Skip to main content

Kuih Onde-onde Tradisi Kuih Berbuka Kelate...

Berbuka puasa ni tidak sah kalau tiada kuih manis gitu kan. Saya kebiasaanya memang buat sendiri kuih-muih berbuka. Jadinya bila PKP ni bazar ramadan tidak dibuka, saya tidak terasa sangat kerana sudah terbiasa menyediakan kuih sendiri.

Bukan apa...pilihan kuih berbuka saya adalah kuih2 tradisional Kelate. Kuih2 ini sedap kalau dibuat sendiri kerana boleh ikut taste kita..kalau di bazar mungkin tak kena dengan citarasa kita kan.

Semalam hari pertama berbuka, saya memilih untuk buat kuih "onde-onde". Kuih ini menjadi pilihan kuih pertama saya. Resepi kuih onde-onde ini saya telah shared di entri yang lalu..bagi yang berminat untuk mencuba boleh scroll down untuk resepi kuih ini ya.

Kuih onde-onde ni kiranya sangat popular di Kelate, juga di luar Kelate sebenarnya..cuma di luar Kelate, mungkin ada yang sedap dan mungkin adaa yang tak sampai rasanya tu. Kalau kebetulan kena dengan orang Kelate yang membuatnya mungkin boleh capai citarasa kita...tapi kadang-kadang kuih bagi tujuan bisnes ni berbeza sikit ummpphh nya berbanding kuih homemade yang kita buat sendiri.


Kuih ni memang antara kuih paling top la di Kelate kalau masa bulan puasa. Sedap dimakan manis2 masa berbuka...dan boleh diulang masa supper pulak dlm jam 10 mlm pekena dengan kopi o..memang meletop!

Kuih onde-onde ni paling mudah disediakan. Bagi yang berminat untuk membuatnya sebagai menu berbuka boleh mencubanya ya.

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...