Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2022

Kalut Memanjang...Huru hara

Huhu...manjang kalut..huru hara sungguh la. Bila manjang aje buzy, otak pun tak dapat berfungsi dengan baik. Terkadang tepu jadinya. Otak juga penat, dan bila otak penat mula lah perasaan malas dan menyampah menyelinap..haishhh.. Need to rest. Letih penat selok kero tu jange royak la. Hadap juga. Ada pilihan ko? tak dok. Maka jika there's no choice...kena lalu la jugok deh. Latih hati dan diri istilah, kuat, tabah, sabar, redha dan tidak mudah berputus asa. Ore kelate kata "bare nak bare jadi". Selebihnya doa pada Allah. Allah tahu lagu mana nak susun, jange gundah gulana. Peranan kita hanyalah buat dengan terbaik. Dalam kalut ribut tu ingat selalu bahawa semuanya milik Allah...jadi jange dok risau sangat la...buat sekadar termampu dan make sure berkualiti dan tidak rubbish. Itu sudah cukup. Teringat kata2 senior dulu2 masa mula2 kerja. Kata dia, "Jangan dok risau sangat la untuk make sure everything is in order sehingga mengorbankan emosi, tenaga, dan masa peribadi

Keperluan supplement dalam badan...

Sembang2 sahabat smlm, bertiga selepas usai bengkel. Sembang2 berkisar tentang penjagaan kesihatan diri dan hal2 persaraan yang semua orang akan lalui....sama ada memilih lebih awal atau bila sudah tiba masanya. Berkaitan dengan penjagaan kesihatan diri, semua kita perlu ambil cakna drpd awal...jangan tunggu sehingga usia dah tua...mulakan drpd awal dan ambil secara istiqomah. Suppliments diri pada saya wajib diambil bila usia kita semakin ke depan ni. Pilih yang sesuai dengan diri masing2 dan mengikut dos yang ditetapkan atau bagi yang ada penyakit, dapatkan pandangan Doktor terlebih dahulu sebelum consume sebarang supplement. Pada saya, antara yang perlu diambil adalah vitamin c, kalsium, multi vitamin. Juga beberapa makanan sunnah yang lain seperti minyak zaitun, habatulsauda, cuka epal dsbnya. Tengok kepada kesesuaian badan masing2 juga nasihat drpd doktor ya. Jangan ambil sebarangan! Susu juga adalah keperluan wajib untuk badan kita bagi mengekalkan kalsium. Jadi, jangan skip peng

Cerita Berskala Besar...

Semalam berbual panjang dengan seseorang di high level. Kebetulan meeting urusan rasmi dengan dia. Setiap kali, jika sesekali meeting dengan dia, memang pasti bersambung sembang selepas meeting selesai. Sejak dulu saya memang suka sembang dengan dia...dia punya gaya pung pang pung pang tu memang saya suka sejak dulu...mulut memang laser habis, tapi itu karakter dia yang saya suka..ikhlas orangnya..sama luar dan dalam. Alkisah daripada ceriteranya maka "tertahu" lah satu cerita di sebalik kemelut kuasa dan pangkat ni. Ternganga terlopong sekejap mulut sebab terkejut bercampur keliru...dalam hati terdetik..."sapa yang betul ni". Allah rasa terhenti kejap jantung. Semua ini tentang kemelut kuasa dan pangkat. Orang yang dok bercerita ni baik juga sebenarnya dgn saya..kami kenal lama, zaman sama2 belajar di Universiti dulu lagi. Dia lulusan undang2...skrg ni memegang post yang paling tinggi dlm bidangnya.. Punya bersembang panjang tak sedar masa berlalu.... Sedar2 dah 5.

Perubahan Sikap Itu Penting...

Menghadiri Bengkel Strategi Perniagaan untuk tiga hari dua malam. Bengkel tiga hari yang penuh dengan harapan dan impian... Salah satu perkara penting untuk mencapai harapan dan impian adalah perubahan sikap. Sikap atau attitude adalah antara komponen penting dalam menjadikan harapan dan impian itu menjadi realiti. Sikap pekerja yang baik akan menentukan kualiti kerja yang cemerlang dalam sesebuah organisasi. Jika sikap pekerja dalam bekerja tidak berubah...maka organisasi akan kekal berada di takuk sedia ada. Berapa banyakpun idea dilontar dan dibincang, ia tidak akan membawa ke mana, hanya sekadar tertulis di kertas sahaja tanpa action secara padu. Action yang padu datang daripada sikap yang hebat dalam bekerja. Antara sikap yang hebat dalam bekerja adalah komited, rajin, bertanggungjawab, responsif, tangkas dan pantas bertindak, profesional dan memiliki nilai dan wibawa diri yang baik.  Jika sikap malas, tidak proaktif, main tangkap muat asal siap, tidak serius, tidak kreatif dan ti