Skip to main content

Mee Goreng Sedap...

Mee goreng ni kisah dua hari lepas. Goreng mee untuk breakfast. Terus dengan brunch. Jadinya hari tu tak masak tengah hari..makan mee ni sampai ke lunch. Dah tak ada idea untuk masak lauk tengah hari, justeru makan dulu mee goreng ni...petang baru masak lauk.

Ada alkisah di sebalik goreng mee ni. Ni citer zaman2 saya di universiti dulu bagaimana saya dpt idea cara goreng mee yang simple dan sedap. Mee ni bawang dia tak blh byk mcm kita goreng mee hoon sbb nanti dia tak sedap.

Ideanya dapat drpd salah seorang kawan serumah dari belah utara...saya tgok dia goreng mee tak guna bawang merah kecik dan tak blend apapun, itu yang menjadikan bahan tumis tu tidak berat sangat dan mee goreng tu mmg tak bagi kita rasa muak...semua bahan dia mayang saja termasuk cili besar...dari situ la saya dapat idea dan tips goreng mee yang tidak muak dan sedap. Cara buatnya saya ubahsuai cket ikut citarasa saya.

Bahan2:
1. Mee kuning satu kg
2. Bawang holland satu labu dimayang
3. Bawang putih lima enam ulas ditumbuk pecah2 saja.
4. Enam tangkai cili merah yang besar tu diblend. Jangan lumat sgt. Kalau rajin better tumbuk sbb kita tak mahu hancurkan sgt cili tu
5. Cili api tiga empat tangkai dipotong2 kecil (optional sekiranya suka pedas)
6. Sos cili
7. Garam gula secukupnya.
8. Rencahnya terpulang, sama ada ayam, sotong, udang, telur, daging dsbnya.
9. Minyak masak dlm setengah cawan
10. Sedikit kicap
11. Satu sudu sos tiram (optional, kalau tiada tak perlu masuk)

Cara2:
1. Mee dilerai2kan dan disiram air dan disejat.
2. Panaskan minyak masak dlm kuali.
3. Tumis bawang putih dulu dan bila sedikit kekuningan diikuti dgn bawang holland.
4. Masukkan cili besar yang diblend. Tumis dlm lima enam minit. Masukkan sos.
5. Kemudian, masukkan sotong. Biar sehingga sotong masak. Dalam tujuh lapan minit saja. Masuk gula dan sedikit garam saja. Mengapa sedikit, sebab mee tu sendiri dah masin juga.
6. Masukkan sayur, dan kacau serata seketika. Kemudian blh terus masuk mee kuning, masukkan sedikit kicap (saya tak suka sgt mee yang gelap dek warna kicap, jadinya kicap saya masukkan hanya sekadar unk beri rasa lemak2 manis masin kicap saja dan bukan untuk gelapkan mee saya tu...nanti tak cantik mee tu..hehe) dan sos tiram dan tambah air dlm setengah cawan.
7.Perlahankan api dan tutup sekejap untuk lembutkan mee. Biasanya dlm tiga empat minit bergantung kpd mee dah lembut atau tidak. Kalau air dah kering dan mee masih keras tambah sedikit air lagi.
8. Bila mee dah lembut, besarkan sedikit api dan goreng dalam lima enam minit...make sure masa tutup tadi jgn sampai mee kembang terlebih lembut ya...tak sedap mee goreng kita nanti...

Taraaa..siap untuk dihidangkan. Kalau famili saya, mee goreng ni dihidang dengan limau nipis. Perahan limau nanti akan menambahkan kesedapan mee tu, bila rasa manis, masin dan pedas bergabung dgn rasa masam sikit2...mmg sedap la rasanya..kena cuba dulu baru tahu...





Salam hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe