saya tertumpu kepada gambar yang dipaparkan...hati saya berbisik "kenalkah saya dengan pemilik wajah ini"...pandangan mata beralih pula kepada nama yang tertera...Ismail Jaafar. Allahuakbar...saya biasa dengan nama ini. Saya kembali merenung gambar yang dipaparkan...ya raut wajahnya mengingatkan saya dengan seorang pegawai senior yang saya kenali.  Masih jelas dalam ingatan saya...Encik Ismail Jaafar, Penolong Pendaftar Kanan di Fakulti Sains Hayat, tempat saya mula2 berkhidmat dan pada dia lah saya melaporkan diri. Dan kini, berita yang sedang saya tatap adalah berita kematiannya...Allahu, fikiran saya terus mengimbau kembali ke tahun ke tahun 1997, tahun saya buat pertama kali mengenali arwah, 24 tahun yang berlalu. Masa tu hari saya melaporkan diri di FSH. Saya sempat dengan arwah di Pejabat Dekan FSH lebih

Lasagna Daging Sedap Sangat...

Awal pagi tadi Nis Nedi req mamanya buat Lasagna. Kebetulan saya juga sedang dok fikir-fikir apa nak masak hari ni. Makanya sedang elok la. Hari ni juga kebetulannya dah boleh dibenarkan dua orang dalam kereta. Sejak PKPD, langsung tak keluar beli barang dgn Mr. Husband. Hanya Mr. Husband sorang saja yang keluar. Makanya hari ni kita on la Lasagna. Keluar la cari barang dan kebetulan top up untuk barang dapur sekali yang dah hampir habis. Juga beli barang2 untuk persiapan menu Raya Haji juga sekali. Kembali kepada Lasagna, saya memang antara peminat Lasagna ni tapi syaratnya mesti kena dengan selera saya la...Lasagna ni saya suka white sos nya atau kita panggil sos putihnya atau juga dipanggil sos bechamel di samping mozarella cheese yang kena banyak la...kiranya kena double cheese. Juga sos merah yang tidak masam sngt rasanya..kena balance dgn rasa manis sedikit. Sos merah saya ni saya tak taruk tomato sbb sos bolognese ni dah memadai untuk rasa tomatonya.  Membuat lasagna sebenarnya

Bila Keliru...yang mana betul yang mana salah!!

Semakin complicated! Tiba-tiba rasa semakin complicated..semakin bercelaru pula mind nak membezakan yang betul dengan yang salah. Tiba-tiba jadi keliru. Teringat satu pepatah " Bila yang salah itu diulang buat satu persatu dan berjaya, maka yang salah tu akhirnya nampak betul dan dilihat sebagai betul. Manakala yang betul tu pula yang nampak tak betul". MasyaAllah...diri mula rasa keliru. Permainan apakah ini... Namun, hati tetap berpegang dan yakin bahawa sesuatu itu jika tidak betul, akan tiba saatnya Allah tidak akan mengizinkan ianya berpanjangan.  Justeru, di saat datang rasa keliru dalam apa jua perkara sekalipun, bawalah hati kepada Allah dan mohonlah petunjuk dan hidayah kepada Allah. Mohon Allah tunjukkan kebenaran dan menamatkan dengan segera segala perkara tidak betul yang sedang berlaku. Sebagai manusia, kita lemah untuk mencari kebenaran atas segalanya, tambahan lagi bila sistem satu persatu seakan menampakkan sesuatu yang tidak betul itu adalah "seakan betu

Cerita Telur Dadar Sedap...

Bila buat telur dadar goreng ni teringat makan di rumah famili arwah ma di Kampung To' Dokang. Kenangan manis masa musim banjir lebih 30 tahun yang lampau. Telur dadar ni menjadi menu yang sangat sedap bila musim banjir. Lawan pula dengan ikan budu yang selalunya digoreng bersama telur ni. Semua ini nostalgia yang cukup mahal nilainya... Masa musim banjir, dulu2 bonda saya selalu buat telur goreng dengan ikan budu...lo ni saya dah lama tak makan ike budu..teringat giler menu ni dulu2😥 ike budu ni ada di kelate jah rasa saya..mungkin ada juga di Tganu. Ike budu ni adalah ike yang dijeruk dalam tempayan budu untuk certain tempoh...bila agaknya boleh balik kampung dan cari ikan budu ni... Buat telur dadar ni sangat simple. Tapi mesti kena juga caranya. Ada orang masak telur dadar rasanya sangat sedap dan special, ada orang masak menu ni rasanya biasa2 saja...masak menu ini agaknya bergantung pada air tangan masing2 juga kan. Saya pernah makan telur dadar yang dimasak oleh kawan saya

Berubah...

Berusaha untuk berubah dan memperbaiki diri adalah satu perkara yang baik dan murni. Terlintas di hati dan berniat itu sudah sangat baik, apatah lagi beusaha melaksanakannya dengan ikhlas. Bukan mudah untuk berubah. Ia menuntut pengorbanan, disiplin, dan konsistensi yang tinggi. Ia juga sudah pasti menuntut kebijaksanaan dan kematangan yang tinggi. Berubah itu memerlukan juga perubahan dalam pemikiran, perlakuan, dan tutur kata kita. Tips pertama yang perlu dilakukan adalah memanjatkan doa kepada Allah agar memberikan kekuatan untuk kita berubah. Doa agar Allah memberikan kehendak yang tinggi untuk berubah. Letak di dalam diri, apa jua yang berlaku adalah dengan keizinan Allah. Jadi mintalah bersungguh2 pada-Nya. Juga berdoa agar Allah berikan petunjuk dan hidayah, dan menghindari diri kita daripada sikap malas dan hilang semangat. Tips kedua, betulkan apa yang perlu dibetulkan.  Membetulkan apa yang sudah biasa kita buat adalah sesuatu yang sangat susah. Hati mesti kuat. Banyakkan ber

Fasa Kehidupan Mengikut Masa...

Masa kita kecik2 dulu kita langsung tak terfikir bahawa kehidupan ini ada naik turun dan pasang surutnya. Kita juga langsung tak terfikir bahawa pelbagai bentuk cerita akan kita lalui. Kita juga langsung tidak terfikir bahawa masa bergerak pantas...sedar2 kita telah meninggalkan zaman kanak2 kita tu sudah lama, mungkin sudah berbelas atau berpuluh tahun. Pada masa kecik, apa yang kita tahu hanya makan, bermain dan tidur. Minta apa yang kita nak dan enjoy dengan pemikiran kanak-kanak kita. Pada kita, kita rasa kita dah cukup hebat pada masa itu padahal kita baru di umur awal belasan tahun dan belum lagi keluar ke dunia yang lebih luas dan lebih mencabar. Bila kita meningkat dewasa, kita mula berimpian, itu dan ini. Ingin berjaya dalam pengajian, ingin dapat kerja yang baik dan ingin mencapai apa yang kita impikan. Di peringkat ini kita mula mengenal erti kehidupan di tahap 40 percent. Namun pada masa ini kita juga merasakan bahawa kita dah cukup hebat, seakan dunia ini telah kita teroka

Donut Pandan Comey...

Hari ni buat Donut Pandan. Happy dan bahagia bila dapat buat kuih-muih. Hari ni memilih untuk buat donut ni. Terapi rasa bila tengok bulat2 comey ni. Kalau buat donut, saya memang suka buat saiz kiut miut aje...suka tengok yang bulat2 saiz kecik.  Satu bancuhan yang saya buat ni boleh dapat dalam 45 biji. Saya guna dlm 4 cawan lebih tepung saja. Dapat bagi jiran sikit, boleh sama2 buat minum petang. Makan panas2 memang sedap sangat. Lepas satu satu masuk mulut tak perasan sebab gebu sangat dan size nya kecik2 aje. Resepi donut ni sama seperti yang pernah saya kongsi sebelum ni. Cuma kali ni saya tambah air pandan dalam 1/4 cawan, juga sedikit essence warna epal hijau. Secara ringkas untuk bahan2nya, donut ni menggunakan 4 cawan setengah gandum, 11gm yis serbuk, gula dua sudu dan dua sudu susu lemak manis, air suam 3/4 cawan, dua sudu besar margerin, telur sebiji dan secubit garam, juga sedikit air daun pandan yang telah diblend. Daun pandan ni dalam dua helai. Secara terus terang sedap

Muhasabah Diri Di Hari Minggu...

Hari minggu adalah masa untuk kita berehat sepenuhnya dan memuhasabah diri. Cari ketenangan dan kebahagiaan diri dengan sama2 kita: 1. Mudahkan orang bahagiakan orang. 2. Tidak perlekeh dan persendakan orang. 3. Tidak merasa terancam dan terganggu dengan kejayaan dan kebahagiaan orang lain. 4. Meraikan kepelbagaian dan memberikan sokongan kepada orang sekeliling kita. 5. Jangan merasakan hanya kita yang bagus. 6. Terus positif dan berlapang dada 7. Berdamailah dengan segala rasa dan emosi yang hadir. 8. Bersyukur selalu dan jangan merungut. 9. Belajar menerima kekurangan diri dan perbaiki. InsyaAllah kita kecapi rasa tenang dan bahagia. Amiin YRA. anggerikdesa RZH 11 Julai 2021 x

Kuih Seri Muka Sedap...

Hujung minggu kembali lagi. Sabtu Ahad kali ni lega cket dpt rest sepenuhnya sebab tak ada meeting mcm dua tiga kali weekend yang berlalu. Sudah selesai majlis anugerah MyRA dan beberapa perkara yang urgent, makanya boleh la "bernafas" sekejap. Tahap stress pun dah turun ni...dah terhenti rasa debaran yang sebelum ni dok ada...selesai majlis MyRA pada 7 Julai lalu makanya meleraikan segala rasa. Alhamdulillah majlis berlangsung dgn cemerlang. Hari ni teringat nak makan kuih seri muka. Lama sangat tak membuatnya. Ada aje orang jual kuih ni, tapi saya perlukan yang citarasa saya...pulut yang lemak dan lembut cukup santannya, dan permukaan hijau yang juga lembut dan cukup santannya. Makanya, buat la sendiri. Kebetulan hari ni dan esok tiada apa2 meeting...jadi boleh plan untuk buat kuih-muih kegemaran. Buat kuih seri muka ni tak rumit sebab semua bahannya boleh dikatakan memang ada di rumah. Hanya menggunakan gandum, telur, gula dan pulut juga daun pandan. Jom kita lihat bahan2

Knife...

You touched my life With your softness in the night My wish was your command Until you ran out of love I tell myself I'm free Got the chance of living just for me No need to hurry home Now that you're gone Knife Cuts like a knife How will I ever heal I'm so deeply wounded Knife Cuts like a knife  How will I ever heal I'm so deeply wounded Knife  Cuts like a knife You cut away the heart of my life When I pretend Wear a smile to fool my dearest friends I wonder if they know Its just a show I'm on a stage Day and night I go through my charades But how can I disguise What's in my eyes Knife Cuts like a knife How will I ever heal I'm so deeply wounded Knife Cuts like a knife You cut away the heart of my life Oh, oh Oh, oh, oh, oh Oh, oh, oh, oh Oh... I've.... Rockwell.

Kuih Ambon Kelate

Hmmmm...teringat kampung halaman. Terbayang segalanya. Ingat bonda dan ayahanda sudah pasti tak pernah padam di hati. Teringat makanan2 dan masakan sedap ore kelate, ini pun satu hal. Teringat semua jenis menu yang sedap2 di kelate ni..aduhaii. Teringat satu menu orang lama di kelate, namanya kuih Ambon. Ummi selalu buat kuih ni dulu. Mak sedara di Kampung To' Dokang belah ummi juga selalu buat kuih ini. Bila teringat kuih ni makanya teringat Ummi dan Che Dah. Sangat sedap kuih ni..ala2 kek gitu...tapi dia ada keistimewaan dan kesedapannya yang tersendiri. Saya memang suka. Teringat nak makan tapi nak cari kat sini tak ada orang buat...kalau di kedai makan Moksu Nab ada, tapi PKPD ni tak ada kedai buka. Tak boleh nak dine in pun satu hal juga. Jadinya lewat petang tadi buat la sat. Buat kuih ni mudah sgt...saya guna mixer dan kukus. Jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya. Bahan2 hanya telur 4 biji, satu cawan gula putih, 3 sudu besar susu pekat manis dan satu cawan tepung gandu

Berita Tentang Kematian Datang satu Persatu...

Allahhhu... Sorang demi sorang pergi menyahut panggilan Allah. Sejak dua minggu yang lalu, berita kematian saja yang datang. Di FB pesara UKM sudah begitu kerap sekali bulan ini mengkhabarkan berita kematian. sudah lima enam orang rasanya secara berturut-turut. Hari ni juga ada berita kematian kalangan staf. Terasa semakin dekat dengan saat itu. Merenung ke dalam diri, terlalu banyak yang perlu diperkemaskan dan dibetulkan. Risau tidak sempat.  Hari ini juga adik kepada kenalan rapat saya pergi mengadap Allah setelah bertarung dengan penyakit cancer yang dihidapi...gambar di pusara dikongsikan oleh kenalan saya. Allah..hati saya terusik. Malam ni banyak merenung ke dalam diri sambil menyelesaikan tugas2 pejabat.. Bila memikirkan saat malaikat maut datang mencabut nyawa...terbayang di fikiran berpisahlah roh dengan badan. Berakhirlah kehidupan di dunia. Bagaimana agaknya saat itu, tiada siapa pun yang tahu bagaimanakah keadaan yang dilalui, kerana yang pergi sudah tidak akan kembali lag

Teringat Sembang Nenek...

Sekadar refresh diri dengan pesanan orang tua kita dulu2. Teringat sebahagian kata2 arwah nenek bila sembang2 di pangkin. 1. Solat jangan tinggal. Dan solatlah di awal waktu. 2. Banyakkan zikir dan jadikan zikir sebagai penguat diri. Amalkan ayat-ayat dan doa yang boleh menjadi pelindung kepada diri dengan pergantungan hanya kepada Allah. 3. Baca Quran. Jadikan Quran peneman setia. 4. Jadilah orang baik. Banyak tolong orang, permudahkan orang, jangan jahat pada orang, jangan menipu, jangan ambil hak orang, jangan sakiti hati orang, dan jangan buat perkara tidak baik. 5. Bila berjanji jangan mungkiri. 6. Berpakaian sopan dan jangan berlebih pelik2. Sentiasa jaga penampilan diri biar cantik selalu di pandangan orang dan sentiasa sejuk mata orang yang memandang.  7. Beradab masa makan. Jangan gelojoh dan jangan bersepah. Jangan comot. 8. Bawa diri dengan baik. Sopan santun, berbudi bahasa dan elok tutur kata. Dalam dan luar sama. Tidak hipokrit. "Kalau baik di dalam maka baik lah di

Talapia Goreng Bercili Ala Minang

Cerita dua tiga hari lepas. Ikan talapia yang dibawa balik oleh Mr. Husband. Balik dari ofis tengok di sinki ada 10 ekor ikan ini yang sudah siap disiang. "wah sedap ni dibuat goreng dan makan panas-panas". Bisik hati kecil saya. Untuk makan lewat petang tu, saya just goreng empat ekor dan selebihnya saya simpan dulu. Keesokannya saya full dgn meeting, jadi tak sempat untuk masak yang berat2. Makanya masak yang simple2 saja..menu ikan talapia goreng lagi la nampaknya yang paling mudah. Tapi saya buat goreng ala bercili...Saya panggil menu ni tumis bercili ala minang. Goreng bercili ala minang ni mmg sangat sedap tidak terkata. Bagi yang suka kepada masakan pedas memang lagi best. Namun bagi yang tidak suka pedas pun ok, jangan ambil kuah cili tu banyak, ketepikan cilinya dan ambil ikannya saja. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasaknya. Bahan-bahan: 1. Ikan talapia 4 ekor. 2. Bawang Holland satu labu 3. Bawang putih dua ulas. 4. Cili api satu genggam - 20 biji lebih 5. S

Perit Sebuah Keputusan...

Kadang-kadang dalam hidup ni berlaku sesuatu yang kita tak berniatpun melukakan hati orang, menimbulkan persoalan dan membuat orang tertanya-tanya dan berasa kecewa dengan keputusan kita. Kita sendiripun kadang-kadang rasa kecewa dengan keputusan kita apabila ianya melibatkan soal "rasa". Namun, demi membetulkan apa yang tidak betul dalam diri, apa jua yang perlu diputuskan perlu diputuskan.  Sudah pasti keputusan itu demi kebaikan bersama dan telah mengambil kira banyak perkara. Jika perit yang dilalui atas sebuah kebaikan di sisi Allah, bertahanlah...InsyaAllah, Allah bantu meleraikan segala rasa keperitan yang hadir. Perit mempertahankan rasa yang hadir hanya diri yang tahu. Sesekali rasa surrender...namun perlu juga diteruskan kerana tiada pilihan lain. Seboleh mungkin semua orang memilih untuk hidup yang bersih daripada dosa. Betul, setiap hari kita sebagai manusia akan melakukan dosa. Tapi sekurang2nya kita sentiasa audit diri dan perkemaskan semampu boleh. Sudah dekat