Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Tinggal Rasa Duka...Fikirkan Rasa Bahagia

Lagu: Bila Orang Dah Benci Penyanyi: Saleem Tak guna memujuk lagi Pabila orang dah benci Tak perlu rayu simpati Dia dah tak sudi ohh... Biarpun ku masih saying kasihku tak pernah padam Tetapi apakan daya Terpaksa ku lepaskan Sampai hatimu melihat diriku dihukum begini Seluruh hidupku bagaikan mati tak bernyawa lagi Mengapa sayang engkau hancurkan Niat suciku menyunting dirimu Sedangkan dulu engkau berjanji Kau hanya milik ku Bila orang dah benci Tinggal aku sendiri Orang pun dah tak suka Dikenang pun tak guna Bukan niatku untuk berpisah dengan dirimu Aku terpaksan memilih dia Aku terpaksan lupakan dirimu ohh..kejamnya sikapmu padaku Bila orang dah benci Tiada guna ku nanti Labih baik ku pergi Pergi membawa diri Wahai hati yang berduka, dunia ini hanya sementara. Usahlah ditangisi apa yang telah berlalu. Dalam hidup ini, untuk kita terus sukses, pandanglah ke depan, tinggalkan lah segala kelukaan di belakang, usah menoleh lagi. Yang telah berlalu, b

November datang lagi...Selamat Hari Lahir

22 November ... Dia datang lagi, setiap tahun akan datang dan tidak mungkin kita semua dapat menghindarinya, semua insan akan menanti dan mengingati hari lahir masing-masing sama ada ianya diraikan dengan gembira atau berduka semuanya terpulang kepada kenangan yang dilalui. Aku gembira dan bahagia pada setiap kali tarikh kelahiranku ini tiba dalam masa yang sama, aku juga berduka di sebalik kegembiraan yang dilalui saat tarikh lahir ku tiba...memang aku tunggu, namun setiap kali menyambutnya datang 'suatu rasa' seakan duniaku tidak lengkap... seakan aku kehilangan sesuatu yang kini sudah tidak bersama Perasaan ini saban tahun bersama.. Tidak mungkin pudar dan tidak mungkin hilang hanya masa sahaja yang menentukannya Bersabarlah wahai hati, ketepikan lah 'rasa' itu layani la kebahagiaan yang datang lupakan la segala duka yang berlalu Sabar dan tabahkan hati sudah pasti sinar kan menjelma jua Dunia ini ibarat roda setiap insan akan melalui pel

Bicara Bengkel "Enhancement of Management Process Skills", 25 - 27 November 2015...

Kali ini saya ingin berkongsi tentang ilmu yang diperoleh semasa menghadiri bengkel anjuran Profesional, diadakan di PNB Ilham Resort, Port Dickson pada 25 hingga 27 November 2015. Seikhlasnya, saya rasa sangat berterima kasih kerana dijemput untuk menghadiri bengkel ini bersama-sama dengan lebih kurang 20 orang ketua-ketua Bahagian yang lain...semua perlu ada sepatutnya, daripada Dekan, Timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan, Pengerusi-pengerusi Pusat Pengajian dan Ketua-ketua Pentadbiran dalam Gred N seperti saya ni. Sepintas lalu melihat kepada pengisian program...wow! menjadikan saya tidak sabar untuk menantikan tarikh bengkel tiba. setiap hari sejak seminggu menghitung hari menantikan dengan tidak sabarnya bengkel ini tiba. Mengapa saya mengatakan 'WOW'....kerana bila di dalamnya tercatat sesi Ketrampulan Peribadi Untuk Keterserlahan Imej Universiti oleh Encik Rudy Ludinata Misnun yang memang merupakan bidang yang saya minati. Bidang ini lebih kurang bidang 'adik-