Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Kuih "Apong Kastard" Kelantan (Apam Puri)

Sudah menjadi kebiasaan, bila mata sangat sukar untuk dilelapkan. Akhirnya kembali capai phone dan menulis. Menulis dalam kegelapan malam dengan hanya ditemani cahaya dari skrin phone, sebenarnya tak bagus untuk mata..hhmmmm. Makanya menulis la yang simple2 dan tak berat sangat fikiran untuk "diperah". Kalau sekadar penulisan santai, makanya menulis resepi la yang paling sesuai. Okey boleh la...daripada melayan kesukaran mata untuk lelap, makanya masa digunalah dulu untuk sesuatu yang berfaedah, walaupun hakikatnya lewat tidur sangat tidak bagus untuk kesihatan, terutamanya di usia yang sudah lewat...aduhai...hmmm. Esok pagi confirm kacau "kestabilan diri". Lewat petang tadi teringat sejenis kuih kelate yang memang masa kecik2 dulu selalu makan. Saya tak pernah lagi buat kuih ni...kalau di kelate, kami panggil "apong kecik"...kalau belah luar apam la. Cuma apam ni special dan unik sikit sebab bentuknya yang kecik2 dan intinya dari kastard dicampur

Kek Marble Sedap Mabeles...

Dua tiga hari dah tertangguh untuk buat kek marble ni...hati masih rasa sedih dengan sebuah kehilangan...kehilangan yang tidak mungkin kembali lagi. Saya off sekejap dari semua aktiviti... Namun malam tadi menerima satu mesej dari seseorang yang begitu dekat di hati saya...pesannya agar jangan terbawa-bawa sangat dengan rasa bersedih itu..thanks for your concern...really appreciate it. Saya pun tertanya2 juga mengapa instinct nya begitu tinggi sehingga dapat merasai yang saya masih bersedih...hmmmm... So...hari ni saya mula membaking...meneruskan hasrat membuat kek marble yang tertangguh ini. Saya hepi bila anak2 masih nampak suka sangat lagi untuk menikmati kek hasil tangan mama mereka...untuk kek kali ni saya letak warna cket, makanya jadi la kek marble. Kek marble ni resepinya sama saja dengan butter cake yang telah saya buat di entri terdahulu, cuma beza kek marble dengan butter cake hanyalah warnanya saja...dan bezanya pada suhu membakarnya...kek marble perlukan suhu y

Onde-Onde Kelate

Selepas maghrib semalam buat onde-onde ini. Sebelum ni dah tengok di kabinet ada tepung pulut dan tepung beras yang belum terusik. Petang tu Tinggal cari kelapa parut saja. Minta orang kedai jangan mesin sanpai ke kulitnya yang warna coklat tu...untuk buat kuih terutamanya kuih onde-onde ni memang kelapanya kena putih. "onde-onde" ni panggilan ore kelate. Kalu orang luar gak panggil "Buah Melaka". Sangat simple untuk buat kuih ni..bahan2 semua ada di dapur kita, debu beras pulut (cara ore kelate sebut deh)...jange kata "debu" pasir tu pulak...hehe..oram luai panggil "tepung beras pulut"hehe, kemudiannya "nise" dan kelapa parut, juga daun pandan.. Cuma onde-onde resepi saya, saya suka campur dgn dua sudu gandum dan dua sudu "debu jemoh" (tepung beras)...kalau saya guna satu peket tepung pulut tu.....bila campur tekstur dia nanti, walaupun dah lama tetap kekal lembut... Kalau ikut citarasa saya, onde-onde lebih sedap sik

Perginya Tidak Kembali Lagi...

Innalillahiwainnahilaihirajiun... Dari Allah kita datang..kepada Allah kita kembali... Perginya pegawai senior kami, Boss, sahabat, rakan sekerja, dan mentor kepada saya dan rakan2 seperjuangan. Hampir 23 tahun bersama arwah, walaupun tidak secara langsung, namun atas beberapa task force tertentu ada yang direct di bawah arwah...Beliau Timbalan Pendaftar UKM, juga Ahli Lembaga Koperasi UNIKEB Berhad.  Allahu...sebak sungguh rasa di hati menerima berita kehilangan ini😔😥...Rasa sedih begitu mencengkam di jiwa...kami semua redha...Allah lebih menyayangi arwah. Setelah hampir dua tahun menanggung derita kanser, arwah dijemput Allah pada pukul 9.45 mlm, tanggal 24 Mac 2020... Malam saya menulis ini adalah malam kedua pemergian arwah...malam kedua arwah di alam barzakh...sambil menulis ini saya imbau kembali malam 24 Mac itu...apabila berita kehilangan ini masuk di telefon bimbit saya. Hati saya tiba2 berdegup kencang... Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar..

Laksa Kelantan Sedap Sengoti...

Saat-saat dalam pelaksanaan kawalan pergerakan akibat COVID-19 ni, hari ni sudah masuk hari ketujuh "berkurung" di rumah...Allahuakbar...macam-macam rasa menjengah dalam diri...semoga cepat Allah angkat wabak ini Ya Allah...sesungguhnya kami sudah tiada daya dan upaya lagi melain dengan pertolongan-Mu ya Allah ya Barik...berilah kami pertolongan-Mu Teringat kampung halaman, bagaimana agaknya semuanya di sana...semoga dalam perlindungan Allah jua...ameen. Hari ni selera untuk makan nasi agak kurang sedikit...rasa agak "sebu" perut ore kelate kata...dah lama sebenarnya teringat nak makan laksa lemak atau laksa kuah putih kelate...tengok keperluan bahan2 macam cukup...laksa ada dua paket dlm kabinet dapur. Laksa ni sebenarnya dari pemberian sahabat..dah agak lama, cuma saya tidak berkesempatan untuk membuatnya..satu paket dari seorang sahabat lain dan satu paket lagi dari sahabat yang lain. Justerunya...dalam hati berbisik macam on aje ni untuk buat laksa ke

Butter Kek Moist dan Sedap...

Sudah sekian lama saya tidak menulis tentang resepi masakan di blog ini. Selalunya dok menulis tentang penulisan motivasi dan komunikasi juga kepimpinan, makanya tidak berkesempatan pula menulis tentang resepi2. Di lewat malam ni saya ingin berkongsi tentang resepi Butter Cake. Saya memang peminat butter cake, tapi dah lama sangat tak membuatnya sehinggalah awal mlm tadi saya kembali membaking. Teringat nak makan butter cake sebenarnya setelah sekian lama tidak membuatnya. Masa pun kebetulan ada. Tapi, sebelum masuk ke bab butter cake ni, izinkan saya macam biasa "membuat intro" menulis cerita2 nostalgia berkaitan dulu.  Butter cake ni adalah kek yang paling sedap (pada saya la), paling original, paling mudah dan paling klasik untuk dibuat..tapi sebenarnya untuk mendapatkan rasanya yang betul2 gebu gebas, yg sangat moist dengan mengekalkan "tekstur beratnya" dan tidak berongga ringan MEMANG SANGAT SUSAH... Buat butter cake ni perlukan skill nya da

Konsep Redha Dalam Kehidupan...

Hari ni adalah hari kedua pelaksanaan Perintah Sekatan Pergerakan...telah dua hari berada di rumah.."work from home". Penat seminggu ini sebenarnya masih belum habis dan reda lagi, kerana itu dah beberapa hari juga tidak menulis. Pagi tadi mencuri sedikit masa menulis juga dan malam ni setelah semuanya dibereskan, kembali menjenguk ke blog.  Niatnya ingin menulis berkaitan dengan konsep REDHA dalam kehidupan. Mengapa berminat nak berkongsi tentang konsep REDHA ini...kerana lewat petang tadi sesambil berehat, saya membuka youtube dan terpandang satu perkongsian ilmu daripada Ustazah Asma' Harun. Indah betul kata-katanya...tersusun dan lemah lembut sekali tutur kata beliau dalam menyampaikan dakwah dan ucapannya. Saya mendengar sehingga habis...tidak lamapun sebenarnya...dalam 15 minit sahaja. Walaupun sekejap cuma, namun cukup bermakna untuk kita cerap dan praktikkan dalam kehidupan kita. Redha adalah apabila kita boleh menerima sesuatu yang berlaku itu dengan rasa

Hidup dalam Keseimbangan Dunia dan Akhirat...

Hampir dua minggu tidak menulis...last entry pada 6 Mac 2020...how time flies so fast...day by day left us...the new days will comes... Hari ini kembali menjenguk ke blog dalam kesempatan masa yang Allah berikan. Kerajaan Malaysia mengumumkan Pelaksanaan Sekatan Pergerakan berkuatkuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 atas sebab wabak yang melanda - COVID 19. Semua agensi diarah tutup kecuali beberapa yang kritikal dan perlu dibuka. Justeru,semua diminta untuk berada di rumah...kerja-kerja ofis perlu dibuat dari rumah "Work From Home". Semoga Allah memelihara dan melindungi kita semua dari wabak ini dan mengampuni semua dosa-dosa kita...ameen. Okey, kembali kepada tajuk penulisan pada kali ini, adakah kita semua sedar bahawa d unia kini makin hari makin pantas bergerak...makin laju beredar...dan kita pula bagaimana? Sudap pasti perkara pertama kita tanya pada diri adalah soal keseimbangan dunia dan akhirat. Mengapa perlu seimbang...sudah pasti jawapannya kerana penamat h

Intro Kepada Ilmu Magnet Rezeki

Kembali ke blog malam ni...bila tgok posting terakhir adalah pada 29 Februari...begitu cepat masa berlalu, mmg bagai kilat...sudah enam hari rupanya tak sempat menjenguk ke sini...rasa baru semalam..hmmmm. Dalam seminggu ini tidak ada idea untuk menulis...tidak pasti mengapa...mungkin agak kepenatan, tak ada mood, atau sibuk dengan perkara lain...jawapannya tak berapa pasti. Tapi rasa-rasanya sebab kepenatan. Saya cukup percaya, bila kita penat kita tak akan mungkin mempunyai idea untuk menulis. Entri malam ni nak tulis simple sahaja...tapi mungkin bermanfaat buat kita semua. Saya ingin berkongsi tentang ilmu "Magnet Rezeki" yang semenjak dua menjak ni saya baru explore dan slowly cuba memahami dan mempraktikkannya. Ilmu ini adalah ilmu yang saya dapat daripada ilmu yang dipelopori oleh Ustaz Nasrullah dari Indonesia...saya mengenalinya kerana gabungan kepakarannya bersama Datuk Prof. Dr. Muhaya dari Malaysia. Itupun kerana dikongsikan oleh adik saya. Apakah yang dimak