Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Perangai dalam Organisasi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua... Saya sekadar menulis daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui. Penulisan sebegini kadang-kadang boleh memotivasikan diri untuk mencuba sedayanya memberikan yang terbaik. Dalam masa yang sama, mungkin ia juga boleh dijadikan sempadan kepada diri agar kita terus dalam aura yang positif untuk kehidupan yang lebih positif. Secara asasnya bila d iri, hati dan jiwa kita positif, maka pemikiran kita juga akan positif..aura yang positif sudah pasti menggamit rasa ketenangan dan kebahagiaan. Terdahulu, mari kita fahami dulu maksud 'perangai' ini. Kalau mengikut Kamus Dewan, perangai bermaksud sikap atau kelakuan, tabiat atau watak seseorang yang sudah sebati benar dengannya. Dalam organisasi kita akan temui pelbagai perangai dan karenah ahlinya. Ada yang positif dan ada juga yang sebaliknya. Semuanya ini adalah pelengkap dalam organisasi yang menjadikan sesebuah organisasi itu lebih 'aktif'. Aktif yang dimaks