Skip to main content

22 November datang lagi...


22 November 2023

Datangnya itu pasti kerana masa memang bergerak ke depan. Genap 360 hari daripada tarikh tu, maka bertemulah kembali dengan tarikh yang sama..ya bertemu kembali 22 November 2023, tarikh dan bulan tetap akan sama cuma tahunnya akan berubah dan tak mungkin sama..tahun yang berganti pada tahun ini adalah tahun 2023, berganjak satu nombor berbanding tahun lepas, tahun 2022.

Selepas 360 hari lebih kurang...22.11.2023 tahun ini jatuh pada hari Isnin. Isnin ni adalah hari pembuka minggu, hari permulaan kembali bekerja slps berehat di hujung minggu. Kalau ikutkan hari permulaan minggu ni adalah hari yang energy nya masih full.

Setiap kali hampir dengan 22 November ni, perasaan memang sentiasa bercampur baur...perasaan yang sukar untuk diterjemahkan. Suka duka pahit manis dalam hidup yang dilalui sepanjang meniti kehidupan ni hadir silih berganti dalam benak fikiran. Debaran demi debaran yang tidak tahu kenapa akan muncul...

Nak kata suka dan gembirapun ya, nak kata sedih dan terkenangpun ya...jadi apa makna di sebalik rasa itu amat sukar sekali untuk diterjemahkan oleh diri saya. Biarlah menjadi rahsia saya saja...yang pasti setiap kali 22.11 ni tiba, ia adalah sesuatu buat saya...saya sangat menghargai apa jua rasa yang Allah hadirkan..bahagia, happy, terharu, sedih dsbnya lagi.

Bersempena tarikh 22 November kali ini saya ingin titipkan sesuatu yang temanya adalah "Mengimbau"....apa yang sentiasa melekat sebagai signature nya kpd 22.11 ini saya akan tulis dalam penulisan kali ni. Antaranya adalah:

1. Rutin buat saya dan Mr. Husband sejak awal perkahwinan lagi...membuat surprise sambutan hari lahir ni tepat jam 12.00 mlm pada hari yang masuk tarikh hari lahir tu. Hari lahir saya dan Mr. Husband. Bila dah ada anak2, rutin yang sama kami teruskan buat anak2...itulah rutinnya setiap tahun dgn lima sambutan.

2. Pesen saya ni memang jenis orang yang sangat menghargai orang...kerna itu saya akan ucapkan selamat hari lahir kepada kenalan yang dekat di hati saya..atau yang berada dlm circle saya...ucapan tu saya suka hantar tepat jam 12.00 mlm.

3. Salah seorang bff di kampung, Nita namanya mmg tak pernah miss untuk mengucap selamat hari lahir buat saya pada setiap tahun. Walau kami tak berhubung atau berhubung...pasti pada 22.11 akan masuk mesej drpdnya. Nita ni my bff sejak primary school lagi.

4. Tarikh 22.11 ni sangat special buat saya bukan hanya kerana tarikh itu adalah tarikh hari lahir saya, tapi kerana nombor tu sendiri sangat cantik...22.11...dua dua satu satu....

5. Pada setiap kali tarikh ni, saya mmg akan award diri sendiri dengan sesuatu yang saya suka sebagai tanda kenangan tarikh hari lahir saya.

Itulah serba sedikit perkara yang sentiasa berlaku bila 22.11 ini muncul. Sebelum ni ada beberapa imbauan lagi tetapi ianya telah tidak relevan lagi untuk tersenarai dalam imbauan saya...telah berada di luar circle.

Apa agaknya yg wajib kita fikirkan pada setiap kali berganjak satu umur lagi dalam usia kita ni...pada kali ini, ini yg saya fikirkan.

1. Suatu rasa syukur kepada Allah kerana 22.11.2023 ini masih oleh izinkan untuk saya bertemu lagi dgn tarikh ulangtahun kelahiran saya ni dengan kesihatan yang baik dan nikmat umur yang barokah...auto terfikir....untuk tahun akan datang belum pasti lagi.

2. Suatu rasa bahawa masa dijemput Allah tu makin dekat bila usia meningkat. Usia sekarang ni dah tak lama dah sebenarnya bila mengambilkira umur Nabi Muhammad SAW yang wafat dalam usia 63 tahun. Terus terfikir hari lahir pada tahun depan belum pasti akan bertemu ataupun tidak..Jika umur panjang...akan bertemu..jika dijemput awal oleh Allah, tidakkan bertemu lagi.

3. Suatu rasa untuk terus berusaha menambah baik diri dari semua aspek. Moga Allah memberikan guidance nya. Banyak benar kekurangan yang ada...

3. Terfikir untuk secara konsisten mengamalkan pemakanan sihat..kurangkan gula, kurangkan karbo...kurangkan makanan berminyak dan jajan....buat exercise juga...

Itu ler lebih kurangnya apa yg terfikir. Moga Allah permudahkan untuk melaksanakannya. Moga dibentangkan Allah jalannya yang mudah untuk melaksanakan apa yg hadir di fikiran ini.

Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya buat semua yang meraikan hari lahir saya ini, yang memberikan ucapan secara lisan atau melalui mesej, yang mengirimkan jambangan bunga, yang memberikan hadiah dan kad ucapan, yang membuat video dan mengirimkan melalui wasap dsbnya lagi..saya sangat terharu. Semoga tuan/puan semua sentiasa berbahagia.

Tkasih yg tidak terhingga juga buat bigboss dan my team atas kek dan surprise juga hadiah daripada semua...my p.a, thanks so much atas plan surprise di awal pagi...surprised bigboss di tengah hari juga semua staf yg dapat bersama.

Thanks juga Mr. GM atas sambutan di koperasi dgn kek dan nyanyian hari lahir buat saya.

Sudah pasti juga ungkapan terima kasih yang paling istimewa buat Mr. Husband juga atas kiriman jambangan bunga dan kad ucapan yg sangat cantik dengan pilihan bunga anggerik maroon ke magenta dan kad ucapan berwarna magenta ke ofis..istimewa pula kali ni surprise from Mr. Husband.....juga buat anak2 yang sentiasa ada bersama mama.

Moga Allah jua yang dapat membalas berganda segala kebaikan dan keikhlasan kalian semua buat saya. 

Thanks all!

RZH








Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe