Skip to main content

Merenung Sejenak...

Pagi ni tak masuk ofis seperti rutin.

Ada urusan kerja di luar for a couple days.

Dalam waktu singkat ini ingin menitipkan sesuatu ttg kehidupan susulan drpd sembang2 dgn geng mlm tadi di wasap group.

Ada geng berkongsi satu gambar dgn pertanyaan..."kenal tak siapa dalam gambar?"

Saya menatap gambar tu..dua susuk badan yg dilihat..yg sorang tu saya cukup kenal..cukup rapat dengan saya suatu waktu yang berlalu, tapi susuk badan seorang lagi saya tak dapat cam...nampak sangat uzur dan sudah sgt berusia... ditambah pula dengan keadaan keuzuran, nampak, sgt cengkung dan kurus ...Allah terdetik dlm hati saya "siapa gerangan empunya badan".

Jika sahabat saya bertanya begitu, sudah pasti saya mengenali orang yang dimaksudkan ini.

Saya membiarkan saja conversation dalam group wasap itu berlalu begitu kerana kebetulannya saya tak sempat nak menyampuk. Urusan di ofis sgt penuh betul...

Malamnya baru saya sempat baca semula....dan bila membaca satu persatu conversations dlmnya, maka terjawablah siapakah gerangannya.

Allahu...satu susuk badan yang sangat saya kenali dan semua orang di tempat kerja saya kenal orangnya..beliau pernah menyandang portfolio utama Universiti..juga pernah menjadi guru saya di salah sebuah Fakulti. Sangat baik orangnya..sgt humble..dan cool orangnya.

Apa yang hadir dalam pemikiran saya pada saat itu adalah hidup ini memang begitu...apa yang saya maksudkan dengan "memang begitu" tu...

"memang begitu" tu merujuk kepada apa yang sentiasa saya fikir dan saya ingat bahawa hidup ini lumrahnya begitu..daripada bayi kita menjadi dewasa, menjadi lebih dewasa seterusnya menginjak kepada tua dan ke peringkat sgt tua yg kita akan kelihatan sangat uzur dan lemah..badan kita susut, semua kulit kita berkedut dan badan kita akan mulai mengecut selari dengan umur kita yg semakin tua...saya istigfar dlm hati....hati saya berbisik,"ini juga yang akan aku dan semua orang akan lalui jika umur panjang". Sudah pasti..wajib lalu kalau usia panjang.

Sahabat dalam wasap group memaklumkan umur beliau telah masuk 81 tahun. Allahu, berbeza sangat susuk badan beliau dgn susuk badan beliau hampir 30 tahun lepas...masa saya mula mengenali beliau sebagai guru saya maksudnya beliau berumur dalam lingkungan 50-an....masa tu fizikalnya masih kuat, badan juga masih berisi, masih sihat dan bertenaga.

Kini, susuk tubuh ini sangat kurus, badannya juga telah mengecil (orang kampung saya panggil mengecut), muka cengkung...raut wajah yang tidak lagi seperti dulu....sungguh masa mula2 tgok saya memang langsung tak cam dia adalah beliau yg saya kenali....

Saya mendoakan kesihatan yang baik buat beliau...moga Allah kurniakan kebaikan berganda kpd guru saya ini...moga segala ilmu yang dicurahkan dulu mendapat ganjaran dan pahala yang mengalir berterusan buat beliau. Moga jua segala sumbangan dan kepimpinan beliau kepada organisasi kami mendapat pahala yang besar di sisi Allah..sumbangan kepinpinan beliau terpahat dalam sejarah kepimpinan Universiti ini. Moga Allah berikan keberkatan umur dan kesejahteraan jua buat beliau...amiin YRA.

Sama2 kita saling mengingatkan diri kita bahawa kehidupan ini ada fasa2nya...semua fasa akan kita lalui, tidak akan ada yg kita blh skip jika usia kita panjang..

Jika sebaliknya kita lebih awal dijemput, maka kita tak akan sempat lalui fasa yang lengkap yang penghujung adalah fasa warga emas yang fizikal dan pemikiran kita semuanya Allah slowly tarik sebelum kita menghembuskan nafas kita yang terakhir.

Justeru, usah kita terlalu alpa dengan apa yang kita miliki hari ini.kesihatan yang baik, fizikal yang kuat, badan yang tegap, rupa yang cantik, suara yang kuat, pemikiran yang hebat, idea yang bagus, tindakan yang tangkas dan sebagainya lagi...itu semua hanya pemilikan sementara kerana pasti suatu hari nanti semua itu hanya tinggal kenangan dan sejarah...kita tak akan selamanya begitu, kerana masa ini bergerak ke depan, takkan mungkin mengundur..usia kita menganjak pada sedia detik....

Sekadar renungan pagi sebelum bergerak ke suatu destinasi...

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe