Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

Anggap Ujian Sebagai Teman rapat...

30 Oktober 2019 Mata belum dapat dilelapkan. Akhirnya tangan akur pada situasi... mencapai telefon bimbit dan "menyapa" di blog. Fikiran berkira2 kalau melayan menulis ni mahu nanti terbabas masa tidur. Esok dah la ada event yang perlu dilaksanakan...jadinya saya set di minda untuk membuat penulisan ringkas sahaja tapi dapat memberi makna yang cukup besar. Fikiran kembali memikirkan luahan hati seorang sahabat selepas Isyak tadi...perbualan yang agak lama...semoga Allah permudahkan segalanya buat sahabat ini. Sebelum menamatkan perbualan, sempat juga tadi saya berkongsi satu tips yang sangat mujarab untuk hati memperoleh rasa tenang dan damai di saat "badai" sedang melanda diri. Tipsnya...pada setiap selepas solat waktu, jangan tinggalkan membaca Surah Al-Insyirah (Alam nasyrah). Selepas selesai wirid dan zikir, letak tapak tangan kanan di dada dan bacalah dengan hati yang khusyuk dan ikhlas...insyaAllah, Allah beri kita rasa damai dan tenang. Buat pembac

Usia 40-an Tanda Kematian Semakin Hampir...

28 Oktober 2019 Sebentar tadi terbaca satu artikel...Allahuakbar...terdiam seketika apabila membaca baris demi baris kandungan artikel ini..hebat sekali penulisnya...menulis dgn bahasa yang sangat mudah tapi maksudnya sampai ke hati pembaca...saya begitu terkesan. Artikel itu, gisnya adalah soal sebuah kehidupan yang semakin menghampiri kematian...Allahu... kata penulis artikel itu, bila umur mencecah 40-an, maka kematian semakin dekat dan demakin singkat masa untuk kita berada di dunia. Kematian boleh datang pada bila2 masa...bila ajal kita sampai...tidak dilewatkan atau diawalkan walaupun sesaat. Di umur 40-an ini bukan masanya lagi untuk kita terus berseronok dan hanyut dgn dunia...bukan masanya lagi untuk kita dibuai dengan keindahan dunia...apa agaknya  yang dikejarkan sebenarnya...kita yang di umur 40 tahun ke atas ni sebenarnya telah puas melalui semuanya...dari sejak usia baligh, umur 12 tahun sehingga ke 40 tahun...telah 28 tahun mengecapi kenikmatan dunia...itu belum l

Biar Kita Lebih Memberi Peluang dan Menghargai...

25 September 2019, Jumaat. Terkadang hati dan fikiran kita rasa 'penat' melayan sesuatu perkara yang kita rasa boleh memenatkan dan melukakan hati kita. Makanya kerana itu lah lebih baik kita memilih untuk lebih banyak diam walaupun kita tahu apa yang sedang diperkatakan di depan kita itu adalah sesuatu yang masih boleh dibincang dan dihuraikan. Kalau dengan kita bersuara keadaan menjadi lebih rumit, makanya memilih untuk berdiam diri adalah lebih baik demi menjaga keharmonian sebuah perhubungan dan dalam masa yang sama demi ketenangan hati kita sendiri. "Senyum dan biarkan saja la"... Biar itu bukan bermaksud kita setuju...tapi diam itu kerana kita lebih menghormati dan mengutamakan keharmonian dalam hubungan...fikiran kita pun tidak kusut dan hati kita pun tidak sakit dan terluka. Bila hati penuh dengan keegoaan dan tidak "open minded" atas satu-satu perkara, maka ini lah jadinya: 1. Kita tidak ingin mendengar pandangan dan idea orang tapi ki

Kisahku Dengan Banjir Kilat Di Perjalanan...

#16Oktober2019 Lima minit ke pukul 10.00 mlm saya menjeling jam di dinding. Secara terus terang agak penat sikit malam ni. Mata dah rasa ngantuk...tapi dah tahu dah mata ini mmg suka acah2...tak pernah dpt lelap sebelum pukul 12 tgh mlm tiba...pasti after 12 tgh mlm baru mata ni dapat lelap. Malam ini ingatnya nak menulis ringkas sahaja...nak tulis pasal "citer semalam"...aduhai parah betul...sudah berlalu pun semlm...cuma sekadar pahatkan di sini untuk kenangan di masa depan... Ya...kisah saya dengan banjir kilat atas jalan....hmmmm. Trauma juga bila dikenangkan...tapi mungkin sebab saya sentiasa latih diri dalam apa jua situasi supaya tidak panik, tidak menggelabah, dan tidak stress, makanya semua kesulitan smlm dapat dilalui dengan tenang dan lancar...fuhhhh...seram juga bila fikir balik..haha Alkisahnya, smlm ada discussion agak penting juga dengan subordinate saya, jadinya tak perasan cepat benar masa berlalu..."Apa?? dah pukul 6.40 ptg"...Allah da

Kebetulan itu Milik Allah...

Malam ini saya menjenguk ke blog untuk penulisan santai saja...ya macam biasa sesambil menunggu mata dapat dilelapkan...membelek phone adalah satu kewajipan... surfing... searching...adalah rutin pada saya...menggali dan menambah info diri tentang kehidupan, kepimpinan, dan komunikasi melalui ilmu Allah yang terlalu luas yang dapat kita cari thru "dunia tanpa sempadan"...ya teknologi moden. Sekadar memahat kisah yang terjadi pada siang 8 Oktober, Selasa...saja nak letak di sini sebagai kenangan dan tanda penghargaan, juga motivasi berpanjangan untuk diri sendiri dan mungkin juga bermanfaat kepada pembaca yang singgah di blog...untuk kita semua meyakini bahawa aturan dan perancangan Allah itu sangat baik. Ia juga supaya kita sentiasa latih diri untuk sentiasa bersangka baik "husnuzon" kepada setiap aturan Allah, dan semoga kita sentiasa berlumba2 untuk sebuah kehidupan yang penuh keikhlasan dan ketakwaan. Tengah hari tadi saya bergegas ke Bangi untuk satu mesy

Hidup ini tidak rumit andai kita yakin kepada Allah...

Apa jua dalam hidup ini tidakkan mungkin kekal selamanya bersama kita. Semuanya akan datang dan pergi silih berganti "menemani" seketika perjalanan kita di dunia ini. Apa jua dalam hidup ini akan berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Berlaku memang tetap berlaku...sengaja atau tidak itu cerita lain...yang berlaku tetap akan berlaku...yang menjadi mangsa mungkin dilanda duka dan kekecewaan, manakala yang membuatnya mungkin bergembira dan bersorak. Setiap detik setiap saat rasa suka dan duka itu silih berganti. Ujian Allah itu sentiasa datang...jiwa yang besar dan hati yang kental takkan mungkin goyah dengan ujian...untuk  memperoleh jiwa  yang besar dan hati yang kental kita perlulah sentiasa yakin dengan Allah. Yakin bahawa Allah menguji atas kemampuan kita...insyaAllah kita mampu mengatasi bila hati kita selalu mengutamakan Allah. Jangan cepat bersedih dan kecewa atas apa jua yang berlaku. Sifat dunia memang begitu...kesedihan dan kebahagiaan itu bersilih ganti da

Santai Minda Rehat Diri & Recharge...

Petang-petang ni bersantai-santai saja sesambil rehat-rehat. Memang semua orang perlu rehat lebih di hujung minggu... recharge diri dan fikiran supaya kembali fresh untuk menghadapi segala macam urusan kerja untuk minggu seterusnya. Begitulah rutin dalam hidup kita kan...seminggu seminggu tu berlalu dengan sangat pantas sekali...pusingan rutin yang berulang pada setiap minggu...sudah pasti aktiviti-aktiviti ini yang kita lakukan sebagai pengisiannya - beribadah, bekerja untuk rezeki bagi meneruskan kesinambungan hidup...beraktiviti, makan dan minum,berehat dan tidur....semuanya ini pelengkap untuk 24 jam kan... Recharge diri ini memerlukan aura positif yang menguasai diri kita. Untuk mendapatkan aura positif, sudah pasti pemikiran kita juga perlu sentiasa positif dan jiwa kita perlu tenang dan damai. Hati kita juga perlu tenang dan bahagia. Hari minggu la hari yang paling sesuai untuk kita recharge diri kerana pada hari minggu kita tidak berada dalam kesibukan dan tekanan

Allah...Pertolongan Ini Milik-Mu

Aku menjeling jam di dinding.  "Allah cepat betul masa berlalu, tinggal 10 minit lagi ke pukul 2.30 petang".  "Dah kena beredar ni, tapi ada sedikit lagi yang belum siap ni" hati kecil aku merengus.  "Tak mengapa, karang la sambung", pujuk hati kecilku lagi.  "Plan  nya nak siapkan sebelum pergi meeting , tapi tak sempat juga la gayanya ni", aku berbisik. Perbincangan petang ni pukul 2.30 petang di Blok Pendidikan. "Dah la aku yang pengerusikan, tak boleh lewat ni", hati kecil aku mengomel sendiri. Aku terus bangun mencapai fail mesyuarat dan kunci kereta, terus melangkah laju menuju ke lif. Tiba di aras lantai, laju melangkah keluar lif menuju ke kereta. Melewati tempat guard bertugas, sempat aku menyapa dan bertanya kaba...itu memang rutin biasa buat diriku. Kereta meluncur laju menuju destinasi. Lajupun tak selaju seperti atas highway la...'standard' kelajuan dalam kampus la... Sampai saja di Blok Pendidik

Ketepikan Apa Orang Kata...

Kehidupan ini ada terkandung di dalamnya pelbagai perkara, pelbagai karenah dan pelbagai situasi..belum lagi nak dihitung pelbagai ujian dan cabaran...memang banyak dan tidak akan mungkin berakhir selagi hayat dikandung badan... Justeru, tak perlu lah kita nak gusarkan sangat...andai itu memang kita telah maklumi yang ianya adalah lumrah dalam kehidupan..makanya hadapi dan laluilah dengan penuh kesabaran dan ketabahan...tak perlu nak mengambil fikir semuanya untuk diletakkan di fikiran sebab sudah pasti "takkan muat" untuk satu2 masa kita nak sumbat semuanya...benda yang tak muat tapi di 'push' juga supaya muat, mmg confirm akan 'burst'... Begitu lah juga perumpamaan dgn tubuh badan kita ni....jangan lah diberatkan sgt dengan perkara2 yang tidak perlu difikir...lepaskan saja...biarkan pergi. Selagi diberatkan dalam fikiran..selagi itulah badan kita akan penat dan kesihatan kita akan terganggu..sakit kepala, sakit dada, stress dsbnya lagi. Kalau dah stre