Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2021

Udang Galah Goreng Garlic

Sekian lama tidak sempat update blog dengan masakan. Posting terakhir pada 12 September lalu. Hmmm..tak sedar masa cepat benar berlalu...terkadang rasa bagai kilat. Masak tu tetap masak simple2, cuma tidak sempat nak menulis. Dengan lately agak buzy cket dengan kerja2 di ofis. Saya kongsikan menu simple atau semesek ore kelate kata. Menu pedas dan kering macam gini mmg menu fav saya, Mr. Husband dan anak2. Bahannya sangat mudah..hanya lima enam ulas bawang putih diracik halus...jika malas tumbuk saja...tambah dgn separuh bawang holland dipotong dadu. Masukkan tiga empat tangkai cili api yang dimayang halus. Dan opkos la udang, dua sudu besar cili flakes dan sedikit minyak untuk menumis, juga garam gula, dan sedikit perasa jika suka. Cara2 membuatnya juga mmg mudah. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga garing. Masukkan udang. Garam, gula dan sedikit kunyit. Goreng sehingga masak. Masukkan cili api yang dimayang halus tadi, juga cili flakes. Terus gaul se

Bahaya Media Sosial (MedSos)

Perkembangan teknologi membawa kita kepada tahap kemodenan komunikasi yang berstatus smart dan pantas. Segala capaian maklumat di hujung jari dan tanpa sempadan. Secara positifnya perkembangan teknologi ini sangat bagus bagi mereka yang bijak dan tahu menguruskan MedSos masing2 untuk tujuan yang baik.  Namun begitu MedSos ini juga mempunyai keburukannya bagi mereka yang tidak bijak menguruskannya. Ada setengah orang berpandangan, tak perlu guna MedSos ini jika kita tidak mampu mengawal diri dalam membuat update status mahupun memberikan komen kepada status orang, juga membuat perkongsian berita2 yang tidak pasti kesahihannya semata-mata untuk mengejar populariti, meraih perhatian dan likes serta komen daripada orang. Risau takut kita terjerumus tanpa sedar kepada kemungkaran. Semua kita maklum bahawa apa jua perilaku dan lisan kita menggambarkan keperibadian kita. Justeru, apa jua bentuk status yang kita kongsikan di MedSos akan memberikan refleks semula kepada keperibadian kita. Apa y

11 tanda Orang Berbahagia...

Dalam hidup ini, semua orang ingin bahagia. Jika ditanya tiada seorangpun yang memilih untuk tidak bahagia. Bahagia itu adalah suatu rasa yang menjadikan kita rasa tenang dan damai tanpa sebarang tekanan kepada sesuatu yang berbentuk unfinish business, trauma masa lalu, kelukaan dan kedukaan.  Siapa tak mahu bahagia kan...tapi kena tanya diri dulu, apakah yang kita lakukan untuk capai kebahagiaan? Adakah begitu2 saja, just go with the flow dan dalam masa yang sama sikap dan pemikiran kita tidak berubah. Jika begini yang kita pilih, bahagia takkan kita temui. Sekadar berkongsi kata-kata Al-marhum Ustaz Dato' Ismail Kamus yang menyatakan ada 11 tanda orang berbahagia: 1. Kurang bercakap melainkan yang perlu 2. Sentiasa merendah diri (Tawadduk) 3. Berkasih sayang sesama makhluk 4. Bersahabat dengan orang soleh 5. Menjauhi daripada yang haram 6. Berguna kepada masyarakat 7. Tidak rakus dengan dunia 8. Memelihara solat lima waktu 9. Sentiasa mengingati mati 10. Pemurah dan baik hati 11.

"Me Time" Di Hujung Minggu - Masak Sop Tulang Istimewa...

Weekend kembali lagi. Berehat secukupnya dan enjoy dengan apa yang kita suka sebagai terapi kepada diri. Recharge diri dan kumpul tenaga untuk menghadapi minggu kerja seterusnya pula. Begitulah rutin hidup kita sehinggalah kita dijemput pulang ke kampung abadi di sana. Hidup kita ni begitu la..ada dua "dunia". "Dunia Peribadi" dan "Dunia Kerjaya". Justeru, semasa dalam "Dunia Peribadi" enjoy la dgn life kita dan buat apa yang kita suka. Bila kita buat apa yang kita suka hati kita akan happy dan kita juga dapat mengisi masa kita dengan perkara yang buat kita bahagia. Bila masa kita terisi dan kita ralit atau leka dengan aktiviti kita, makanya kerana itu lah kita tiada masa untuk memikirkan perkara lain yang menyerabutkan fikiran kita dan membuat kita down Dengan rehat yang cukup dan enjoy dgn personal life kita, makanya ini akan menjadi pemangkin kepada kekuatan mental dan hati kita bila kita berada dalam dunia kerjaya kita. Justeru, lima hari bek

Berusaha Lah Memiliki Hati Yang Baik......

"Biar orang buat kita jangan kita buat orang" Istilah ni biasa kita dengar kan. Bermula kita mengenal kehidupan masa zaman anak2 dulu, mak kita sering berpesan begini bila setiap kali kita bercerita pada mak kita. Akhirnya pesanan ini melekat di minda kita dan kita pegang sebagai rujukan dalam hidup. Hadamkan maknanya di sebalik istilah ini. Jika kita faham maknanya, sudah pasti kita tak terasa sedikit pun untuk nak buat orang. Urusan hidup kita pun kita tak mampu selesaikan semua, inikan pula nak menyibuk kacau kehidupan orang lain. Jadi, jika orang buat kita teruskan saha bersabar...doa sentiasa supaya Allah pelihara emosi dan perasaan kita agar terus kuat. Bila sesekali hati kita disakiti, tangani lah soal hati kita dengan bijaksana. Pilih lah penawar yang memberikan keuntungan dunia dan akhirat kepada kita. Sabar lah dengan apa yang kita lalui, tahanlah senafas. Kita relakan saja dan serahkan pada Allah. Jika hati kita melalui sendiri rasa sakit itu, maka janganlah melaku

Kunci Kawalan Hati & Minda...

Lama pula rasanya tidak sempat singgah di blog. Entri terakhir adalah pada 28 Ogos. Hari ni memasuki 3 September. Sudah seminggu rupanya tidak sempat menulis due macam2 hal. Allahu..MasyaAllah "banyaknya hal dunia" sehingga waktu begitu membatasi. Aduhai statement pun "Banyaknya hal dunia" seakan membayangkan kesibukan sangatlah dengan "kerja-kerja dunia kan"...bukan begitu sebenarnya. Tidak ada apa yang sibuknya pun, masih melalui rutin yang biasa saja, berkebetulan dalam seminggu ni banyak pulak deadline yang "meminta-minta". Aduhai parah juga rasanya menyelesaikan satu persatu. Sudah pasti mental dan fizikal penat, justeru di sebelah malam memilih untuk berehat saja dulu sesambil mengumpul kembali tenaga yang hilang. Alhamdulillah, slow and steady diselesaikan. Di saat macam-macam menerpa di minda ni, kawalan hati dan kawalan minda sangat penting untuk memastikan keseimbangan emosi dan fikiran. Kedua-dua ni sangat penting untuk memastikan dir