Skip to main content

Hati Yang Teruja...

Keluar ofis lebih awal drpd biasa hari ni 7 November 2023, Selasa.  5.30 ptg log out dan terus ke kereta. Meluncur balik meninggalkan ofis kerana dalam hati ada sesuatu yg tidak sabar untuk dilakukan.

Mengimbau cerita pagi tadi, jam 10 pagi set meeting informal dengan seorang sahabat, sudah pasti rakan seperjuangan. Ada perkara yang ingin disembang..kebetulan ada sedikit ruang masa daripada keterbatasan waktu yg ada.

Usai perbincangan, saya singgah di Kedai Buku Penerbit UKM purposely untuk mendapatkan buku baharu hasil tulisan mantan Pendaftar kami, Tuan Haji Abd Razak Hussin.

Saya kira sudah hampir dua minggu berita buku terbitan kedua En Razak sampai ke telinga saya..cuma, atas kekangan masa yg sangat kritikal buat saya, menjadikan saya tidak punyai kesempatan untuk mendapatkannya.

Hari ini, 7 November 2023, buku ini telah saya miliki atas hak kepunyaan saya selepas menyelesaikan bayaran sebanyak RM30 di cashier Kedai Buku Penerbit tadi. Hati berbunga untuk membaca bab demi bab..ada 78 bab kesemuanya..saya excited and cannot wait untuk membelek helaian demi helaian. Namun sekembali ke ofis, saya perlu melunaskan pelbagai tuntutan kerja dan mesyuarat yg sangat penuh back to back...makanya buku ini disimpan tepi dulu..kekal dalam woven bag sama masa beli tadi....kesibukan itu rutin saya..bila rutin, makanya ia normal buat saya dan team.

Inilah jawapan kepada kenapa saya bergerak balik awal meninggalkan ofis pada hari ni..ya, kerana saya nak membaca sebuah buku yang berjudul "Nurani Dalam Mandala Manusiawi" tulisan Abd Razak Hussin...my ex boss..dan ex boss kepada semua P&P dan Pelaksana di organisasi tempat saya bekerja.

Terimbau..cepatnya masa berlalu, En Razak bersara drpd UKM pada tahun 2019 kalau tak salah saya. Sudah hampir 4 tahun.

Sampai saja di rumah, saya menyelesaikan dulu apa yg patut. Tanpa menyalin dulu baju kerja..terus menarik keluar buku ini dari dalam beg woven yang diberikan tadi...terus membaca dari satu muka surat ke satu muka surat...saya mula membaca pukul 6.15 ptg dan dpt menghabiskan sehingga Bab 7, ms 35 pada pukul 6.50..hampir 40 minit menelaah.

Sudah pasti saya membaca sekali Prakata...dalam dua muka surat...ini wajib saya baca..bahagian Prakata ni boleh saya katakan sebagai bahagian yang  menggambarkan isi hati penulis...saya suka gaya penulisan En Razak..penuh bunga2 kata yang indah..penuh dgn kosa kata kemelayuan..ada setengah kosa kata yg digunakan itu adalah pertama kali saya dgr...menarik dan indah sekali.

Buku ini membawa sembilan tema yang merangkumi hal jati diri, kekeluargaan, kemanusiaan, kemasyarakatan, kenegaraan, pembangunan, pendidikan, pengurusan, perguruan dan persahabatan.

Segala susunan kata dan adunan ayat sangat indah pada saya...ada laras bahasa yang tinggi (yang menuntut saya membelek Kamus Dewan..hehe). Bertepatan sekali la, En Razak memang terkenal sebagai individu yang tinggi kesetiaannya kepada Bahasa Melayu dengan laras bahasa yang indah. Itu baru pemilihan bahasanya belum lagi gaya bercakap dan intonasi juga sebutannya..memang seorang pencinta bahasa.

Tujuh bab yg telah saya baca ini menceritakan tentang sekolah awal penulis dan penceritaan tentang persatuan alumni yang diwujudkan bagi membalas jasa, berikutnya adalah tentang pengalaman En Razak di luar negara, iaitu di Kota Bengaluru, India dan Songkla, Thailand, dan Phnom Penh, Cambodia. Di Bab keempat, penulis menyentuh tentang nilai dan etika dalam sektor awam. Bab 6 dan 7 pula sangat istimewa...sesuatu yang sangat dekat di hati saya...sangat menyentuh dan meruntun rasa saya..penceritaan tentang arwah Encik Radzuan dan arwah Encik Mazalan yang telah dijemput Allah pada 10 November 2023 dan 9 Julai 2015..Al-Fatihah...moga kedua-dua sahabat seperjuangan ini tenang di sana di sisi Pencipta...kedua2nya sangat baik dengan saya, malah arwah Radzuan pernah bekerja di bawah seliaan saya..saya juga ada penulisan khusus buat arwah yg saya tulis selepas arwah tiada (ada dalam blog saya ini)

Kembali kepad penulisan En Razak...saya suka dengan gaya penulisan beliau. Saya berbangga memiliki seorang mantan ketua yang sangat berbakat dalam bidang penulisan sehingga telah menghasilkan dua buku. Penghargaan istimewa buat En Razak. Beliau sebenarnya secara tidak langsung menjadi pemangkin dan meningkatkan motivasi kepada saya untuk terus berkarya dalam blog ini..mungkin suatu hari, siapa tahu kalau Allah mengizinkan untuk saya menerbitkan semua penulisan saya ini dalam bentuk buku....insyaAllah. Buat masa sekarang saya tidak berkesempatan untuk itu lagi, lagipun menulis ini sekadar suka2 saya sahaja...jika nanti ada rasa untuk ke arah ianya diterbitkan..saya akan pertimbangkan semula, tertakluk kepada masa senggang saya!

Cukup di sini dulu..jam juga sudah menunjukkan pukul 7.35 malam...saya perlu akhiri dulu...nanti kita sambung lagi.

Salam Hormat,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe