Malam ni sebenarnya masih rasa malas nak menulis, tapi saya jenguk juga la ke blog ni yang sudah lebih seminggu saya tidak menulis apa-apa . Masih penat agaknya selepas kembali dari bercuti. Keinginan untuk menulis tu ada, tapi 'kemalasan' yang bertenggek ni juga boleh tahan juga darjah kemalasannya...namun selepas solat isyak, saya gagahi juga capai 'notebook' di birai katil dan mula menitipkan tulisan ini.
Dalam entri ni kita tidak bercerita dulu tentang percutian saya dan husband di Hatyai dan Songkla pada 23 hingga 25 Disember 2015 lalu. Tapi kita bercerita dulu tentang persiapan untuk bercuti. Cerita tentang Hatyai dan Songkla kita tunggu mood dan tenaga lebih okay sedikit....jadinya tentang percutian itu kita bercerita di entri akan datang.
Sebelum kita pergi kepada panduan untuk bercuti, mari kita fahami dulu maksud sebenar bercuti itu sendiri. Mengikut Kamus Dewan, percutian ini bermaksud sesuatu yang membawa kepada perkara-perkara yang melapangkan fikiran, sesuatu yang berkaitan dengan keseronokan. Kalau mengikut fahaman saya, secara ringkasnya bercuti dalam konsep percutian ini adalah apabila kita merehatkan diri kita, menyantaikan diri kita, dan melapangkan minda dan fikiran kita dengan perkara yang santai dan totally lari daripada kesibukan kerja seharian di pejabat. Pada masa ini, kita langsung tidak memikirkan urusan kerja dan hanya merehatkan fikiran dengan menikmati keindahan tempat orang, menikmati kesedapan makanan di tempat orang dan enjoy dengan shopping atau window shopping. Dan melayan keronokan dengan orang-orang yang menemani kita semasa bercuti, sama ada keluarga atau rakan-rakan.
Banyak manafaat yang kita peroleh dengan mengamalkan konsep 'bercuti/melancong pada setiap tahun'. Antaranya adalah, kita dapat:
1. Merehatkan dan menyantaikan minda. Membebaskan diri seketika daripada memikirkan soal pekerjaan dan tekanan seharian di tempat kerja.
2. Menikmati keseronokan dan kegembiraan dengan melawat tempat orang, melihat dan memahami cara kehidupan, budaya dan adat resam orang lain. Menambah pengalaman dan pengetahuan. Lebih mematangkan kita.
3. Mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dalam keluarga. Masing-maing ahli keluarga akan rasa dihargai dan diberikan perhatian.
4. Memuhasabah diri dan 'recharge' semula tenaga dalam diri dengan aura positif dan kembali semula bekerja dengan rasa yang lebih fresh, lebih bersemangat dan lebih bermotivasi.
5. Menikmati dan mengkagumi kebesaran dan keindahan alam ciptaan Ilahi supaya kita lebih dekat kepadanya dan menyedari bahawa kita hanya insan kerdil sahaja di dunia ini. Segalanya milik Allah. Daripada sini, kita akan lebih menginsafi diri.
Mengenai persiapan bercuti, semua orang perlu merancang dengan baik setiap percutian yang dibuat, tidak kira la percutian dalam Negara atau luar Negara...dalam Negara tu mungkin tidak perlu serius sangat merancang sebab kita berada dalam Negara kita sendiri, dan tiada dokumen-dokumen penting yang perlu diberikan perhatian dan dibawa bersama. Bila dalam Negara sendiri, budaya kita dan rutin kehidupan kita, bahasa pun dalam bahasa kita, dan makanan pun memang makanan rutin kita, makanya tak perlu risau...
Namun untuk bercuti ke luar Negara, kita perlu ambil berat dan ambil serius sedikit beberapa perkara penting. Saya kongsikan beberapa langkah atau panduan yang wajib saya buat sekiranya merancang untuk bercuti ke luar Negara.
1. Passport
Pastikan passport kita masih sah tarikh tamatnya, sekurang-kurangnya masih ada 6 bulan lagi tempoh tamatnya pada tarikh kita akan bercuti.
2. Research
Buat sedikit research tentang tempat yang akan kita pergi. Dapatkan maklumat yang betul dan mencukupi, antaranya adalah tentang mata wangnya, tempat-tempat menarik yang boleh dilawati atau wajib dilawati, tempat makan halal, hotel yang bersesuaian, tempat shopping, jenis kenderaan awam yang ada di sana, teksi mana yang selamat digunakan, dan macam-macam info lagi yang boleh kita dapat daripada pembacaan nanti. Ini penting bagi memberikan keselesaan dan memudahkan kita semasa berada di sana nanti. Dan yang lebih penting adalah, bila semua info dalam tangan kita, maka kita akan lebih confident bila berada di tempat orang. Pada saya, adalah wajib untuk saya baca Wikipedia tentang tempat itu, baca blog-blog percutian yang menulis tentang tempat itu, dapatkan info melalui pengalaman orang lain, sama ada pengalaman yang baik atau tidak baik, kerana semua ini perlu untuk kita semasa berada di sana nanti. Kalau pengalaman yang baik, maka kita boleh lakukan perkara yang sama, kalau pengalaman yang tidak baik, maka kita boleh berhati-hati dan berwaspada daripada awal.
3. Tempahan Hotel
Tempahan Hotel perlu dibuat awal. Jangan sesekali bercuti ke luar Negara dengan main redah dan terjah sahaja (kalau percutian dalam Negara, tak ada masalah untuk main redah sahaja) tanpa membuat tempahan awal untuk hotel penginapan. Saya selalunya membuat tempahan sama ada melalui Agoda atau Booking-com. Kedua-duanya memberikan servis yang terbaik. Setakat ini saya belum lagi bermasalah dengan keduanya. Cuma untuk ke Hatyai ni, saya pertama kali mencuba Expedia.com....ya servisnya juga terbaekk. kebanyakan orang suka tempahan melalui Trivago...boleh mana-mana pilihan sahaja yang anda selesa.
4. Persiapan pakej lawatan ke tempat Menarik di Sana
Saya galakkan supaya anda tidak membuat tempahan awal untuk urusan ini. Sebab, bila kita dah sampai di sana, dan dengan info yang mencukupi yang ada dalam tangan kita, kita sudah boleh bergerak sendiri ke tempat-tempat berkenaan walaupun tanpa mengambil pakej. Walau bagaimanapun, andai di sana nanti kita decided untuk cari pakej kerana ianya lebih mudah sebab orang tempatan di sana yang akan bawa kita ke situ sini tanpa kita perlu risau lagi. Makanya kita boleh lakukan bila kita dah sampai di sana. Banyak channel yang ada di sana, melalui bantuan pihak Hotel, melalui orang yang kita jumpa di sana, mereka boleh advise kita (tapi berhati2, jangan tertipu), kadang-kadang kalau rezeki kita baik, Allah temukan dengan orang sebangsa kita di sana, mungkin dia dah bermestautin di sana dan kebanyakannya ikhlas untuk membantu kita sepanjang kita berada di sana.
5. Persiapan makanan (sekiranya perlu)
Saya tengok kepada tempat yang ingin dituju, kalau sekitar asean, kebiasaannya saya hanya bawa jajan2 untuk peneman kunyah semasa dalam perjalanan atau semasa di bilik, coffee 3 in 1 memang wajib dibawa. Kalau ke Europe (ni citer masa dulu-dulu, urusan kerja rasmi, ketika menguruskan exhibition di peringkat antarabangsa)... haahh yang ini memang sampai ke rice c0oker kecil, beras, makanan dalam tin, serunding, maggi dan mcm2 lagi yang dibawa. So, kali ni ke Hatyai dan Songkla saya cuma bawa sedikit jajan untuk makan di perjalanan, dan coffee 3 in 1 sahaja (itupun tak sentuh langsung, sebab di Hatyai, rupanya coffee dia sedap sesedap di Vietnam juga, jadi tak perlu bancuh coffee di bilik lagi, lagipun trip perjalanan memang full, balik bilik mandi dan terus tidur, tak ada bancuh coffee lagi)
6. Pesiapan ubat-ubatan
Ini wajib. Jangan ambil mudah, jangan fikir yang kita tak akan apa2 di sana...semuanya adalah kuasa Allah, kita tak tahu apa yang akan berlaku...jadinya bawalah ubat-ubatan asas. saya memang wajib bawa, Panadol, Panadol soluble, minyak angin, balm, minyak gamat dan pil chit kit teck aun (pil chit kit teck aun ni tak pernah guna pun, tapi tetap akan bawa juga)...ini memang wajib saya bawa kalau saya bercuti jauh sikit...maklumlah kejap sakit kepala, kejap sakit badan, dan macam2 lagi.
7. Tukaran Mata Wang
Buat tukaran mata wang di mana-mana money changer yang ada. Ada setengah orang suka tukar di Airport kerana katanya lebih tinggi nilai yang diperoleh...Ada yang suka tukar di Airport Negara yang dilawati (Saya advise jangan sesekali amalkan ini, takut berhadapan dengan kesulitan yang di luar jangkaan). Saya memilih untuk menukarkan mata wang siap-siap dalam sehari dua sebelum bertolak. Senang dan tak perlu fikir lagi...perjalanan lancar dan tak perlu fikir tentang ini lagi. walau bagaimanapun, sentiasalah membawa juga bersama mata wang kita dalam sejumlah yang kita rasa sesuai untuk bawa, in case apa2, ada keperluan nanti. Namun bagi yang telah berhubung dengan pihak Bank untuk setting pengeluaran wang di ATM luar Negara, makanya ia lebih mudah dan tak perlu bawa bersama duit dalam matawang kita. Kalau ada keperluan tambahan nanti, keluarkan sahaja di mesin ATM di sana. Saya kebiasaannya belum pernah melakukan begitu lagi, kerana itu saya sentiasa bawa juga duit dalam matawang kita, just untuk standby in case ada keperluan tambahan di luar jangka.
8. Persiapan kasut travel dan sling bag dan beg sandang
Pada saya yang ini juga wajib. Bila travel jauh, gunalah sling bag yang saiz kecil dan sederhana sahaja...muat untuk passport, dan duit sahaja, juga beberapa stuff kecil yang lain (yang wajib sahaja). Barang yang lain tu semua masukkan dalam beg sandang...dan pakaian juga barang-barang besar of course la dalam beg pakaian. Pemilihan kasut juga penting. Pakai kasut yang sesuai, flat dan mungkin lebih kepada sporty sedikit.
9. Persiapan pakaian
Pilih pakaian yang ringkas, selesa dan mudah dipakai. For sure yang menutup aurat kita la. Kira pakaian yang kita perlukan mengikut bilangan hari kita berada di sana. Sesuaikan pakaian dengan tempat-tempat yang bakal dilawati. kebiasaannya jeans, t-shirt atau blouse sahaja. Kalau saya, blouse semasa travel memang yang berwarna hitam sahaja menjadi pilihan saya...saya lebih selesai dengan warna hitam atau warna gelap dan yang jenis kain lembut tidak perlu digosok. Begitu juga pemilihan tudung, lebih kepada warna gelap juga, namun ada juga warna lain yang dibawa. Tudung yang dipilih juga mestilah tudung yang mudah dipakai, tak perlu digosok dan elok terletak sahaja di kepala. Jangan yang fancy fancy sangat, nanti panas dan rimas bila travel seharian ke situ ke sini...balik hotel dah malam...nanti bila diri tak selesa, mula tak enjoy untuk berjalan-jalan dan bergambar.
10. Persiapan packing
Saya jenis yang tidak suka kelam kabut last minute. Jadinya, bila setiap kali nak ke mana2, tak kisah la sama ada balik kampung ke, ke bengkel/kursus, atau bercuti, saya memang jenis yang packing sehari atau dua hari awal. Sehari sebelum bertolak, semua urusan packing mesti dah selesai. Malam terakhir tu cuma final check untuk semua keperluan, dan membuat kemasan sahaja.
11. Hari Bertolak
Pastikan tiada barang yang tertinggal, terutamanya dokumen penting seperti passport. Sebab tanpa passport maka tiada istilah untuk masuk ke Negara orang. Kat Border Imigresen nanti tak boleh lepas, makanya bercuti sajalah kat border tu...hehehe. Justeru, dalam hal ini, saya suka sediakan check list. Mudah untuk saya kosongkan fikiran saya tanpa perlu semuanya diletakkan dalam fikiran..nanti mudah pening dan rasa berserabut. Just buka check list, dan tick semua perkara yang sudah dibawa/perlu dibawa...kemudiannya berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan percutian ini dan dijauhkan daripada sebarang kesulitan. Selamat pergi dan selamat kembali. Sepanjang perjalanan, amalkan sentiasa beristigfar dan berzikir....
Cukup dulu untuk penulisan kali ini, mata saya pun sudah mula mengantuk, badan juga dah rasa agak penat. Alhamdulillah, malam ni dapat juga saya titipkan sesuatu...nanti penulisan akan datang saya kongsikan pengalaman menarik sepanjang berada di Hatyai dan Songkla.
Salam Hormat
RZH

Comments
Post a Comment