Skip to main content

Berita Sedih...

Terkejut rasa...sedih, sayu berbaur semuanya.

Malam ni membelek di fb sesambil merehatkan badan...rutin mlm sesambil melepaskan lelah minda dan lelah anggota badan, memang akan scrol tgok Sosmed mengintai2 berita2 yg berlaku yg dikongsikan rakan kenalan. 

Tiba2 mata terpaku kepada tulisan "Innalillahiwainnailaihirajiun" di fb salah seorang yg dikenali rapat. Allah, siapa yang meninggal ni, hati kecil tertanya2.

Terus hantar mesej di whatsApp dia...dan share sekali screen shot statusnya di fb.

"Siapa meninggal Tie?"

Rupa2nya suami kepada Che Yah telah dijemput Allah pada pagi tadi..Allahuakbar..baru tahu arwah dah lama menghidap cancer prostat rupanya...Allahuakbar..

Terbayang raut wajah arwah dan raut wajah Che Yah...zaman kecik2 dulu sesekali akan berjumpa dgn che yah dan pakcik Mad ni bila ada kenduri makan2 keluarga belah Ummi. Che Yah ni mak saudara kepada Ummi. Che Tie yang saya hubungi ni pula adik kepada ummi. Che Yah ada anak perempuan yg sebaya saya dan Che Tie...Julie..sesekali berjumpa kami sembang bersama.

Semoga Allah menempatkan Pakcik Mad dalam kalangan orang2 beriman di sisi Allah. Semoga jua Che Yah diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menerima kehilangan suami tercinta.

Allahu, tak dpt bayang kesedihan di hati Che Yah...sekian lama hidup bersama, melalui suka duka dalam kehidupan sehingga sama2 meniti usia tua...kini salah seorang dijemput Allah dulu...

Saya kira umur Che Yah dan arwah Pakcik Mad dah lebih 80 tahun...

"Tie, ada anak2 ke tinggal dgn Che Yah, atau Che Yah berdua saja dgn Pakcik Mad sebelum ni?"

"Ada Yana nie"

Balas Che Tie...

Terus minda mengimbau zaman kecik2 dulu...Yana masa tu dalam umur tujuh lapan tahun rasanya...Allah..kini semuanya telah dewasa...masa berlalu..dah telah lama meninggalkan tahun2 80-an tu...

Teringat pula nak bertanyakan satu2 nya anak lelaki Che Yah, namanya jelas lagi di ingatan saya...

"Tie, anak Che Yah yg nama Halim tu, dia dah kawin ke?". Halim ni anak kurang upaya, tapi minor saja...masa kecik dia jatuh dari katil dan fikirannya ada gangguan sikit (minor down sindrom).

"Halim dah lama meninggal nie"

Balas Che Tie...

Allahuakbar..."aku terlepas flight ni" bisik hati kecil...byk dah yang lupa skrg ni..MasyaAllah..tiba2 hati rasa sayu...

Sayu dan sedih pula rasa bila kenangkan kesedihan Che Yah...suami yang selama ini menjadi peneman hidup dan tempat mengadu dan tempat bernaung telah pergi buat selama-lamanya...

Allahuakbar...

Moga Che Yah kuat dan redha...

Inilah kehidupan...sorang demi sorang insan yang kita kenali dijemput Allah...masa kita juga akan tiba...

Hidup ini sementara...tiada yang kekal

Al-Fatihah.

RZH.





Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...