Skip to main content

Cucur Manis Rangup...


CUCUR MANIS RANGUP
anggerikdesa

Petang ni dah "stuck" juga dah idea nak buat apa untuk minum petang..

Intai di kabinet, masih ada stok gandum dua paket lagi... teringat cucur manis yang viral hari tu...makanya buatlah..viralnya dah berlalu pun sebenarnya, cuma saya baru berkesempatan buat...😅

Seronok buat cucur ni..sebab ada "kekdah" nya tersendiri. Cucur pun ada kaedah dan peraturannya untuk ia menjadi bulat2 dan kembung elok begitu...inikan pula kita manusia...mestilah perlu ada peraturan dan sistem tertentu...kalau tak ada sistem nanti huru-hara lah kejadiannya...dan kalau dah ada peraturan tak mau patuh pulak satu hal juga....hehe...amboihh sempat lagi ya😅

Cucur ni memang viral bulat-bulat macam gitu...perlu "bulat-bulat" dan kembung kejadiannya😁 ralit pula membuatnya...saya buat dua cawan saja tadi...dpt 24 biji. Cukup untuk minum petang seisi keluarga.

Jom kita tengok bahan2nya sangat mudah, hanya tiga bahan saja, iaitu gandum, air dan gula. Dan opkos la minyak untuk menggoreng.

Bahan2:
1. Dua cawan gandum
2. Satu cawan setengah air panas. Air panas betul ya..yg lepas menggelegak tu...Boleh tambah dlm 1/4 cawan lagi pun tak mengapa. Maks 2 cawan saja
3. Gula tiga sudu.

Cara2:
1. Gandum dan gula digaul rata terlebih dahulu.
2. Masukkan air panas dan kacau dengan sudip sehingga tidak melekat di bekas adunan.
3. Bulatkan kecil2 saiz cucur..tapak tangan mesti disapu minyak supaya cucur ni mudah untuk dibentuk bulat. Gunakan dua tapak tangan.
4. Bagi mengelakkan cucur merekah semasa digoreng..basahkan tapak tangan kita dan campurkan dgn minyak masak tadi di tapak tgn dan bulat2 kan sekali lagi bebola cucur tadi..kita lekapkan cucur tu dgn air akan mengelak ia merekah bila digoreng. Goreng dgn minyak yg betul2 panas. Mainkan api supaya cucur masak kuning keemasan secara sekata.

Siaplah cucur manis rangup ini dan boleh dinikmati seisi keluarga. Ada juga yang panggil cucur kembung...hehe nacam2 panggilan...tak mengapa nak panggil apa pun, asal jangan panggil cucur gemokk sudah la..rasanya memang sedap terutamanya bila dimakan masa panas2 tu...rangup!






Selamat mencuba!

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...