Skip to main content

Kuih Cara Manis Sedap dan Lembut...

Dessert menjadi pilihan di Ramadan ketiga adalah "kuih Cara". Kuih Cara ni adalah antara kuih tradisional orang2 tua dulu2 juga. Kalau kena membuatnya kuih ini memang sedap. Rasanya yang lemak2 manis dan lembut dengan lelehan air gula di dalamnya memang menggamit rasa nikmat sedapnya kuih ini.

Kuih cara ini sangat mudah untuk disediakan yang penting kena ada acuannya. Kuih ini hanya menggunakan bahan yang memang tersesia ada di rumah. Kuih ini boleh dicantikkan dengan pelbagai warna, tapi kebiasaannya untuk kuih cara ni kebanyakan memilih warna pandan dan warna kuning sahaja. Saya memilih warna pandan, warna sebenar untuk kuih ini cara ini.

Jom kita layan bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan:
1. Gandum 3 cawan
2. Air putih biasa 2 cawan
3. Setengah cawan air daun pandan
4. Telur dua biji
5. Santan 1 kotak kecil
6. Garam setengah sudu teh
7. Gula secukupnya.
8. Tiga helai daun pandan

Cara-cara:
Campur semua sekali bahan dan blend bersama kecuali daun pandan di blend berasingan dgn setengah cawan air untuk diambil airnya. Adunan kemudiannya ditapis kalau rajin. Kalau tidak, boleh terus saja begitu tidak perlu ditapis. Tujuan ditapis untuk mengelakkan ada adunan yang berketul.

Kemudiannya adunan ini blh dibakar dlm acuan kuih cara dengan api yg sangat perlahan. Sebelum dibakar panaskan acuan dulu dan disapukan minyak masak pada setiap kali membakar. Selepas semua adunan dimasukkan dlm acuan, susuli pula dengan memasukkan gula dalam satu sudu teh bagi setiap satu. Acuan selepas tu perlu ditutup dengan tutup periuk. Adunan akan masak dlm masa tidak sampai 5 minit.

Selepas masak pasangkan kuih ni seperti dalam gambar dan kuih siap untuk dihidangkan. Kuih ni sangat sedap dimakan panas2 tapi jaga2 dengan air gula didalamnya, kalau panas sgt nanti melecur lidah...



Selamat mencuba buat semua!

Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe