Skip to main content

Lepaskan Segala Belenggu Masa Lalu...


Terkadang kita terbelenggu dengan suatu rasa yang sukar diterjemahkan. Terjemahan itu ada namun tersekat di dalam hati cuma...tidak terluah dek kerana sesuatu yang mungkin sangat peribadi.

Memendam kepedihan dan kelukaan dalam tempoh yang agak panjang adalah sesuatu yang tidak baik kepada kesihatan kita. Belajar lah untuk melepaskannya. Learn how to let go and free yourself and letting go of the past.

Semua orang dalam kehidupan ini memilih untuk menjaga privacy masing-masing kerana itu memilih untuk memendam di hati bagi sesuatu yang amat peribadi.

Sesungguhnya kita perlu tahu bahawa apa yang kita pendam itu, memang secara nyatanya dilihat tidak memberi kesan kepada diri tetapi hakikatnya secara dalamannya lama kelamaan ia akan terus menyiksa batin dan menderita kan diri...secara perlahan-lahan ia akan memakan diri, merosak jiwa, dan menghakis bahagia dan rasa tenang...dalam tempoh yang lama ia memberikan kesan yang sangat besar kepada diri...justeru, belajarlah untuk melepaskannya.

Jangan kita berfikir "oh tak mengapa..nothing happen..hanya dok dalam hati saja"..sebenarnya, itu pemikiran kita saja, tapi tanpa sedar biologi badan kita tidak begitu...biologi badan kita mempunyai sistemnya yang tertentu yang berhubung di antara satu sama lain...kesan paling nyata adalah kepada hormon kita dan tahap imunisasi badan kita...

Kita mungkin terlepas pandang kesan trauma kesedihan dan kelukaan yang terlalu lama dipendam akan memberikan kesan kepada hormon kita dan akhirnya hormon2 ini mempunyai prosesnya yang tersendiri yang akhirnya memberikan pula kesan/melemahkan tahap imunisasi diri dan menjadi punca kepada datangnya penyakit seperti pneumonia dan SLE (Sistem LUPUS Eritematosus).

SLE adalah penyakit kronik "autoimmune" di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Dan keadaan ini akan menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. Bacalah tentang penulisan berkaitan dengan pneumonia dan SLE ini, kita akan lebih memahami konsep2 dan proses yang berlaku bermula daripada punca dan simptonnya...nescaya kita tidak akan membiarkan diri kita untuk berada dalam situasi itu.

Justeru, belajarlah untuk melepaskan kenangan dan "rasa sakit" di masa lampau...jangan dibiarkan diri kita terus "disakiti" oleh rasa pedih dan sakit atas apa yang berlaku dan jangan biarkan ianya terus mengikat dan membelenggu diri kita...enjoy lah dengan kehidupan yang Allah berikan ini dengan kehidupan yang penuh dengan ketenangan, kedamaian, kebahagiaan, dan kesyukuran yang tinggi kepada Allah. Lalui dan jalanilah kehidupan ini mengikut syariat yang Allah telah sediakan kepada kita semua sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. 

Kita juga jangan lupa bahawa dosa-dosa masa lalu juga akan mengikat dan menjadi penghalang untuk kita mencapai rasa bahagia dan tenang...sebagai manusia kita memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan dosa. Justeru, sentiasa panjatkan doa kepada Allah, pohonlah keampunan dan terus istiqomah dan bertaubat atas segala dosa yang kita lakukan. Semoga dosa2 kita Allah ampunkan dan tidak menjadi penghalang untuk kebaikan dan kebahagiaan sampai kepada kita. Ilmu daripada Ustaz Nasrullah dan Datuk Dr. Muhaya banyak menyentuh tentang dosa yang menjadi penghalang untuk rezeki sampai kepada kita...Buku Magnet Rezeki banyak mengupas tentang hakikat ini. 

Sekadar perkongsian santai...semoga bermanfaat buat kita semua. Aamiin.

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe