Skip to main content

Koleh Lemak Kelate...


Semalam teringat nak makan koleh lemak. Makanya buatlah...

Alkisahnya, minggu lepas adik ipar letak di fb, mek saya tengah buat koleh lemak...aduhhhh sedap nyo😱 sebab saya memang suka kuih2 tradisional ore tua dulu2.

Makanya hari ni saya buat. Kuih ni sangat mudah untuk dibuat tapi leceh sikit la nak buat dia, tapi berbaloi sbb memang sangat sedap...bagi penggemar kuih2 orang lama la. Tang leceh tu, sebab bila buat kuih ni kena buat dua tiga perkara..kuih ni ada tiga bahagian kena buat..yang pertama kuih ibunya, kedua kuahnya dan ketiga sambal nyior dia...hehe sambal nyior ni yang malas cket...tapi sambal nyior ni la penyedap nya...makanya kena la buat juga...

Kuih koleh lemak ni hanya guna tepung beras, air, santan, kelapa, juga ikan rebus, bawang merah, halia, serai dan sedikit halba.

Jom kita tengok bahan-bahan kuihnya:
1. Dua cawan tepung beras
2. Empat cawan air dan satu kotak santan.
3. Sedikit garam
4. Setengah cawan gula
5. Halba satu sudu teh

Cara-cara:
Campur semua sekali dan kacau dalam kuali dengan api sederhana dalam setengah jam sehingga likat. Dah siap masukkan dalam loyang. Bila dan sejuk nanti boleh dipotong. Kuih ibunya ni mestilah tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut..yang penting ianya blh dipotong. Kalau keras nanti tak sedap dimakan dgn kuahnya..kalau lembut sgt nanti tak rasa pula tektur tepung tu..hehe




Bahan2 kuah:
1. Santan setengah kg
2. Halba satu sudu teh...blh lebihkan cket
3. Sedikit garam
4. Bawang merah 4 ulas dimayang
5. Halia satu inci dimayang dan dipotong panjang.
6. Gula satu cawan..tgok kpd tahap manis yang diinginkan.
7. Tiga sudu besar tepung beras.

Cara-cara:
Campurkan semua dalam kuali, kacau atas api sederhana..bila dah menggelegak dan kuah dah pekat, maka dah siap dab boleh tutup api.

Sambal kelapa:
1. Setengah biji kelapa parut digoreng tanpa minyak sampai garing. Api slow sgt.
2. Bawang merah lima enam ulas.
3. Sedikit halia.
4. Satu batang serai.
5. Nise/ gula melaka sekeping atau kurang cket.
6. Gula sedikit. Agak2 dlm satu sudu.
7. Sedikit garam
8. Ikan rebus. Ikan selayang atau kembung. Dua ekor ikan selayang/seekor ikan kembung.

Cara-cara:
1. Bawang merah, halia dan serai ditumbuk lumat.
2. Masukkan nise dan gula. Perlu agak2 tahap rasa manis dan masinnya...sambal kelapa ni perlu ke manis cket. Kalau masin tak sedap bila makan nanti.
3. Masukkan ikan rebus yg telah disisihkan tulangnya. Tumbuk bersama dlm bawang tadi hingga lumat dan sebati.
4. Kelapa yg digoreng tadi ditumbuk halus, kemudiannya digaulkan dgn bawang dan ikan yang ditumbuk bersama tadi. Gaul sebati kemudiannya ditumbuk sekali lagi untuk sebatikan sambal ni. Dah siap semua, sudah boleh dimakan. Kalau tak muat satu kali dalam lesung tumbuk..boleh buat dua kali dan selepas tu gaul rata sekali lagi dlm bekas bahan2 yang ditumbuk tadi.



Selamat mencuba buat semua kuih tradisional orang dulu2 yang sangat sedap rasanya...
Memang sedap bagi penggemar kuih2 lama.



Salam Hormat,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe