Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2022

Nasi Manis Kelantan...

Nasi Manih Kelate. Haishhh tak dpt tido...sudah 1.30 pagi. Aduhai, perut rasa berkeroncong..saja buat hal bila kita cuba kurangkan makan...hmmm. Makanya, turun ke dapur la sekejap nak cari apa2 untuk dikudap..terlihatlah pulut dalam periuk kecil yang ditanak semalam untuk dibuat pulut durian...dalam hati berbisik, "elok lagi pulut ni, kalau dibiarkan sampai esok dah tentu basi nanti". Sudahnya dapat idea untuk buat nasi manis atau orang luar kelantan panggil Wajik. Cuma wajik ni dia agak keras cket adunannya, manakala adunan nasi manis ni lembut dan mcm berlengah cket dek gula yg banyak. Tapi nasi manis saya ni saya kurangkan gula, jadi tak adalah berlengah sgt. Kalau bonda saya yang buat nasi manis, mau "potong kaki" ore kelate kata...sebab tahap manih tu tak leh bawa bincang..manis sunggoh weiii...haha Kembali kepada idea nak buat nasi manis tadi, saya teruskan hasrat walaupun jam dah dekat pukul 1.30 pagi...fikirkan durian masih ada tiga empat ulas dlm peti...elo

Penantian 24 Tahun Sebagai Hadiah Hari Lahir...

Penantian itu memang menyakitkan. Namun, pasti ada hikmah mengapa Allah tangguhkan. Hakikatnya tidak semua yang kita mahu kita akan dapat.  Allah tahu apa yang akan diberi kepada kita dan apa yang tidak.  Namun, sebagai hamba Allah kita jangan berputus asa..terus cekal, terus kuat dan terus istiqomah. Bila tiba saatnya Allah akan memberikannya jika ia adalah milik kita..jika bukan milik kita maka tetap tidak akan sampai kepada kita. Maka saat itu, Redha lah dan ikhlaskan lah. Kuasa Allah... Allah kata sudah tiba masanya Allah memberi apa yang dimpikan dan diharapkan... Ya, finally selepas 24 tahun menunggu...sejak September 1998 dan kini segala penantian itu temui pengakhiran yang baik...termetri segalanya pada 24 November 2022...alhamdulillah...finally Allah izinkan. Menjadi sesuatu yg sangat bermakna bila segalanya yang sekian lama didambakan dan ditunggu jatuh pada kiraan 22.11.22 membawa kepada nilai 10. Memetri indah hadiah paling mahal untuk hari jadi pada kali ini. Allah Maha Me

Perkongsian Buku "Tentang Pergi"...

Siri 1 Perkongsian. Buku yang dipesan berjudul "Tentang Pergi" telahpun sampai dua tiga hari lepas. Buku ini ditulis oleh Hafizul Faiz. Sdra Hafizul Faiz adalah seorang founder Pertubuhan Tentang Kita, iaitu sebuah NGO yang sedang giat membantu mendanai rawatan pesakit mental seluruh Malaysia. Sinopsis buku ini sebenarnya muncul di SosMed saya dua tiga minggu lepas. Sinopsisnya agak menarik perhatian saya. Tanpa berfikir panjang saya terus membuat pesanan. Kebetulannya saya teringat dia yang selalu muncul di Tik Tok berkongsi tentang kata2 semangat dan motivasi diri. Masa tu, saya belum mengenal siapa dia. Selepas membaca buku ini barulah saya tahu latar belakang sdra Hafizul ni. Harga buku ni RM49.00 dengan 133 muka surat. Saya telah selesai membacanya dlm masa satu hari cuti panjang ini. Memang berbaloi membelinya. Penulisan sangat hebat. Saya suka. Penulisan yang banyak dengan kata2 inspirasi, semangat dan motivasi diri untuk terus kuat, terus berdaya saing dan terus panda

Donut Kampung Sedap Gebu Gebas

Salam hujung minggu buat semua. Semoga semua dapat memanfaat hujung minggu ni dengan sebaiknya untuk diri dan keluarga. Berehat sepuasnya dan boleh melakukan apa jua aktiviti yang diminati. Awal pagi hari ni saya memilih untuk membuat donut kampung yang sedap. Mengapa saya panggil donut kampung kerana saiznya kecik2 dan selalunya saiz kecik2 mcm gini dijual di warung2 kat kampung untuk buat kuih minum pagi. Lama sgt dah sebenarnya tak buat kuih dan masak2. Hari ni ada waktu terluang di rumah, makanya kita onnnzz masuk dapur. Jom kita lihat bahan2nya dulu. 1. Tepung gandum 1/2 kg. Saya guna yang high protein lebih sesuai untuk gebu gebaskan donut. 2. Satu sudu besar yis segera 3. Satu sudu besar margerin 4. Dua biji telur 5. Satu sudu teh garam 6. Gula tiga sudu besar 7. Setengah sudu besar baking powder 8. Setengah sudu besar bread improver 9. Satu sudu besar susu tepung 10. Air sejuk 100 - 150 ml Cara-cara: 1. Gaul serata semua bahan kering. 2. Masukkan air dan telur. Uli dalam 10 min

22 November Datang Lagi...

22/11/22 Tarikh ini datang lagi. Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah. Setiap tahun memang tarikh 22.11 ini akan hadir sebagai tarikh ulang tahun kelahiran, yang berbeza cuma tahunnya saja. Tarikh kali ini sgt special kerana dua perkara.. Satunya kerana tarikhnya cantik, hanya bermain dengan nombor 1 dan 2 saja....22.11.22 Sebab yang kedua ditangguhkan dulu dalam penulisan berikutnya. Nanti kita cerita di entri akan dtg. Rasa syukur saya panjatkan kepada Allah kerana usia ini masih dipanjangkan ke satu angka lagi. Rasa syukur atas umur yang masih ada. Baki yang tinggal tidak pasti berapa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Alhamdulillah...Semoga usia ini diberkati Allah. Dipanjangkan usia untuk hidup dalam kebaikan dan redha Allah. InsyaAllah... Peningkatan setahun demi setahun itu sudah pasti membawa perubahan kerana kehidupan ini bukan statik...ia dinamik. Perubahan dlm pelbagai perkara... - perubahan angka - perubahan momen dan kenangan - perubahan plot cerita kehidupan - perubahan

Nasi Goreng Bodo Yang Sedap

Hari ni cuti khas PRU. Sehari sebelum PRU, kerajaan memberikan cuti bagi rakyat bersedia untuk mengundi, terutamanya rakyat yang akan pulang mengundi di kampung halaman. Jadi ada cukup masa untuk bergerak balik. Agak lama tak menyediakan sendiri sarapan pagi. Pagi ni masuk dapur menyediakan nasi goreng simple atau juga dipanggil nasi goreng kosong, atau juga ore kelate panggil "nasi goreng bodo". Mengapa dipanggil begitu, sebab nasi goreng ni memang hanya menggunakan dua bahan utama saja, iaitu bawang dan telur. Telur saja sebagai rencahnya. Mr. Husband memang suka nasi goreng kosong ni. Saya tahu ttg nasi goreng ni daripada mak mertua. Mak mertua memang suka buat nasi goreng kosong, sehinggakan anak2 saya pun menggemarinya. Menjadi fav anak2 dan Mr. Husband la kiranya. Sesekali makan memang terangkat. Jom saya kongsikan macamana nak buat nasi goreng bodo ni. Bagi yang nak mencuba boleh follow resepi ni ya. Bahan2: 1. Dua ulas bawang putih. 2. Tujuh lapan ulas bawang merah 3.

Senaman Ringkas Lima Minit di Permulaan Hari Di tempat Kerja...

Lama sebenarnya tidak sempat singgah di blog. Entri dua hari lepas tu entri yang telah ditulis awal tapi tak sempat disudahkan hingga ke penghujung. Jadinya mlm tadi, hanya selesaikan ayat terakhir dan post kan terus. Itu yang pendek aje jadinya. Lama tak menulis tu sebab kekangan waktu yang tidak menyempat jadinya dengan pelbagai halnya. Masa pula cepat sgt beredar. Tanpa sedar dah berbelas hari tak menjenguk blog selepas posting terakhir pada 5 Nov. Hmmmm..cepat benar, serasa sesaat. Adehhh Penulisan kali ini saya nak berkongsi tentang kepentingan senaman ringkas di awal pagi di tempat kerja. Jadikan lah senaman ringkas ini sebagai satu rutin harian dan amalan secara istiqomah. Biar lah permulaan pagi kita mulakan dengan senaman secara bersama dalam seluruh pasukan kerja kita. Keharmonian pasukan kerja akan ditingkat dengan aura dan semangat kita yang bersatu dalam satu aktiviti senaman. Sangat banyak manfaatnya untuk diri sendiri juga untuk anggota organisasi keseluruhannya. Benda m

Sentiasa Ingatkan Diri...

Allahu... Hidup kita jangan begitu taksub dengan duniawi sgt. Ada ketika kita kena beristigfar sekejap..renung dalam diri dan kejutkan diri yang tengah dok ralit tuh. Buat la sesekali. Dua tiga bulan sekali buat. Sekurang2 nya kita tidak lah terleka sangat. Tidur lena yang terlalu panjang ni boleh melalaikan kita. Kerana itu lah sesekali kita kena dikejutkan sama ada oleh diri kita sendiri atau oleh orang lain. Jika orang lain yang mengejutkan kita, maka ambil itu secara positif dan bersyukur kerana Allah mendatangkan seseorang untuk mengejutkan kita. Jika kita sendiri yang mengejutkan kita, maka itu lebih afdal kerana Allah telah memberikan kita hidayah untuk sentiasa sedar dan merubah diri kepada kebaikan. Justeru, sentiasa kita mengingatkan diri agar tidak terlalu lalai sehingga terlupa bahawa hidup di dunia ni hanya sementara. Jadinya, jika sedang bergembira, jangan membawanya sehingga kita lupa dunia dan lupa bersyukur kepada Allah, jika sedang bersedih, jangan lupa Allah sentiasa

Apa Jua Situasi Perlu Ada Pengorbanan

Hidup ini adalah sebuah pengorbanan. Dalam apa jua situasi, konsep pengorbanan akan hadir. Kita terkadang tiada option dan tiada choice...maka kita kena hadap. Jangan sesekali rasa down...hadap tetap kena hadap, maka kawal minda kita sebaiknya. Contohnya, dalam bidang pekerjaan bila kita adalah seorang ketua, kita tidak boleh berharap semua orang kena suka kita. Selepas kita dah berikan yang terbaik dengan adanya budi bicara dalam peraturan, namun masih lagi ianya tidak dpt diterima...maka kita tiada pilihan lagi selain menerima hakikat untuk tidak disukai. Ada yg akan tak suka kita bila apa yang mereka harapkan tidak selari dengan keputusan Pengurusan.  Sebenarnya, dengan menjadi ketua, kita adalah orang yang bertanggungjawab untuk menjaga peraturan dan menasihati peraturan, mengemudikan segalanya mengikut governan dsbnya..kita bertanggungjawab meletakkan sesuatu perkara itu di tempatnya yang betul. Di sinilah selalunya berlaku konflik dalam organisasi. Kita mungkin menjadi ketua yang

Hati dan Minat Boleh Berubah...

Sekadar mengimbau kisah lampau masa awal remaja dulu...masa form 1 hingga form 5....obses giler dengan cerita Hindustan atau citer Hindi. Ore kelate sebut citer "Enuste". Ore kelate ni kebanyakannya minat citer Hindi ni. Saya ni siap ada satu koleksi buku menyimpan gambar2 pelakon hindi yang disukai. Gambar2 ni dipotong dari akhbar. Jika di tahun 80-an dulu Mithun Cakrabothy antara pelakon yang top dengan beberapa lagi actors. Saya memang peminat giler la kiranya dengan Mithun Cakrabothy ni di samping Akshay Kumar, juga sunny Deol. Masa tu bila melihat Mithun seakan lupa segalanya...hati berbunga2. Siap kumpul koleksi gambar2 Mithun yang saya jumpa di akhbar. Asal jumpa saja potong dan simpan. Begitulah obses sekali saya. Jika dikira tahap minat tu tiada bandingan la..tahap 200%...adoiii la huru hara sunggoh dih masa tu..hehe Bila masa beredar...usia meningkat dan pemikiran juga kematangan berbeza...slowly minat saya berubah. Saya tidak lagi minat untuk menonton cerita hindi

Sayangi Diri...Jaga Diri...

Adehhhh..lima hari tak sempat singgah di blog. Kesibukan tahap tak blh bawa bincang...huru hara punya kekalutan...amboihhh bukan main ya. Hehee...belah malam memilih untuk berehat saja..fizikal dan mental. Alkisahnya begitu la bila masa 24 jam kurniaan Allah ni kita perlu urus sebaiknya. Sebelah siang dah tentu full di tempat kerja. Kecuali weekend yang tiada program. Sebelah mlm pula perlu rehat secukupnya untuk refresh dan recharge diri. Masa juga dirasakan berlari pantas benar. Hadoilah...laju sunggoh la. Minggu ke minggu bagaikan kilat lajunya. Sedar-sedar dah sebulan demi sebulan berlalu. Sedar-sedar hanya berbaki dua bulan saja lagi tahun 2022 akan berakhir. Dan tahun baharu akan muncul lagi...Allah la. Rutin kehidupan kita begini la. Masa 24 jam itu terisi dengan rutin harian yang sama...pergi kerja dan buat kerja, laksanakan ibadah kepada Allah, makan dan minum, beriadah, masa bersama famili, masa untuk membaca, masa untuk hadir perkongsian ilmu, jumpa kawan, pergi holiday, mas