Skip to main content

Hectic Sungguh...

Allah sangat hectic Jan ni.

Full sungguh tahap tak leh bawa bincang dah.

Terkadang bila terlalu pack sgt schedule boleh buat kita tak berapa nak produktif sgt...tahap tepu jadinya. Jolo nih.

Justeru, cari cara untuk rest sekejap.

Walaupun buntu kena kreatif juga to find a way ore puteh kata..hehe.

Exhausted, depressed, stressed, boring, emotional dan macam2 perkataan seumpamanya akan singgah dalam diri kita bila kita sgt full dan tak cukup rehat. Kena bijak la untuk handle semua ni.

Paling penting untuk kita adalah jaga kesihatan diri. Jaga pemakanan, ambil vitamin yang sesuai dan cukup dan fikir positif serta doa secara istiqomah. Ini saja ubat dan penawar untuk merawat diri kita, dalaman dan luaran.

Walau penat walau letih, tanggungjawab yang diamanahkan wajib dilunaskan dengan sebaiknya. Ikhlaskan diri dan letakkan jiwa dalam apa jua yang kita buat. InsyaAllah, Allah mudahkan setiap apa yang kita lakukan. Yakin bahawa setiap keikhlasan itu akan mendapat perhatian Allah. Enjoyzzz dgn kesibukan itu...insyaAllah kita hepi melaluinya.

Kedua, selalu ingat bahawa jangan letak manusia sbg penyebab untuk kita buat sesuatu perkara, sebaliknya kita perlu semat dalam diri, kita buat itu kerana Allah. Kita buat itu kerana kita suka, kita minat dan kita ikhlas. Mengapa kena begitu. Kerana kita ingin diri kita sentiasa tenang dan bahagia. Bila kita letak pemikiran kita begini, maka apa jua yang manusia respon tak akan memberikan kesan kepada hati kita. Kita akan sentiasa steady dan tidak mudah rapuh..gituuuu. Jadi, tidak akan ada perbuatan manusia yang dapat menembus merobek dan menyentuh hati kita. Kita cuba saja, mmg sukar...tapi jgn kita fikir yang sukar tu..fikir yang mudah saja. 

Orait, cukup di sini dulu perkongsian mlm ni. Ada masa nanti saya berceloteh lagi.

Salam hormat,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe