Skip to main content

Posts

Kehidupan Hari Tua Kita...

Hari tua... Tiada siapapun yang dapat menjangka hari tua masing-masing. Rezeki dan bahagian masing-masing. Semua Allah dah tulis untuk setiap hamba-Nya. Cuma antara doa dan takdir yang manakah lebih kuat. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Usah dirisaukan sangat...yang penting kita tidak pernah berhenti daripada berdoa. Doa yang terbaik buat diri kita. Allah Maha Mendengar dan Maha Memahami...jangan berputus asa..sentiasa berfikiran positif dan kuat selalu mental dan fizikal. Kembali kepada cerita hari tua kita jika umur kita panjang. Semasa hari tua sudah pasti setiap seorang akan mengimpikan untuk terus kekal sihat. Kesihatan adalah perkara nombor satu. Keduanya adalah kita nak bahagia dan tenang-tenang saja. Bahagia melalui hari tua tanpa ada tekanan dan kita enjoy dengan kehidupan mengikut kesukaan dan rasa happy kita. Hari tua bukan lagi masa untuk kita masih penat bekerja mencari rezeki, hari tua adalah hari untuk kita berehat dan memberikan fokus kepada ibadah sepenuhnya di s
Recent posts

Suatu Rasa di Sebalik...

Bila setiap kali bulan Ramadan...membaca Quran itu ditingkatkan sikit berbanding biasa... Tak pasti mengapa, setiap kali membaca dan menghayati ayat2 suci Allah di bulan Ramadan ni agak berbeza sikit getaran rasa berbanding bulan yang lain, hati merasa sangat sayu...perasaan terasa sebak...yang wajib datang di fikiran adalah teringat arwah nenek moyang dan arwah tok guru ngaji masa zaman kanak2 dulu. Terbayang bagaimana arwah nenek (kami panggil Wo), arwah nenek belah mek (kami panggil mok) juga atuk (kami panggil Chewo), arwah Mok Tijoh, mak saudara, arwah Paksu Tim, pak saudara, dan arwah Kak Mah, mak sepupu paling rapat...bagaimana arwah di alam sana...di alam kubur bersemadi sehingga hari dibangkitkan semula. Rindu zaman kanak2 dulu...zaman awal remaja bersama mereka. Banyak kenangan datang menerpa di fikiran. Masakan arwah wo dan arwah Mok Tijoh yg sangat sedap....ike goreng pedas sehingga kini teringat rasa sedapnya, berbeza rasa dgn apa yang org lain buat. Masakan sop yang sanga

Perangai kasanova...

Hadoiii penat weiii... Dua tiga hari ni muncul pula kisah si Aliff ni...kisah selebriti yang sedang viral skrg ni... Aduhai kantoi lagi ditangkap khalwat. Ni dah kali ke berapa ni tak pasti...tak serik2 la pulak..hari tu nampak dah reda dah dgn perangai perempuan ni slps dia join tabligh...ingat dah insaf dah sebab elok aje tengok perilakunya..baik sangat...sopan dan elok semuanya...kitapun dah lupa dah perangai dia suatu ketika dulu..kaki perempuan, kaki gaduh dan mcm2 lagi la..ada kisah dia yg viral kat Spore juga... Kusangka panas hingga ke ptg..rupanya hujan di tengah hari...adoiiii la..pulak. Dah terkejut satu Msia dibuatnya..huhu. Engkau dah kenapa ni... Nasib ko tak berapa baik Aliff..Allah buka aib ko... Teringat la pula perangai seorang insan yg pernah dikenali ni...tapi Allah masih jaga aibnya...perangai dia mmg similar la rasanya dgn perangai si Aliff yang pantang nengok perempuan...atau lebih lagi tak pasti la pula...di ngap semuanya...dibawa masuk bilik tido semuanya...itu

Selamat Datang Ramadan...

Selamat datang Ramadan 1445H...bersamaan dengan 2024 Setahun yg berlalu meninggalkan Ramadan 1444H...360 hari...kini Ramadan yang pergi muncul kembali slps hilang setahun. Ya, pelengkapnya adalah setahun..Ramadan akan wajib menjenguk kerana itu adalah kitaran masa yang telah Allah tetapkan. Alhamdulillah syukur pada Allah..usia ini masih ada lagi untuk melalui Ramadan pada tahun ini. Ramadan lepas ditutup dengan kata2 "moga Allah mempertemukan saya dengan Ramadan akan datang"...rupanya hari ini 12 Mac Ramadan akan datang yg saya maksudkan pada tahun lepas telah pun tiba...6 minit berlalu melepas 12 Mac semasa saya menitipkan bicara ini. Tiada apa yg saya ingin saya minta daripada Allah untuk melalui Ramadan pada tahun ini kecuali: 1. Hati dan jiwa yang ikhlas untuk menjalani ibadah puasa ini. 2. Kekuatan dan ketabahan dalam melalui rintangan...bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi juga menahan dari segalanya yg tidak bermanfaat...atau yang membawa dosa. Menutup hati da

Dijemput Allah Kembali Ke Kampung Abadi...

Sedang dalam tugasan rasmi di luar kawasan nun di utara sana mendapat perkhabaran mendukacitakan...perginya buat selama-lamanya kenalan rapat, staf akademik di Fakulti Sains Sumber Alam (FSSA) nama asalnya sebelum penggabungan Fakuti Sains dan Teknologi, dan Pusat Pengajian Sains Sumber Alam selepas penggabungan...tahun 1999 semasa saya bertugas di sini. Kini, 2024 dengan nama Jabatan Sains Bumi dan Alam sekitar. Saya dapat khabar sedih ini daripada Kak Ze kenalan rapat yg juga mmg rapat dgn arwah. Melalui Kak Ze la juga saya kenal dan jadi rapat dgn arwah...Kak ze ni dulu bertugas di FSSA dan arwah pada masa itu adalah ahi akademik di FSSA. Allah terkejut dan rasa sedih sangat kenangkan seorang demi seorang insan yang dikenali dijemput Allah. Perasaan sayu terbuku di hati...disimpan dua hari dalam hati sebelum ianya diluah dan dititipkan di sini. Malam ini baru berkesempatan menulis..inipun sebenarnya dah lewat mlm...dah pagi ni sebenarnya...1.20am. Kekangan masa dengan kesibukan yang

Hey Mat...Boss dah tahu rupanya..

Melayan mata yang belum nak lena.. Datang idea untuk menulis, buka phone dan masuk ke blog. Nak share satu kisah ni..kebetulan baru2 ni terbaca kisah viral anak seorang pelakun yang kawin sorok di Siam..maka automatik datang lagi la di fikiran saya tentang seseorang ni yang nikah sorok di Siam ni...aduhhh gangguan betul la... Skrg ni tak pasti la masih sorok lagi atau dah declare dan dah daftar kat sini...cumanya sama ada dia dah declare atau dah daftar kat sini..bukan urusan saya...saya juga tak berminat untuk tahu...perasaan nak ambik tahu atau nak dgr cerita ttg dia dah hilang...dah mati. Ko lantak la Mat..cerita ko..ko kayuh la macamane pun. Cumanya bila setiap kali kisah viral nikah sorok di Siam ni ada di media sosial..maka cerita mamat ni la juga yang datang ke fikiran saya...penat juga penangan mamat ni... Dia ingat dia dah bijak la menyembunyikan kisah pernikahannya di Siam...rupanya boss sendiripun dah tahu...aduhaiii...heii Mat, tak payah la awak nak acah2 baik sgt la...awak

Jiwa Pergi...

Lemau jadinya... Hidup ni kadang2 keras... Jika sekali kau membuat orang terluka dan hancur remuk hatinya...maka tiada lagi ruang dan dimensi yang akan diberikan. Apatah lagi jika kau berulang kali menyakiti dan menghancurkan makanya memang kau mendapat...mendapat sebab kau meminta berulang... Bila hati yang kau sakiti itu telah hancur dan hatinya telah kosong..jiwanya telah tiada untuk engkau...jiwanya telah pergi. Justeru, ketahui lah mencari engkau tidak lagi ada dalam rutin hidupnya...mendengar berita tentang kau juga tidak lagi dirasakan penting. Menatap muka kau membuak rasa benci...Segalanya sudah suram dan tawar. Bila berkali memaafkan, berkali menelan dan berkali bersabar...penatttt...dan akhirnya hati menjadi kosong..kau ada atau kau tiada sama. Malah kalau ada itu lebih menyakitkan...lebih baik tak payah ada. Kau telah musnahkan segalanya. Sedikit demi sedikit rasa ini terhakis...terhakis dek perbuatan kau, sikap kau, dan sandiwara kau...muak dan cuak...Semua telah hancur...