Skip to main content

Kenangan lama kembali mengulit...

Terimbau kenangan hampir 18 tahun yang berlalu...

Di majlis tadi berjumpa Prof Dr. Azrul Azlan dan Prof. Madya Dr. Haniff...kedua-duanya memikirkan perkara yang sama bila melihat saya...Prof Azlan mengajak bergambar, katanya saja menggamit memori di Geneva, Switzerland...manakala Dr. Hanif pula mengajak bergambar untuk menggamit kenangan di Seoul, Korea. Kami sembang dan ketawa bersama..tapi saya tak dpt lama sebab sedang bertugas menguruskan event tu. Buzy bebenor yang amat..hehe.

"Puan masih sama ni dengan gambar masa 18 tahun lepas di Geneva...tidak ada yang berubah"...kata Prof Azlan...

Saya terus gelak besar...dalam hati berbisik "mana mungkin sama Prof Azlan...telah 18 tahun ke belakang masa ditinggalkan..sudah pasti ada yang berubah. Hehe. Sempat la bercerita tentang kenangan menampal poster sama2 masa di Geneva, dan keluar pergi beli brg bersama bila ada keperluan untuk pameran di sana dulu.

Dr. Hanif pula mengulang sebut kenangan di Korea dengan dia..juga bertugas menguruskan pameran universiti di sana. Dulu masa ke sana, Dr. Hanif belum lagi Dr...saya masa tu panggil dia Hanif saja.

Sama juga dengan Prof Azlan, masa di Geneva, dia baru tamat PhD rasanya..tapi kini setelah 18 tahun, seorang dah jadi profesor dan sorang dah prof. Madya. Prof Azlan pernah menjadi Pengarah institut, manakala Dr. Hanif dan Prof. Madya dan Timbalan Pengarah salah sebuah institut.

Hebat keduanya!

Betapa perkenalan di Seoul dan Geneva merakam dan memahatkan kenangan antara kami yang mengikat persahabatan sehingga kini. Saya mendoakan agar kedua-duanya terus sukses dan sentiasa dlm lindungan Allah jua.

Sambil menulis ni saya terdetik...kenangan yang terbina akan hanya tinggal kenangan...lumrah kejadian yang kita tak mungkin mengundur dan berpatah kepada kehidupan lepas...maka kenangan itu kita tinggal dengan seribu rasa di hati. 

Justeru, apa jua yang kita lalui, lalui lah dengan hati yang penuh jiwa dan ikhlas. Kerana nanti, bila kenangan itu berlalu, antara kita akan terus saling mengingati dan saling menghormati.

Salam lewat mlm 

P/s baru lepas packing untuk ke satu destinasi esok).

RZH.


Se

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...