Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2023

Resepi Nasi Minyak...

 Bahan-Bahan 4 gelas beras Basmathi Bawang merah kecil 10 ulas Bawang putih 4 ulas Bawang merah besar 2 labu Halia 1 inci Susu cair satu tin Kismis dua kotak kecil Minyak sapi satu tin kecil Minyak masak dlm satu senduk kecil Rempah 4 sekawan 1 kiub ayam Cara-cara 1. Rendam beras setengah jam 2. Blend hancur bawang merah. 3. Mayang bawang besar, halia dan bawanh putih. 4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dan tumis bawang mayang dgn rempah 4 sekawan. Semasa menumis masukkan dua helai daun pandan yg dah disimpul. 5. Bila dah kekuningan, masukkan bahan blend. Tumis hingga masak, pecah minyak. 6. Masukkan satu sudu garam kasar. Masukkan satu kiyb ayam. 7. Masukkan beras. Gaul rata dgn cpt dan masukkan air 5 gelas. 8. Masukkan susu cair dan sedikit pewarna kuning jika suka. Jika suka warna ori, tak perlu masuk pewarna. 8. Masak seperti masak nasi biasa. Bila hampir kering, masukkan kismis tutup periuk dan kecilkan api. 9. Dlm 10.minit nasi akan masak dan boleh digemburkan.