Skip to main content

Bingka Kastard...



Petang ni buat kuih ini untuk minum petang, saya panggilnya Bingka Kastad sebab ada taruk kastad juga "berduet" dengan tepung gandum..😁.

Niat asal nak makan "Beke Kelate" style mek saya...adehhh g buat hok pesen ni pulok...kiranya Bingka Kastad ni inovasi dari "Beke klasik" la kerana apa, kerana telah dimasukkan kastad dan keduanya tak guna santan, tapi guna susu cair...kesimpulannya saya tetap suka "Beke klasik" nak2 hok mek saya buat..

Tapi anak2 suka Bingka Kastad ni..aduhaiii..tengok betapa beza taste kita "orang-orang dah senior" ni berbanding anak2 muda kan ...😂.
Begitu lah alkisahnya cerita nya kuih minum petang untuk petang ni.

Jom kita tengok bahan-bahannya:
1. Satu cawan gandum
2. Satu cawan susu cair
3. 3 sudu besar gula
4. 2 biji telur
5. Setengah cawan susu pekat manis
6. 2 cawan air
7. 3 sudu besar butter/margerin
8. 4 sudu besar tepung kastard
9. Secubit Garam
10. Daun pandan sehelai. Kalau tak ada tak mengapa

Cara-caranya:
1. Satukan gandum, gula, susu cair, susu manis, telur dan garam, dan simpulan daun pandan. Kacau rata hingga sebati.
2. Kacau atas api butter atau margerin, air, dan kastard. Kacau sehingga likat.
3. Kemudian masukkan bahan adunan di luar tadi dan kacau dgn api sedeehana sehingga sebati dan likat.
4. Adunan dimasukkan dalam loyang dan dibakar dengan suhu 160 C api atas bawah selama 50 minit. Loyang sapukan minyak dulu ya.
5. Selepas masak, dikeluarkan dari oven dan biarkan sejuk dalam sejam dulu. Masa mula2 masak, adunan memang nampak lembik dan tidak boleh dipotong...biarkan dulu sehingga betul2 sejuk barulah boleh dipotong dan disusun di pinggan.

Kuih ni rasa dia lemak2 manis gitu. Siapa penggemar kuih manis mmg on la. Bagi mereka yang tidak suka manis, mungkin tak berapa fav la kuih ni...tapi boleh cuba dulu, mana tahu suka kan...

Dan inilah rupa dia...



Selamat mencuba.

Salam hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe