Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Resepi Sedapzaini: Gulai Ikan Tongkol Kelantan

Bahan-bahan 1. Ikan tongkol saiz besar/sederhana besar. Ore Kelate panggil ike ayo. Dua ekor. 2. Rempah kari ikan khusus drpd kelate dlm peket kecil. Guna satu peket sahaja. Saya selalu guna cap Selising. 3. Cili kering 10 biji 4. Bawang merah 10 ulas 5. Bawang puteh 3 ulas 6. Lengkuas seinci 7. Halia seinci 8. Kunyit hidup seinci 9. Asam keping 10. Gula dan garam 11. Santan 1 kg. Gulai ni kuah mesti pekat. Cara-cara Membuatnya: 1. Cuci bersih ikan sebanyak 3 kali, siram dan tapis. 2. Rebus ikan. Masukkan garam dlm 3 sudu besar, dan gula dlm satu sudu..wajib taruk gula ni kalau rebus ikan ayo. Rasa dia lebih sedap nanti. Air masukkan paras ikan tenggelam. Api sederhana. Biarkan menggelegak dlm 20 minit. Lagi lama lagi sedap ikan tu sebenarnya, cuma jaga airnya jgn sampai kering..hangit pulak nanti. 3. Sementara ikan direbus. Kupas bawang merah, bawang besar, halia, lengkuas, dan kunyit. Dan potong cili kering, untuk cili kering cepat lembut rendam

Membina Azam dan Memahat Komitmen

 Kebiasaannya azam ini difikirkan apabila setiap kali kita akan menyambut tahun baru (walaupun tidak semestinya pada setiap tahun baru sahaja azam perlu difikirkan). Semua orang akan memikirkan tentang azam tahun baru, dan semua orang bagai dibudayakan, akan menanyakan tentang azam tahun. Kalau dulu-dulu zaman di persekolahan, cikgu-cikgu suka benar bertanyakan azam tahun baru pelajar-pelajar...mungkin kerana budaya ini, makanya kita sehingga dewasa akan menjadi 'auto' di fikiran, tiba sahaja tahun baru...soal azam yang akan menerjah di fikiran. Secara peribadi, saya berpendapat menanam azam ini adalah suatu rutin yang sangat baik untuk dibudayakan. Kerana dengan memikirkan dan menanamkan beberapa azam yang ingin kita capai sepanjang tahun berkenaan, maka kita secara tidak langsungnya telah 'mengikat' diri dan menyediakan satu komitmen kepada diri untuk kita berusaha mencapainya. Sudah pasti azam yang kita tanamkan adalah azam yang baik-baik dan

Kembara Tuk-tuk di Hatyai dan Songkla, Thailand

Saya sebenarnya telah lama memasang niat untuk melancong ke Hatyai, namun atas sebab tak berapa berani, takut dengan macam-macam cerita yang didengar tentang Thailand, makanya niat itu hanya tinggal niat sahaja. Ada sahabat daripada Kelantan pernah mengajak ke sana pada tahun lepas ikut jalan darat dan masuk melalui border Rantau Panjang...aduhai masa tu memang saya sangat tidak berani untuk ke sana. macam-macam kemungkinan yang saya fikirkan masa tu. Kawan-kawan rapat memang suka mengajak saya bila mereka pergi tempat-tempat yang mempunyai mempunyai daya tarikan dengan makanannya sebab mereka dah tahu kawan mereka di Bangi ni memang jenis 'pemburu makanan sedap dan 'tersoho'...pasti akan dicari juga sampai dapat...tapi untuk ke Hatyai keinginan terpaksa dipendamkan saja kerana rasa 'ketakutan'  tadi. Nak dijadikan cerita, Mr. Husband dan rakan-rakannya telah plan untuk pergi bercuti ke Hatyai...Haa..saya agak terkejut juga bila diberitahu dia nak ke sana. Kerisau