Skip to main content

Gulai Udang Sedap...

Sekian lama tertangguh untuk kongsikan gulai udang style saya. Resepi gulai udang ni resepi mek saya dan arwah nenek. Memang sedap. Special rasanya.

Kebetulan seminggu sebelum PKP saya ada balik ke kampung mertua. Kawasan kampung mertua memang terkenal dengan tempat udang galah. Makanya masa turun ke pasar Mr. Husband belikan udang galah untuk dibuat gulai.

Jom kita lihat bahan2nya:
1. Udang sekilo
2. Santan dari sebiji setengah kelapa
3. Bawang merah tujuh lapan ulas.
4. Bawang putih cket sgt, ulas yg kecil sgt. Bawang putih ni tak blh byk untuk gulai, tak sedap nanti gulai kita. Kalau ikut saiz hujung lidi saja kata mek saya.
5. Cili kering dlm 10 tangkai, potong dan rendam air panas.
6. Halia sebesar hujung kelingking.
7. Asam keping 1.
8. Beras ditumbuk lumat dalam setengah sudu teh.
9. Garam dan gula secukupnya
10. Nise 1/4 kerek.

Cara-cara:
1. Udang cuci bersih, buang sedikit saja bhgn kepalanya dan ekor taj perlu buang...dan sejatkan
2. Blend b/merah, b/putih, cili kering dan halia.
3. Masukkan kesemua sekali bahan dalan periuk kecuali beras yang ditumbuk lumat tadi. Beras ni kita masukkan masa kuah dah menggelegak nanti.
4. Masak gulai ni, bila api dah dinyalakan mmg tak blh stop kacau kuahnya...kalau tak nanti gulai jadi berketul2. Perlu kacau sehingga dah menggelegak barulah blh stop dan kacau sesekali saja.
5. Dah menggelegak, masukkan beras ditumbuk lumat tadi dan garam gula juga nise. Tujuan beras ni adalah untuk pekatkan cket kuah dan hilangkan hanyir udang. Gulaipun lebih sedap sebenarnya.
6. Bila menggelegak, pelankan api dan biarkan dlm 10 minit.
7. Selepas tu boleh la dihidangkan.

Selamat mencuba.


Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...