Bahan-Bahan
4 gelas beras Basmathi
Bawang merah kecil 10 ulas
Bawang putih 4 ulas
Bawang merah besar 2 labu
Halia 1 inci
Susu cair satu tin
Kismis dua kotak kecil
Minyak sapi satu tin kecil
Minyak masak dlm satu senduk kecil
Rempah 4 sekawan
1 kiub ayam
Cara-cara
1. Rendam beras setengah jam
2. Blend hancur bawang merah.
3. Mayang bawang besar, halia dan bawanh putih.
4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dan tumis bawang mayang dgn rempah 4 sekawan. Semasa menumis masukkan dua helai daun pandan yg dah disimpul.
5. Bila dah kekuningan, masukkan bahan blend. Tumis hingga masak, pecah minyak.
6. Masukkan satu sudu garam kasar. Masukkan satu kiyb ayam.
7. Masukkan beras. Gaul rata dgn cpt dan masukkan air 5 gelas.
8. Masukkan susu cair dan sedikit pewarna kuning jika suka. Jika suka warna ori, tak perlu masuk pewarna.
8. Masak seperti masak nasi biasa. Bila hampir kering, masukkan kismis tutup periuk dan kecilkan api.
9. Dlm 10.minit nasi akan masak dan boleh digemburkan.
Comments
Post a Comment