Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

Merenung Diri...

Malam semakin sepi...waktu semakin lewat...bunyi rintik hujan di luar rumah antara dengar dengan tidak... Semua makhluk Allah mungkin telah lama dibuai mimpi... Selesai memberikan salam...tetap mengekalkan kedudukan di sini. Merenung jauh tentang kehidupan...tentang masa yang begitu singkat sekali yang masih berbaki. Merenung sejenak tentang diri...tentang hampir 50 tahun ke belakang yang telah dilalui...andai dihitung...365 hari didarab dengan 50 tahun...berapa jumlahnya...sudah pasti terlalu besar... 18250 hari. Allah...sehariannya itu 24 jam...kalau 24 jam ini didarab dengan 18250 hari berapa pula jumlah yang akan keluar... Kesimpulannya sudah terlalu lama Allah memberikan peluang berada di dunia...terlalu banyak juga dosa yang dilakukan...dosa kecil dan dosa besar bergabung...risau tentang keampunan dari Allah. Andai masa di depan masih berbaki 10 tahun lagi misalnya...sudah terlalu singkat sebenarnya masa yang tinggal. Risau tidak sempat sampai 10 tahun itu..mungkin leb

Perkongsian Ceramah Seorang Ustaz...

Saya sekadar ingin berkongsi di sini intipati daripada satu ceramah agama daripada salah seorang ustaz. Kata Ustaz ini, ada tiga perkara penting untuk kita lakukan dalam kehidupan akhir zaman ini. Tapi sebelum saya pergi kepada tiga perkara itu, saya ingin dulu berkongsi intro darpada ustaz ini..bila kita hadam betul2 setiap kata2 ustaz ini...ianya sangat melekat dan terkesan di hati. Ustaz kata, hidup kita sekarang ini adalah sudah betul2 di akhir zaman...mmg sudah betul2 di penghujung dunia. Akhir zaman itu bermula dari zaman Rasulullah wafat...sudah lebih 1400 tahun berlalu. Zaman dunia akhir zaman adalah zaman kejahatan bermaharajalela. Zaman di mana dunia musnah akibat tangan manusia sendiri...zaman di mana banyak berlaku gempa bumi, wabak dan penyakit merbahaya menular, banyak berlaku malapetaka, perbunuhan, perzinaan dan macam2 perkara pelik yang berlaku. Ustaz berpesan supaya kita tidak leka dengan tiga perkara ini....kerana masa kini sebenarnya telah semakin dekat bena

Hidup lah atas jalan dan syariat Allah...Jiwa tenang dan hati bahagia...

Dalam hidup ini jangan kita dok nak fikir sangat apa orang kata pasal kita kerana kalau semua itu kita nak fikir memang tidak akan pernah berkesudahan jawapan yang akan kita berikan kepada apa yang orang fikir, apa yang orang kata. Cuba secara ikhlas tanya pada diri mengapa perlu kita buang masa untuk melayan semua yang akan membebankan dan menyerabutkan fikiran kita...membuang tenaga kita hanya untuk sesuatu yang tidak penting. Yang penting dalam hidup ini untuk kita fikir adalah: 1. Segala perbuatan dan tutur kata kita mestilah dalam syariat dan redha Allah...pastikan niat kita ikhlas dan niat kerana Allah. Pastikan tutur kata kita sopan dan tidak berniat menyinggung orang lain. 2. Pastikan apa yang kita buat itu kerana kita perlu melakukan begitu tanpa melangkauai hak dan "kawasan" orang lain. Kita lakukan kerana ia adalah dalam tanggungjawab kita dan kerana kita memegang amanah untuk tanggungjawab itu. 3. Jangan kita bersikap sombong dan bongkak walau apa jua ya

Sayangi Kehidupan, Jangan Stres stres...

#SantaiSantaiMenulis #HappyWeekend #BuatApaYangKitaMinat #anggerikdesa Hujung minggu datang lagi. Kali ni hujung minggu yang panjang sebab cuti umum CNY. Gunakan sepenuhnya cuti yang panjang ini untuk bercuti dan merehatkan minda, dan recharge diri. Hidup ini mesti enjoy dan hepi2 selalu. Jangan terlalu serius dengan perkara yang membuat kita rasa stress. Kendalikan semuanya dengan berhemah dan profesional...yang penting jangan stress2! Sekadar berkongsi satu artikel yang saya baca...mungkin bermanfaat buat kita semua. 1. Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia adalah perkara normal namun perlu ada kawalan dan limitnya. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa dan situasi. 2. Ada dua jenis tekanan, iaitu eustress iaitu tekanan yang memberikan kesan yang negatif. Dan satu lagi adalah distress yang memberikan kesan negatif. 3. Tekanan dipercayai merupakan penyumbang terbesar kepada penyakit2 kronik seperti kans

Rasa stress yang menghambat dengan 1001 macam ragam manusia...

Stress ataupun tekanan datang pada ketika yang kita tidak boleh menduga dan menjangka. Masa ia datang memang resah rasa hati, bercelaru rasa fkiran dan hidup rasa tidak tenang. Banyak punca yang menyebabkan kita rasa stress sebenarnya, antara sebab utama adalah adalah stress dengan sikap dan perangai manusia. Pada entri kali ini saya nak menulis tentang rasa stress yang disebabkan oleh sikap dan perangai manusia dan bagaimana cara untuk kita mengatasinya. Sikap dan perangai manusia ni macam-macam sebenarnya bentuknya. Susah kita nak elak sebab ianya di luar kawal kita. Perangai manusia ni ada 1001 macam perangai, ada yang ego dan sombong dengan kuasa, ada yang banyak pula soalnya..ada yang terlalu detail sangat sehinggakan benda tak penting pun nak detail juga...ada yang cerewet sangat, ada yang berkira sangat, ada yang tak ambik kisah langsung, ada yang jenis tak teliti, ada yang jenis tak kisah, ada yang jenis lebih sudu dari kuah, ada yang bla bla bla...hehe banyak kan... Apa

Pemikiran Kita Biarlah Berlandaskan Redha Allah...

Pemikiran kita tidak mungkin sama dengan pemikiran orang lain. Walau bagaimanapun pemikiran yang baik adalah pemikiran yang berlandaskan kepada iman, rasional, waras, logik, fakta, justifikasi dan alasan yang kukuh, peraturan berkuatkuasa, perikemanusiaan, adab dan budaya... Makanya, andai ini yang kita jadikan asas dalam pemikiran kita, sudah pasti pemikiran setiap seorang tidak akan lari jauh. Pemikiran akan berbeza jauh sekiranya soal sombong, ego, kepentingan diri, hasad dengki, mementingkan kroni dan sebagainya berkaitan yang kita jadikan sebagai asas. Justeru, sebelum pemikiran kita dilontarkan dan dijadikan salah satu penyumbang kepada keputusan dibuat, makanya sentiasalah berwaspada dan mengambil ingatan bahawa: 1. Setiap apa yang kita fikir dan lontarkan, semuanya Allah menjadi saksi. Balasan Allah atas segala perbuatan tidak baik dan niat kita yang terselindung akan kita terima suatu hari nanti. 2. Semasa memberikan pandangan, jangan sekali2 kita berniat untuk mengena

Doa buat seorang sahabat sejati...

Dunia ini begitu lah...malam ni termenung panjang...merenung sesuatu tentang kehidupan. Kehidupan yang semakin "merapati destinasi". Balik dari tugas rasmi di luar kawasan tadi sempat menghubungi seorang sahabat...panggilan yang tertangguh sebenarnya...sejak Jumaat lalu WhatsApp dari sahabat ini tidak sempat saya reply...saya agak buzy back to back sejak Jumaat tu lagi...masa agak tak sempat...hari ni sambil driving back baru sempat call. Sahabat ini bukan setakat sahabat...tapi dia lah kakak dia lah emak...usianya sebaya emak saya...telah hampir 23 tahun mengenalinya, mula2 saya bekerja dulu kami bertemu...dia banyak membantu saya masa mula2 kerja dulu...mcm mentor saya la juga kiranya. Kami cepat baik, mungkin sebab datang satu negeri...tambahan lagi sahabat ini baik dan peramah orangnya..sangat mengambil berat dan macam mak2 gitu perwatakannya...kiranya macam tempat saya bergantung...dia jugalah yang selalu  membawa saya atau menemani saya ke situ sini bila ada keperlu

Dalam sedih ingat Allah dalam bahagia ingat Allah...

Malam ni masih menjenguk ke blog. Urusan rasmi di hujung minggu di luar kawasan menjadikan mata sukar sedikit dilelapkan walaupun kepenatan sebenarnya. Di lewat malam sebegini saya ingin menulis tentang suatu rasa yang semua orang akan rasai, lalui dan alami sama ada nak atau tidak ianya tetap datang. Takkan mungkin dapat dihindari kerana kita ini adalah hamba Allah yang diciptakan dengan mempunyai hati dan perasaan. Manusia tetap tidak akan boleh lari dengan rasa sedih dan kecewa...rasa terpinggir dan meminggir...ini semua lumrah hidup. Bagaimana agaknya kita ingin menangani situasi sebegini...nak elak memang tak mungkin, nak lari memang tak dapat...yang perlu dibuat adalah redah, kunyah dan telan. Justeru, jangan sesekali diri tunduk dengan rasa ini. Jika kita tunduk kita akan hadapi kegagalan dalam kehidupan kita. Jangan biarkan kegagalan kita mengawal diri menjadikan hidup kita musnah. Musnah dalam erti kata rasa down, rasa tidak bersemangat dan tidak berminat untuk apa jua

Belajar mempraktikkan checklist dalam urusan kerja...

Malam telah terlalu lewat sebenarnya. Jam di phone ni memaparkan dah hampir pukul 1.00 pagi. Banyak sangat perkara hadir dalam fikiran yang perlu difikirkan serentak..terlalu sesak dan berat rasa fikiran...berat juga kepala dan gelisah rasa di hati. Penat tu jangan disebut lagi. Memang penat! Dalam menghadapi suasana sebegini kita perlu bijak mengurus semua perkara yang "dok berhimpun" dalam fikiran itu...belajar membuat checklist maya atau checklist nyata. Checklist maya adalah checklist yang kita susun dalam kotak fikiran kita dan sangat bergantung kepada kebijaksanaan kita mengawal minda agar tidak rasa "terkejar2" dengan perkara yang banyak sangat hadir dalam fikiran. Manakala checklist nyata adalah di mana semua urusan yang perlu dilakukan itu kita menyenaraikan dalam bentuk senarai bertulis. Kalau kita belum mampu untuk mengawal minda dengan checklist maya...maka segerakan lah dan jangan bertangguh lagi untuk membuat checklist nyata. Adanya checklist

Hambarnya Sebuah Hubungan Kerana Komunikasi...

Komunikasi sangat penting dalam perhubungan harian kita. Komunikasi secara lisan, tanpa lisan, bahasa badan semuanya memberikan kesan kepada perhubungan sama ada semakin merapatkan atau merenggangkan hubungan. Konsep komunikasi ini sangat mudah sebenarnya...semuanya adalah menggambarkan hati kita. kalau hati kita hambar dan tawar, atau tidak berminat, maka komunikasi kita juga hambar (sekadar berbasa-basi sahaja, tetapi sebenarnya tiada feel dalamnya). Contoh dialaog untuk komunikasi hambar: A: "Assalamualaikum dan selamat pagi." B: "Waalaikumussalan dan pagi." Kalau ini contoh dialognya, makanya komunikasi akan hanya terhenti begitu sahaja.  Seharusnya etika dalam komunikasi yang sifatnya "ada feel" dan saling memerlukan, ianya mesti saling bersambut dan saling memberi respon seakan gayanya perbualan tidak ingin ditamatkan. Contohnya: A: "Assalamualaikum dan selamat pagi." B: "Waalaikumussalan dan pagi." B: "Apa khab

Mengingati itu tidak semestinya diucapkan dan dilafazkan...

"Mengingati itu tidak semestinya diucapkan dan dilafazkan." Ya, entri ini akan menulis tentang ungkapan ini. Tidak pasti apa yang ingin dituliskan tapi ada sesuatu di fikiran yang perlu "dikeluarkan" dalam bentuk tulisan. Sekadar menterjemahkan jua.... Sesuatu yang kita ingat tidak semestinya kita ucap dan lafazkan. Hadirnya dengan penuh setia itu pada setiap masanya tiba sudah cukup untuk melengkapi dan menyatakan "suatu rasa" yang tidak terucap dan terungkap...hanya sebuah hati yang benar2 ikhlas saja yang tahu betapa tinggi nilainya kepada diri. Usah diukur tanda ingatan itu dari sebuah ucapan dan lafaznya...kerana bila sesuatu itu begitu tinggi nilainya terkadang biar lah ia kekal dlm ingatan sahaja kerana bimbang hadirnya tidak ditunggu dan tidak dihargai...khuatir respon hanya biasa-biasa sedangkan pengharapan yang diletak bersama ucapan itu terlalu tinggi. Pasti ada sebab mengapa kita memilih menyimpan saja di hati, tidak diucap dan dilafazk

Menulis itu Terapi Hati...

Menulis itu terapi pada diri. Ya...bila buat apa yang kita suka dan apa yang kita minat makanya akan memberikan terapi dan menggembirakan diri kita. Dengan menulis: 1. Kita akan dapat menzahirkan secara tersurat apa yang hadir di fikiran kita dan dalam masa yang sama fikiran kita seakan rasa "longgar" dan "ringan". Dan sudah pasti akan menggamit kedamaian dan ketenangan. 2. Kita dapat berkongsi info dan mungkin memberi manfaat kepada orang lain yang berkebetulan membaca tulisan kita. 3. Fikiran akan menjadi lebih kreatif dan puitis kerana setiap masa kita melatih minda kita untuk "berputar ligat" mencari kata2dan bahasa indah bagi menyampaikan maksud. 4. Hati kita rasa lega...hilang dari rasa tekanan dan "bergelabut" kerana kreativiti penulisan dan berkarya itu adalah "terapi jiwa". Sekadar saja2, RZH

Enjoyzzz dan Positif Dalam Kehidupan...

#anggerikdesa #santai2menulis Hidup ini biar kekal dalam tenang, damai dan bahagia. Tenang dan damai ini kita yang "tentukan" dalam erti kata kita boleh controlnya dengan minda kita selagi mana hati sentiasa ikhlas dan sentiasa mengingati Allah. Hati sentiasa beristigfar  dan berzikir walau ada masa tidak dilafazkan, tapi tetap dibisikkan dalam hati. Latih diri sebegini kerana sangat lumayan hasilnya kepada diri dan orang sekeliling kita. Usah di "taksubkan" terlalu tinggi dengan sebuah keegoaan dan kesombongan, kerana nanti mungkin boleh menjadikan kita lupa dan tanpa sengaja terlalai bahawa kita semua ni kerdil..kerdil dalam erti kata kita semua kita ini adalah hamba Allah yang diciptakan untuk kita menjalankan tanggungjawab kepada-Nya dan hidup dalam syariat-Nya yang diredhai. Di sisi Allah kita semua ni sama...hanya dunia saja mencipta jurang antara kaya miskin, berpangkat dan tidak, berharta dan tidak...sehingga manusia "terlalu angkuh"

Enjoy Rutin Di hujung Minggu...

#4Jan2020 #HujungMingguSabtu #WorkLifeBalance #anggerikdesa Hari ni hujung minggu pertama dalam tahun 2020. Hari minggu adalah hari untuk merehatkan dan menyantaikan diri, recharge diri, enjoy2 hati, "belai hati", masak2, kemas2 rumah, intai2 keperluan rumah dan keperluan dapur, juga keperluan anak2, keluar jalan2, shopping, berekreasi dan sebagainya lagi. Bagi ibubapa yang mempunyai anak2 kecil yang masih bersekolah, sudah pasti di hujung minggu ini akan sibuk menguruskan persiapan dan keperluan anak2 sekolah. Banyak perkara perlu dibuat...antaranya mungkin mencuci baju, baju sekolah dan baju harian di rumah, kasut sekolah, memastikan anak2 menyiapkan kerja2 sekolah, memastikan semua keperluan anak2 mencukupi. Mungkin ada lagi yang tak sempat membalut buku2 teks anak2 dan menyambung urusan itu pada hari minggu pertama ini. Mungkin juga di hujung minggu ni juga ada plan untuk keluar ke mall mencari barang2 keperluan tambahan atau barang2 yang masih belum leng