Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2022

Di mana kita sekarang...

Kehidupan ini bersilih ganti...drpd kita bayi, kanak2, remaja, dewasa dan usia tua. Di manakah kita sekarang...jika telah di usia tua atau memasuki usia tua, maka banyak perkara yang kita perlu ubah daripada segi gaya hidup kita. Mana mungkin boleh sama dengan zaman kita remaja berpuluh tahun dulu. Daripada segi tanggungjawab pun sudah berubah, keadaan fizikal diri juga sudah berubah dan kemampuan dan tenaga diri juga slowly makin berkurangan. Keadaan kesihatan juga berubah...pelbagai penyakit yang singgah. Justeru, sama-sama kita saling mengingati diri tentang peredaran masa dan peningkatan usia kita supaya kita sedar yang umur kita semakin menghampiri "garisan penamat". Jangan sampai kita terleka dan pergi bila dijemput Allah nanti dalam keadaan kita tidak bersedia kerana merasakan kita masih muda dan menganggap mati itu masih jauh..Allahuakbar. Perkara asas untuk kita berubah adalah yang pertamanya, betulkan hati dan pemikiran kita. Hati dan pemikiran jangan lagi melebihka

Sayur Air 'Tene Cara Kelate

'Tene ni adalah petola. Ore kelate menyebut sayur ni sebagai 'Tene. Cara menyebutnya perlu ada sabdu dulu di depannya..double T kalau drpd segi ejaannya.."ttene" Sekian lama juga tak masak menu ni. Hari ini teringat menu2 lama orang2 tua. Makanya saya memilih untuk buat sayur air tene ni. Kebetulan ada dua batang tene yang tidak dimasak sejak dua tiga hari lepas. Mr. Husband beli untuk dicelur dan dicicah dengan budu masa saya masak singgang ike ayo hari tu, tapi tidak saya masak tene tu memikirkan sudah memadai singgang tu saja. Buat sayur air tene ni sangat semesek ore kelate kata. Sangat simple dan mudah. Tapi rasanya sangat sedap...mungkin menu ni sangat kena dgn taste saya agaknya. Bahan2 nya pun mudah...hanya tene (saya guna satu sahaja), seulas bawang putih, dan empat lima ulas bawang merah, dan dua biji telur, juga satu sudu teh lada hitam yang ditumbuk pecah2 saja. Kuahnya dlm empat lima cawan air saja..agak2 saja biar sedang elok dengan tene nya ya. Cara2: 1

Kematian demi kematian...

Kematian demi kematian... Serasa diri kerdil sungguh berada di dunia Allah. Nyawa ini pinjaman Allah..bila tiba masa yang dijanjikan akan diambil. Innalillahiwainnailaihirajiun... Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali... Allahu, tersedar di awal pagi ni dek seperti biasa dikejutkan oleh Mellow...mendapat berita kembalinya ke Rahmatullah, Prof. Dr. Ibrahim Baba daripada FST. Seminggu yang lalu saya baru mendapat tahu yang beliau sedang sakit tenat dan awal pagi ini menerima perkhabaran melalui FB ahli bersara yang beliau telah tiada.  Salam takziah buat keluarga arwah. Saya sempat bersama arwah semasa bertugas di FST dulu, dan sama2 terlibat dalam team Pengurusan FST. Arwah pada masa itu sebagai Pengerusi Pusat Pengajian. Arwah seorang yang sangat baik. Sangat gentleman orangnya. Kemas dan rapi orangnya. Idea dan pandangan sentiasa bernas.  Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 beriman dan pata solihin di sisi Allah. Semoga Allah melapangkan kuburnya, mencucur

Perginya Seorang Sahabat...

Malam tadi di group whatsApp kawan-kawan sekolah masa form five dulu dikejutkan dengan berita pemergian buat selamanya sahabat kami, Mohd Ali. Allahu...daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Innalillahiwainnailaihirajiun... Rasa sedih dan pilu menyelubungi diri kami semua...sebuah kehilangan yang tidak akan kembali lagi.. Mengenang tentang arwah...arwah adalah seorang ketua pelajar. Seorang yang sangat baik, murah dengan senyuman dan suka mendengar sembang2 kawan2 sambil mengukirkan senyuman. Arwah juga adalah anak murid kepada ayah saya. Saya sekelas dengan arwah...arwah juga sebagai ketua kelas dan saya pula Penolong Ketua Kelas. Masa zaman2 sekolah dulu saya dan geng suka juga mengusik arwah. Arwah mengerjakan umrah pada penghujung Disember 2021 dan sepatutnya dijadualkan pulang ke Msia semalam. Namun arwah dimasukkan ke hospital di Madinah kerana jangkitan kuman di paru-paru. Arwah kemudiannya perlu ditidurkan dan beberapa jam kemudian arwah disahkan meningga

Warna-warni kehidupan..Bertabah la!.

Menyambut kedatangan 2022 dengan suatu rasa yang tidak dpt diterjemahkan. Macam2 rasa yang singgah sehingga menarik pergi energi yang ada. Allahu. Fikiran agak bercelaru dengan pelbagai rasa sebenarnya...sukar untuk digambarkan perasaan yang ada..yang pasti...sedih, kecewa, gembira datang bertukar ganti. Kerana itulah energi dicuri... Kembali kepada soal rasa...sedih kerana tragedi banjir yang memusnahkan emosi dan harta benda mereka yang terkesan....sangat besar kesannya..tiada kata2 yang dapat diucapkan.  Menyaksikan keadaan mereka yang terjejas...hilang segalanya..total lost. MasyaAllah...tidak terucap rasa...tiada kata2 yg dpt diluahkan..hanya tersekat di kerongkong. Rumah musnah, peralatan dlm rumah musnah, lumpur memenuhi ruang sehingga sampai ke paras lutut lumpur dan selut di dalam rumah. Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul. Habis musnah perabut dan peralatan rumah yang ada. Sedih juga bertimpa dengan berita2 terkini dan penuh sensasi yang mengisi ruang penamat