Sekadar berkongsi pandangan dan pendapat saya dalam tips komunikasi berkesan
Komunikasi itu dikatakan berkesan apabila kedua-dua pihak berpuashati dan gembira dengan komunikasi yang berlaku. Mesejnya sampai dan maksudnya jelas.
Apakah perkara-perkara yang perlu hadir untuk memberikan rasa gembira dan rasa puas hati. Antaranya adalah:
1. Kedua-dua pihak faham dan jelas dengan maksud yang sama.
2. Tiada timbul tandatanya dalam hati masing-masing.
3. Tiada rasa sakit hati yang membawa kepada ketidakpuasan hati
4. Hadir rasa tenang dan lega selepas menamatkan komunikasi
5. Teruja untuk meneruskan komunikasi berikutnya.
6. Senyuman kekal di bibir sebaik sahaja komunikasi tamat.
7. Bersemangat untuk meneruskan aktiviti berikutnya.
8. Tiada 'suatu rasa' negatif yang terbuku dalam hati
9. Proses dalam interaksi berjalan lancar
10. Idea datang mencurah-curah tanpa sekatan dan halangan
Menurut Schinn (1976), kemahiran berkomunikasi adalah penting untuk mencapai keberkesanan dalam komunikasi, ataupun komunikasi berkesan. Kata Schinn, secara dasarnya, interaksi dan komunikasi yang hanya menggunakan akal atau hanya berlandaskan perasaan tidak akan membawa kepada kesan komunikasi yang mendalam.
Bagi mencapai komunikasi berkesan setiap orang perlu menggunakan kematangan dan kebijaksanaan serta kemahiran daripada pelbagai aspek. Kematangan dalam menghadapi dan menangani situasi yang tidak dijangka dan sentiasa berubah-rubah. Kebijaksanaan memilih kata-kata agar maksudnya yang ingin disampaikan boleh sampai dengan jelas kepada penerima, dan tiada menyinggung dan melukakan hati mana-mana pihak. Kemahiran menjangka awal, membaca air muka orang juga penting dalam memastikan komunikasi berkesan.
Justeru, kunci utama dalam jaminan komunikasi berkesan adalah ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, kematangan, dan kemahiran dalam diri yang sentiasa mengiringi setiap komunikasi itu. Segalanya ini bukan sukar untuk kita peroleh andai kita inginkan yang terbaik dalam setiap interaksi dan perhubungan sesama insan. Ilmu Allah ini luas, timba lah dan carilah di mana-mana jua....minat kepada membaca juga merupakan salah cara untuk kita terus menambah ilmu dalam diri, dan sekaligus mengasah kebijaksanaan dan kematangan kita dalam berhadapan dengan apa jua situasi.
Jom semua!
Mulai hari ini mari kita amalkan tips yang dikongsikan ini bagi membina komunikasi berkesan. Nescaya hidup kita lebih positif, ceria dan tenang...kebahagiaan akan selalu menyinari kehidupan kita semua bak kuntuman bunga yang sentiasa mekar dan mewangi. InshaAllah!
Salam Hormat
RZH

Comments
Post a Comment