Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

Lala Masak Tumis Ringkas...

Malam tadi masak Lala Tumis mudah2 ore kelate kata. Seharian tak jamah nasi kecuali sedikit nasi lemak di awal pagi kat ofis. Hanya makan satu per empat daripada bungkusan nasi lemak tu. Hmmm... Malam tadi selepas maghrib masakkan Lala ni untuk dinner. Jarang masak belah malam sebenarnya, tetapi sebab seharian tak jamah nasi, makanya masak la juga simple2. Nak beli luar pula, serasa nak makan masakan yang dimasak sendiri, baru kena dengan selera. Justerunya, masaklah juga yang simple2 goreng dan tumis saja. Maka siap lah ikan kembung goreng pedas dan Lala Tumis kosong atau tumis mudah ni.  Tumis lala ni sangat mudah. Ore kelate kata semesek. Bahan2nya cuma guna dua ulas bawang putih, seulas bawang merah kecil tu, dua batang serai dan satu sudu cili giling, satu tangkai cili api jika suka sekadar untuk aroma saja. Jika suka belacan boleh taruk secoit belacan. Saya tak taruk kali ni. Cara-caranya pun sangat mudah bila bahan2 masakan pun mudah.  1. Basuh bersih2 lala sebab ia berpasir sik

Cerita Tentang Waktu (Masa)...

Hakikat waktu: 1. Bergerak dan tidak pernah berhenti. 2. Waktu tidak boleh di hold atau ditahan daripada bergerak. 3. Waktu yang berlalu tidak mungkin berulang kembali. 4. Waktu yang di depan takkan mungkin dapat dipercepat atau diawalkan. 7. Waktu yang berlalu menghimpunkan kenangan. Waktu yang di depan menghimpunkan impian dan harapan. 8. Waktu yang berlalu menggamit rasa kerinduan yang tidak bertepi. 9. Waktu yang berlalu memberikan teladan dan pengajaran. Bila begitu sifat waktu, kita boleh mengambil ingatan buat diri kita agar: 1. Sentiasa menghargai waktu yang hadir dalam hidup kita. Berikan yang terbaik di saat kita sedang melaluinya supaya tiada penyesalan dalam diri di saat kita telah terlepas waktu itu. 2. Jangan bazirkan waktu yang dilalui dengan membiarkan ia berlalu tanpa manfaat dan faedah. 3. Berdamai dan bermanja dengan waktu supaya dalam erti kata lain ia sentiasa "berlaku baik" dengan kita, yakni waktu 24 jam sehari tu sentiasa cukup untuk kita 4. Dalam kese

Spagetti Aglio Olio Best Ever...

Hari ni Monday Blues... HMmmm meeting full...back to back. Masak untuk lunch simple saja sebab tak nyempat sgt nak berlama kat dapur. Goreng ayam dan gaulkan dengan bawang holland yang telah dimayang dan hirisan cili api. Ayam goreng ni peregukan lawannya dengan budu letak durian dan cili api. Cukup untuk bertambah la kalu menu lagu ni gak. Tapi entri ni bukan nak cerita pasal menu lunch, tapi nak cerita pasal menu dinner.  Malam ni sempat ambil masa buat spagetti aglio olio. Usai solat maghrib, terus masuk dapur kelentung kelentang buatkan menu ini for dinner.  Bahan2nya dah minta Mr. Husband belikan lewat petang tadi. Plan nak buat aglio olio ni dah lama tapi tak jadi2 juga. Tiba2 sesambil berehat santai sementara nak menunggu waktu maghrib, datanglah pula di fikiran, hasrat yang tertangguh ni yang belum tertunai.  Makanya kali ini tidak bertangguh lagi bila memikirkan sebelah malam tak ada perkara urgent sangat berkaitan kerja2 ofis yang nak dibuat, makanya on la masak spaghetti ni

Ketupat Sotong Sedap Sangat...

Weekend kembali lagi. Masih rutin dalam PKP, di rumah saja dan tidak ke mana2. Keperluan barang2 dapur diuruskan oleh Mr. Husband. Hari ni dapat juga membuat ketupat sotong. Sudah sebulan teringat nak makan tapi tidak2 juga dapat membuatnya due pelbagai sebab. Seawal pagi dah siapkan breakfast. Bee hoon goreng. Justerunya untuk tengah hari tak masak nasi dan lauk-pauk lagi. InsyaAllah bee hoon itu menu hingga ke petang. Malam nanti kalau ahli keluarga nak makan nasi, mungkin beli saja di luar. Selalunya anak2 tak ambil nasi malam. Jadinya tengah hari tadi buat menu ketupat sotong ni. Minta Mr. Husband belikan barang2 nya. Ketupat sotong ni simple saja bahannya, hanya sotong, santan, pulut dan nise a.k.a gula melaka, juga sehelai daun pandan disimpulkan, dan sedikit garam. Daun pandan memang ada saja di laman. Nise ni memang selalu ada stok di rumah. Ore kelate meme gitu la pesennya...wajib ada nise dalam rumah. Jom kita lihat cara2 membuatnya. 1. Cuci bersih sotong. Kepala dgn badan so

Permainan Dalam Organisasi...

Penat sebenarnya jika kita melihat permainan dalam organisasi. Tahapnya kadang2 sama seperti permainan politik peringkat negara. Kejap begitu kejab begini. Ada yang mungkin sampai tahap "letih mata dan letih telinga". Keliru dan rasa cuak bercampur baur. Sudah tak pasti yang mana betul yang mana salah. Kadang-kadang terasa yang betul dah jadi salah, yang salah tu pulak jadi. Wallahua'lam hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.  Walau dalam apa jua keadaan, organisasi perlu sentiasa bergerak (beroperasi mengikut bagaimana ianya ditadbirkan). Organisasi takkan mungkin statik atau pasif, kecuali organisasi itu sudah ditutup dan tidak beroperasi lagi.  Sesebuah organisasi memiliki ramai anggotanya yang akan sama-sama bekerja dan saling berkait antara satu sama lain dalam mencapai objektif organisasi. Pekerja semakin hari akan semakin terlatih dan mahir dalam menjalankan tugas. Juga akan berlaku bila sudah semakin ramai yang mempunyai kepakaran dan semakin bijak pandai dalam ses

Pagi 10 Muharam Yang Indah...

Hujan di luar sana. Kedinginan pagi menusuk sampai ke tulang. Awal pagi 10 Muharam yang sangat indah. Damai dan tenang hati. Sejuk dan dingin. Mendengarkan bunyi rintik2 hujan di luar rumah menambahkan lagi rasa damai...Angin sejuk di luar sana juga lembut menerpa masuk bila pintu rumah dikuak kan sedikit. Bunyi suara katak juga kedengaran jauh2 bersahut-sahutan dengan iramanya yang tersendiri. Fenomena alam. Sudah sekian lama rasa sebegini tidak hadir. Kini muncul...dalam hati berbisik. "Allah, besar sungguh kebesaran-Mu...meresap nikmat yang tiada bandingan ini ke dalam diri." Menikmati di pandangan mata dan di halwa telinga seluruh suasana alam dan kebesaran Allah di awal dinihari, dengan bunyi hujan, hembusan angin yang sejuk dan bunyi suara makhluk2 Allah yang lain di luar rumah adalah terapi hati yang tiada bandingan. Suasana alam yang menyambut pagi 10 Muharam yang sangat indah. 10 Muharam ini adalah hari yang di sunatkan kepada kita untuk berpuasa sunat. Puasa sunat 1

Bagaimana Menjaga Hati Agar Terus Kuat...

Kekuatan hati terletak kepada kekuatan iman, ketahanan mental (resilience) dan kekuatan diri kita mengawal emosi. Hati mudah koyak dengan pelbagai ujian yang mendatang jika kita tidak betul-betul mempertahankannya. Bagaimana nak pertahankan hati agar terus kuat dan tidak mudah goyah dan koyak. 1. Jaga Iman dan takwa kita.  Pertingkatkan dan tambahbaik hubungan kita dengan Allah adalah cara kita menjaga iman dan meningkatkan takwa kita. Bagaimana nak tingkatkan iman dan takwa? - bersihkan hati - buat perkara yang baik - hindari dosa yang menghalang rahmat    Allah kepada kita. - bertaubat atas dosa lalu - jangan khianati dan melakukan kejahatan   kepada orang lain - solat dan zikir juga membaca Quran - bersedekah - banyak muhasabah diri - banyak menghadiri majlis ilmu di jalan   Allah dan praktikkan ilmu yang diperoleh 2. Kekuatan mental - tukar persepsi kita terhadap masalah. - tukar cara berfikir - percaya dengan potensi diri - yakin dengan diri - jangan buang masa fikir benda2 kecil 

Sayur Lemak Putih Gaya Kelantan...

Sejak minggu lepas lagi, saya teringat nak makan sayur lemak cara kelate kesukaan arwah nenek. Nenek sebelah emak saya panggil mok. Tapi tak sempat nak buat. Hari ini baru ada kekuatan sikit. Dulu2 masa mok masih ada, menu ni adalah menu kegemaran mok. Kalau mok buat sayur lemak, mok akan letak bawang dan ikan rebus yang banyak. Mok akan tumbuk bawang dan isi ikan rebus tu dalam lesung. Jadi rasa sayur lemak tu memang betul2 sedap, mungkin bercampur dengan sentuhan mok, sayur lemak jadi sangat sedap. Mok memang pandai masak. Semua masakannya sedap.  Selalunya bila buat sayur lemak, saya memang akan blend aje semua bawang dan isi ikan tu. Tapi kali ni, saya tumbuk sebab saya teringat sayur lemak cara mok. Cuma, kalau sayur lemak mok, mok akan letakkan sedikit lada benar atau lada hitam. Saya tak berapa suka rasa lada hitam tu dalam sayur lemak, makanya saya tak letak. Mok juga akan bakar sekejap bawang merah tu bagi mendapatkan rasa sayur lemak yang lagi sedap, tapi buat masa ini saya s

Pemergian Yang Dicemburui.....

Beberapa hari yang berlalu, satu negara dikejutkan dengan berita kematian artis terkenal allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, juga isteri kepada pelawak terkenal negara, Shuib daripada Kumpulan Sepahtu. Saya sememangnya ingin menulis tentang ini, namun saya tangguhkan dulu sehinggalah ke malam ini, saya menjengah ke blog untuk menitipkan pemikiran peribadi saya terhadap berita kehilangan ini. Saya terpanggil untuk menulis tentang ini kerana saya berpandangan berita pemergian arwah Siti Sarah ni adalah suatu pemergian yang sangat menyedihkan dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri semua orang, terutamanya kaum wanita. Saya tidak pernah berjumpa arwah dan tidak juga mengenalinya secara peribadi. Saya sekadar mengenali dia sebagai seorang public figure. Dia juga bukan antara artis yang menjadi fav saya. Genre lagunya juga bukan genre lagu yang saya minati, kecuali lagu "Kesetiaan", sesekali saya menyanyi2 kecil kerana melodinya boleh la sikit2 masuk dgn genre yang

Salam Maal Hijrah 1443H...

Salam Maal Hijrah buat semua pengunjung blog anggerikdesa. Masa yang begitu cepat berlalu dan kini membawa kita ke tahun 1443H. Awal Muharam atau Maal Hijrah ini merupakan hari yang sangat penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam, iaitu peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada 622 Masihi. Penetapan kalendar Islam dibuat berdasarkan tarikh hijrah Nabi Muhammad S.A.W. bagi mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah Islam yang mana pada masa ini Rasulullah membentuk kerajaan dengan segala bentuk kesukaran dan akhirnya Islam tersebar ke merata dunia dengan hubungan diplomatik yang terjalin dengan beberapa negara dan penyampaian dakwah Islam. Hari ini lah hari yang sangat penting itu, 1 Muharam bersamaan dengan 10 Ogos 2021. Mengenang perjuangan hebat Nabi Muhammad SAW dalam membawa dakwah dan syiar Islam. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kita masih dib

Apa Kata Dale Carnegie Tentang Kebimbangan...

Sudah seminggu tidak sempat singgah di blog due banyak perkara yang mengekang. Hari ini kembali seketika, sekadar penulisan pendek. Semalam sesambil berehat membelek-belek salah sebuah buku Dale Carnegie, salah seorang penulis tersohor dunia dengan banyak buku penulisannya berkaitan dengan pembangunan diri, ketrampilan dan kemahiran interpersonal, juga public speaking dan corporate training. Sekadar perkongsian di blog anggerikdesa apa yang dikatakan oleh Dale Carnegie dalam Bukunya "How to stop Worrying and Start Living" (Bagaimana Menghindari Kebimbangan dan memulakan Kehidupan). Buku ini telah lama saya beli, rasanya lebih lima tahun lalu dan saya juga telah habis membacanya. Bila membeleknya kembali, saya sekadar memberikan fokus kepada beberapa bahagian yang saya tanda untuk mudahkan saya mengulang baca sekiranya saya ingin membacanya semula. Antara kata Dale Carnegie dalam buku ini: 1. Cara yang paling baik dalam membuat persediaan untuk masa hadapan ialah dengan melaks