Skip to main content

Masa Yang Merubah Segalanya...

Aduhai camane nak buat ni...

Fikiran bercelaru dok fikirkan nak kena g juga meeting di Sarawak ni dengan Bigboss.

Kenduri kawin anak sahabat baik bertembung lak masanya ni..kenduri pertama anak sulungnya...ini kira permulaan kenduri kawin rakan2 yang sama batch...den rasa ralat betul jika tak dpt bersama..aduhaii..

Terimbau ayat Dato masa den menyuarakan boleh tak kalau den tak g..."ehhh camane pula tu Puan Zaini..kena pergi la..depa nak hand over tugas kpd kita slps ni"...nanti nampak kita tak menyambut pula the baton yg depa pass..."..."lagipun nanti Puan Zaini yang nak kena handle"...tambah Dato lagi...

Saya senyum saja bila Dato ckp begitu sebab saya tahu permintaan saya tu mmg tak masuk akal...sbb untuk baton yang nak diterima tu saya yang akan lead sebagai pengurus meeting itu..aduhaiii..

Makanya redha dalam pasrah la org kata.

Hari ni, 2 Dis bergerak la ke KCH dgn MH2520 yang berlepas pukul 11.00 pagi tadi...ni sy menulis masa dlm flight. 

Drpd dok tercongok tak buat apa..sesekali  memandang ke tingkap kapal melihat hamparan awan memutih yg sngat cantik..subhanallah...cantik yang amat...rasanya mcm nak jalan2 atas hamparan tu..haha konon nampak mcm hamparan yg boleh dipijak..tapi sebenarnya hamparan tu adalah awan..mana mahunya menjadi daratan..kalau pijak, memang jerlus ke bawah lerrr..hehe

Setiap kali naik flight dan melihat hamparan awan sebegini..setiap kali itu juga la terbayang di minda saya bahawa hamparan itu seakan bayangan hamparan semasa Masyar nanti... saat manusia dihimpunkan di padang masyar...dengan berhimpunnya keseluruhan manusia atas satu hamparan langit dan bumi yg digulung bersama menjadi satu hamparan yg sangat luas yang dinamakan padang masyar...Allahu...lama perjalanan kita di masyar nanti...mudah sulitnya seseorang itu adalah bergantung kpd amalannya di dunia.

Orait kembali kepada my journey ke KCH ni...

Perjalanan KUL - KCH mengambil masa lebih kurang satu jam setengah...memang tak ada apa yg dpt dibuat sgt..nak membaca rasa pening la pula mengadap tulisan...justeru sesambil bertemankan kepulan awan yang cantik yg dpt dilihat melalui tingkap kapal ni..makanya saya menulis..itupun rasa pening juga sikit2...haha...ingat di hati, tulis saja dulu sementara ada masa...nanti di sana bila ada masa free cut and paste saja masuk ke blog... 

Justeru, tulisan ni nanti saya just copy ke blog saja..dan siaplah satu penulisan santai bila check in di hotel nanti...rupanya tak ada nyempatnya nak buat di hotel..ni sambung menulis semasa hari terakhir di sini, sesambil nak gerak untuk pergi meeting yang merupakan tujuan dan agenda utama mengapa saya sampai Kuching ni.

Baru lepas makan nasi goreng seafood hidangan dlm flight...saya makan sikit saja..dlm portion 1/4. Tawar pulak rasa nasi goreng ni..mungkin saya yg tak berselera sgt kot.

Cuaca baik, cerah. Alhamdulillah...

Suhu 33 darjah celcius. Baru lepas mendengar pengumuman oleh pilot sat ni memaklumkan kapal dijangka mendarat 12.40 pm. 

"cabin crew, pls prepare the cabin for arrival" pilot menamatkan announcement dgn kata2 ni. Saya sibuk menulis..jadi quote sekali la ayat pilot.

Terkenang kenangan saya last time ke Sarawak pada tahun 2008 rasanya..ada program di Sarawak dengan KPT tapi saya dah lupa program apa...sudah almost 15 tahun la kan kenangan di Sarawak ni berlalu..lorrrr dah berbelas tahun....cptnya masa berlalu, rasa baru semalam.

Saya masih ingat masa tu kami berempat...Dato tnchepa, Pegawai di PTM dan dua orang peg di RMC termasuk saya.  Jenis baju dan color baju masih jelas di ingatan saya..saya pakai blouse warna hijau bercorak...

Kenangan naik perahu kecil bertutup di Water front...saya pun dah lupa masa tu masih pakai dayung atau dah pakai enjin...mmg tak dpt recall kecuali kalau tgok balik gambar dulu la..malas la na mencari..dah simpan elok tak terusik dah..tak payahlah nak buka folder tu semata2 nak tgok gambar masa ke sana.

Teringat kisah den marah dan tak puas hati masa jalan2 kat tepi sungai di Water Front ni...saya tak pasti apa yg buat saya marah...dah lupa kenapa...tapi rasanya tak puas hati depa tak balut ikan tu dalam kotak atau bagaimana ntah..betul2 lupa ni...nyaris ikan tu nak dibaling ke dalam sungai...haha apa benda la si RZH ni...acah2 nak baling jer kot masa tu...tapi masa tang marah tu bukan acah2...mmg bengang sungguh...bengang pasal ikan atau bengang pasal orang..yg tu den dah lupa..biar lah tak payah di recall lagi...tak ada nilai tambah apa2.

Malam ni, 9 Dis menyambung lagi tulisan ni yang mula ditulis masa dalam flight pada 2 Dis tu..bersambung penulisan pada 4 Dis dan pagi ni tersedar pukul 3.30am...slps buat apa yg patut, buka blog dan sambung penulisan yang belum selesai ni. Uitttt lama pulak penulisan kali ni nak disiapkan..kesibukan dan kekangan masa yang amat..tak leh bawa bincang...hehe

Saya nak kongsi sedikit ttg kemajuan di water front Kuching ni..sangat jauh berbeza berbanding masa saya sampai 15 tahun lepas...saya sgt teruja..terpegun seketika dengan binaan jambatan cantik yang dibina menyambungkan Sungai Sarawak seberang sini dengan seberang sana...binaan jambatan ni unik betul...cantik...dia bukan jambatan lurus merentang tapi ada lekok2 dan bentuk yang dibuat (mmg saya terpegun melibatnya). Hebat arkitek dan designer nya ni.

Kemudiannya ada Masjid Terapung..ada Bangunan Dewan Undangan Negeri yang baharu yang sangat mewah dan cantik sungguh binaannya...bila bergambar atas jambatan tu akan nampak masjid terapung di belakangnya..jika bergambar tepi sungai akan ternampak bangunan baharu DUN Sarawak..

Woww cantik betul...sangat mewah semua binaan...ditambah pula lagi telah ada cruise pula bagi pengunjung yang ingin mengelilingi sungai, siap blh pilih pakej dinner, pakej sunset dan beberapa pakej lagi..

Mlm akhir di sini kami dibawa dinner atas cruise...lebih kurang dua jam atas cruise...kebetulan saya baru balik dari Bangkok dan juga ada dinner atas cruise di Bangkok...rupanya di Sarawak ni juga ada cruise persis di Bangkok..bila dari atas cruise kita dpt melihat keindahan bangunan2  dengan cahaya lampu yg bergemerlapan...cantik yang amat..cuma di Bangkok tu cruise nya lagi besar tiga empat kali ganda dengan cruise di Water Front ni dan lagi banyak bangunan2 cantik dan unik tersergam indah dengan cahaya lampu di malam hari yg dpt kita lihat di sekeliling Sungai chao Phraya tu. Refleksi lampu dan bangunan yang muncul di permukaan air..itu yg menambahkan lagi view nya yg sangat cantik.

Hebat Sarawak kini!

Water Front ni skrg sangat jauh berbeza banding dulu...sesuai sgt untuk tempat healing...tempat orang nak bawa hati nak bawa diri...hehe...sape yang suka shopping, suka nak lepak2 minum atau makan, suka berekreasi, suka tengok scenery yg cantik..Water Front ni tempatnya. Bergambar kat sini umpama bergambar di overseas pulak jadinya...memang view yg sangat cantik!

Semasa berjalan kaki melewati siar kaki di water front ni...melewati gerai2 makan tepi siar kaki tu...nampak pula Hotel River Side yang saya duduk dulu masa ke sini...hadir di fikiran kenangan berjalan di laluan yang sama dulu...melewati satu tempat yang saya pernah duduk di satu kerusi sesambil melepaskan marah dan melepaskan lelah sekejap kat situ..masa kisah nak baling ke sungai ikan terubuk tu...haha..parah la RZH ni.

Orait, saya tutup di sini dulu cerita ni, sekadar merakam memori sampai di sini selepas 15 tahun lampau dengan perubahan dan kemajuan di sini yang sangat buat saya terkedu...serius..saya speechless!

Itu la kehidupan...

Masa berubah, tempat juga berubah dengan kepesatan pembangunan...orang juga berubah...semuanya blh berubah. Just adapt dengan perubahan itu kerana semua perubahan itu boleh membawa kebaikan kepada kita.

Salam Permisi,,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe