Skip to main content

Donut Pandan Lembut dan Gebu...


Petang tadi masih "berkarya" dengan resepi2 yang disukai. Sekadar buat kuih2 yang bahannya mudah dan ada stok di rumah.

Entri kali ini saya ingin berkongsi cara buat Donut Pandan. Pertama kali saya buat Donut Pandan sebenarnya..pun begitu, tak ada perubahan kpd cara buatnya sebab Donut Pandan ni kita cuma letak air pandan atau pewarna hijau saja.

Donut ni sedap juga dibuat minum petang, bila kita makan panas2 hasil kreativiti kita sendiri. Kuih homemade ni sebenarnya lebih sedap banding dgn kuih yang kita beli sebab bila kita buat sendiri kita boleh ikut citarasa kita sendiri..bila siap boleh terus dinikmati masa kuih masih panas2 lagi...itu antara kelebihannya kuih buat sendiri ni.

Jom kita tengok bahan2nya:
1. Setengah kg gandum.
2. Satu biji telur
3. Setengah cawan fresh milk/susu cair
4. Dua sudu margerin/butter atau gantikan dengan minyak kalau tiada butter dan margerin.
5. Satu sudu ovalette (optional)
6. 3 sudu gula
7. Satu teh garam
8. Pewarna hijau
9. Air suam satu cawan (setengah cawan air panas campur setengah cawan air biasa)
10. Yis satu sudu besar
11. Susu pekat manis 3 sudu

Cara-cara:
1. Campurkan susu pekat manis, gula, dan yis dan satu cawan air suam dalam mangkuk...kacau sebati dan tutup. Biarkan dalam 10 minit untuk aktifkan yis.
2. Dalam bekas lain, campurkan tepung, garam, ovalette, dan butter, juga fresh milk yang telah dicampur dgn air pandan atau pewarna hijau. Gaul rata.
3. Dalam adunan yis tadi, bila dah berbuih slps 10 minit. Campurkan telur didalamnya, kacau serata.
4. Masukkan adunan yis dan telur tadi dalam mangkuk tepung. Gaul rata dan uli dalam 10 minit. Kemudian adunan ditutup dgn kain dan diketepikan dalam 30-40 minit.
5. Slps 40 minit, uli adunan, boleh canaikan atau tekan dgn tapak tangan untuk keluarkan angin yang terperangkap. Uli dalam 5 minit.
6. Kemudian bentukkan adunan menjadi bulat..dlm 50g untuk satu biji. Leperkan sedikit adunan dan lubangkan tgh2 nya. Saya guna tutup botol yang kecil, bagi memastikan bentuk donut kita cantik.
7. Bila dah siap dibentuk, tutup adunan dengan kain dan biarkan dlm 20 minit. Dan boleh digoreng.
8. Pastikan Donut digoreng dengan api yang sangat perlahan..mmg perlahan sgt. Minyak jgn panas sgt masa nak masukkan Donut di permulaan, nanti Donut terus hangus...hehe.

Setelah siap digoreng, sejukkan sebentar dan boleh digaulkan dengan gula icing atau gula castor..mana2pun boleh. Untuk kali ni saya guna gula icing.

Selamat mencuba buat semua! Memang sedap dan lembut gebu gebas...








Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe