Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2022

Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat yang saya share di sini adalah gaya hidup mengikut pengalaman saya... Sihat ni ada dua kategori. Sihat fizikal dan sihat mental dan rohani. Semua orang mendambakan kesihatan yang baik untuk fizikal, mental dan rohani. Perbuatan dan pemikiran kita akan menentukan sama ada kita nak bahagia atau derita. Sudah pasti la disokong dengan doa kita dan keizinan Allah.  Bagi mencapai gabungan kedua-dua sihat fizikal dan sihat mental, maka kita perlulah: 1. Set minda untuk happy selalu. 2. Apa jua perkara, permudahkan dan jangan rumitkan. 3. Fikir apa yang dalam kawalan. Lepaskan apa yang di luar kawalan. 4. Permudahkan urusan orang. Jangan rumitkan. Sentiasa membantu. 5. Buat orang rasa gembira rasa bahagia.  6. Bersikap pemurah. Jangan berkira 7. Ambil vitamin/makanan kesihatan secukupnya untuk diri. Buat senaman atleast dua tiga kali seminggu. 8. Banyak minum air masak. Kurangkan gula. 9. Banyak mendengar perkongsian ilmu. Banyak membaca. 10. Zikir selalu walau dalam hati 11.

Menangani Ujian Dalam Kehidupan...

Menjadi manusia ni banyak ujian yang perlu kita tempuh. Kita tahan ataupun tidak saja. Ujian Allah datang bersilih ganti. Namapun hidup...takkan mungkin hanya bahagia saja yang kita lalui. Pelengkap kepada sebuah kitaran kehidupan adalah suka duka bahagia derita. Empat kitaran ini wajib bagi setiap seorang itu lalui. Jadi, sentiasa bersedia dan jangan panik. Just hadapi...dan yakin setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Takkan selamanya bahagia dan takkan selamanya derita. Kita tiada choice. Kena hadap juga. Jadi hadap dengan bijaksana! Jangan sesekali binasakan diri. Apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapi dan menanganinya. Itu yang membezakan ukuran sesebuah bahagia dan derita itu bagi setiap orang.  Sesuatu ujian itu perlu dihadapi dan dilalui dan bukan diratapi atau disesali. Ujian itu sebenarnya akan lebih mematangkan kita terhadap kehidupan. Jika kita menyesali dan meratapi...kita berada dalam kerugian. Mengapa kita memilih untuk rugikan diri sedangkan kita

Menjadi Diri Sendiri.

Jadilah diri sendiri. Toksah jadi diri orang lain. Susah nanti. Jika diri sendiri tu jenis yang baik. Maka alhamdulillah. Terus istiqomah dengan kebaikan.  Jika diri sendiri jenis yang tak berapa baik perilakunya, maka betulkanlah diri.  Salah satu karakter untuk menjadi diri sendiri adalah kita jangan hidup dalam kepura-puraan. Kita perlu jujur dengan diri kita. Jujur dengan apa jua yang kita lakukan. Jujur itu bukan untuk orang lain tapi untuk mengekalkan keperibadian dan karakter diri kita. Juga untuk terus mengekalkan rasa hormat org kpd kita. Paling simple kan. Mengapa kita perlu hidup berpura? Tiada sebab sebenarnya, kecuali kita mempunyai agenda kita sendiri yang kita meletakkan diri kita menjadi "katak"....hidup dua alam... Menjadi diri sendiri dengan membawa karakter kita yang sama..depan sama belakang pun sama. Ini yang perlu kita buat. Sentiasa jujur atau apa jua yang kita lakukan. Berani menghadapi realiti dan bukan menyorok daripada realiti. Itu sikap seorang yan

Bila Hati Sudah Penat...

Penat dan lelah ni ada pelbagai bentuk. Penat fizikal...penat mental, penat hati dan perasaan...tentukan yang mana satu kita penat.  Jika penat fizikal dan mental..berehatlah dan kembalikan semula kesegaran tubuh badan kita. Cari vitamin dan makanan kesihatan yang dapat meningkatkan tenaga kita. Jika penat mental, hati dan perasaan...kenalpasti apa punca dan lepaskan punca itu. Biar punca itu pergi, insyaallah beban hati dan perasaan tiada lagi. cari vitamin rohani yang dapat menguatkan hati dan jiwa kita...sudah pasti solat, doa dan zikir...istiqomah. Bila kita sudah sampai ke tahap yang sangat penat...sudah sangat lelah...kita sudah tidak peduli apa yang akan berlaku. Biar lah nak berlaku apa jua pun kerana hidup ini adalah mengikut takdir yang telah Allah tulis. Maksudnya bila dah sampai tahap ini, kita telah pasrah..kita redha dan kita ikhlas melepaskan. Skrip cerita ada pada Allah. Ya, betul ada doa vs takdir. Doa untuk segalanya berubah mengikut apa yang kita inginkan akan kita p

Terimbau Kenangan Masa Belajar Dulu...

Dua tiga hari lepas melewati fasa 3 Bandar Baru Bangi. Tiba2 teringat kenangan berada di sini 28 tahun lepas. Kenangan sebagai pelajar yang berada di kolej luar kampus di Blok 6, Perumahan Luar Kampus. Jalan ini selalu saja dilewati sebenarnya sebab jalan ni adalah laluan utama nak ke situ sini di BBB ni. Terdetik di hati nak lencong masuk simpang ke kanan untuk ke Blok 6. Sekadar untuk mengimbau kenangan lalu masa menjadi student. Tapi kerana memanjang kekalutannya, hasrat itu hanya tinggal dalam minda saja..tengok lah jika ada masa senggang nanti kita masuk ke Blok 6 sekejap. Kenangan yang kita lalui ni, walaupun telah berpuluh tahun berlalu. Ia tetap akan ada dalam hati dan minta kita...kenangan suka dan duka..bahagia dan derita semua ada..hehe. Semuanya mematangkan. Saya tinggalkan kenangan di Blok 6 ni sudah 28 tahun. Namun kenangan selama empat tahun melalui kisah sebagai pelajar di sini masih segar dalam ingatan. Semuanya terbayang di mata. Kami beraktiviti, sama2 ke kuliah, kal

Jaga Kualiti Diri..

Kualiti diri kita sangat penting dalam kehidupan peribadi mahupun kehidupan kerjaya. Kedua-dua kehidupan sangat memerlukan diri yang berkualiti. Apa makna diri yang berkualiti ini? Makna mudahnya adalah apa jua yang terhasil daripada kita adalah perkara yang memberikan manfaat, elok, dan disenangi juga mencapai standard tertentu. Selalunya kualiti ini dilihat kepada hasil kerja kita. Bagus kah, atau tidak baguskah bergantung kepada sejauhmana ia mencapai standard dan tahap kepuasan hati atas penerimaan rasional. Latih diri untuk sentiasa menjaga tahap kualiti atas apa jua yang dilakukan. Jangan buat kerja "sampah". Menyusahkan organisasi. Apa yang perlu ada pada diri kita untuk memastikan apa jua yang dilakukan dan dihasilkan oleh kita adalah berkualiti? Jom kita praktikkan sama2. Antara perkara yang wajib ada adalah: 1. Buat kerja kerana Allah 2. Niatkan betul2 3. Ada matlamat 4. Buatkan dengan ikhlas 5. Ada rasa tanggungjawab 6. Letak standard yang tinggi 7. Buat homework/r

Plan Berjalan-jalan...Trip to Singapore

Haishhhh...pulok doh! Haha Geng sahabat syurga bersembang ttg trip untuk travel ke selatan pula, ke JB dan masuk Spore. Owhhh, mcm biasa saya ni follow aje bab travel yang geng dah atur. Nak plan sendiri tak sempat..so biar geng plan, kita follow ajer. Yang penting, block tarikh tu siap2...kalau tak block nanti orang isi terlopong ko sbb diari ko bukan milik ko...haha kemahhh. Saya pun onzzzz. Intai diari, tiada event utama masa tu, makanya saya block awal supaya nanti tidak diisi dengan meeting. Sekian lama tak ke Spore..bandaraya global metropolitan. Kali terakhir pergi rasanya lebih 10 tahun lalu. Adusss..lama benar doh tu. Pasti banyak yang telah berubah. Perkembangan dunia yang semakin moden ni pasti merubah segalanya. Sedangkan ombak merubah pantai, masa merubah manusia, apa lagi teknologi yang makin moden...lagilah pesat perubahannya. Pada saya, secara peribadi tiada apa yang menarik sangat di Spore ni..Spore ni sebuah negara kecil saja, lebih kurang 720km persegi dengan pendudu

Mindset kita...

Mindset kita kena jaga betul2. Jangan biarkan mindset kita dikawal oleh emosi tapi perlu dikawal oleh kewarasan dan kebijaksanaan...wahhh..gituuuu. Jom kupas camana nak kawal mindset kita supaya ianya elok2 aje jadinya. Mindset ini adalah apa yang kita fikir dan setkan kat fikiran kita. Jika mindset itu kita yang set, mengapa kita nak pilih setting yang huru hara. Pilih setting yang baik2 saja. Untuk dapatkan setting yang baik2 kita perlu block emosi datang "mengacau". Jika emosi yang setting kan mindset kita mmg "mala petaka" jadinya. Seseorang itu akan menjadi hebat mengurus diri jika dia berjaya meletakkan mindset yang positif di saat emosi diri tidak stabil. Agak sulit sebenarnya, tapi kena berusaha untuk prakktikkan. Hidup kita akan baik2 saja bila apa yang kita set di fikiran adalah yang baik2 jua.  Setting asas yang perlu dipahat dan dipaku dalam minda kita adalah, kita membisikkan yang kita ikhlas, kita okey2 saja, kita kuat, kita tabah, kita sabar dan kita

Pengalaman Renew Passport Secara Walk-in

Bila tiba masa nak kena renew passport mmg satu perkara yang sangat cuak.namun cuak tak cuak tetap kena buat juga...itu yang buat stress tu.  Sekarang ni proses renewal boleh buat secara online saja..dah berbunga la cket rasa di hati...lebih mudah la sebab tak perlu pergi ke Imegresen dan beratur panjang. Hari ke hari bertangguh untuk ambik gambar sebab bila buat online ni dia perlukan gambar secara sofcopy. Akhirnya manage diri g ambik gambar juga walau dalam kekalutan yang sangat huru hara...aduhai. Bila dah ada softcopy gambar...makanya masuk la dalam talian untuk pelanjutan...lorrr ada dekat 10 kali masuk tetap tak boleh juga...esoknya masuk lagi..lusanya masuk lagi..juga tak boleh...sistem ckp "Permohonan bermasalah sila rujuk Imegresen"...Allah pulakkk....dah naperrr... Maka bertangguh la dulu untuk ke Imegresen. Berminggu2 juga bertangguh sebab mcm2 hal kesibukan..nak ke Imegresen ni, nak kena ambil cuti sebab dah pasti lama masa yang diambil..mesti 3 jam dan ke atas..