Resepi ni adalah resepi paling best...memang masakan pure kelate. Resipi ni memang resepi turun temurun emak saya. Sesekali saja saya buat, kalau ikutkan hari-hari saya nak makan ketupat sotong ni, tapi malas punya hal, maka tak ada la hari-hari saya boleh makan. Kalau emak saya buat memang lagi sedap la...tiada tandingan seantero dunia..hehehhe...itu memang konpom!
Okey kita terus kepada bahan-bahan dan cara membuatnya ya.
Bahan-bahan:
1. Sotong yang besar-besar 10 ekor
2. Pulut dalam anggaran setengah kilo. Basuh bersih dan rendam sekejap
3. Dua/tiga keping Gula Melaka (ore kelate ckp 'Nise'..ini paling penting)
4. Gula dalam lima enam sudu besar...terpulang kepada tahap kemanisan yang diinginkan. Tapi ketupat sotong ni perlu manis, memang dia makanan perlu manis, kalu tidak gak tak sedap...
5. Santan dalam RM4. Biar pekat cket kuahnya.
6. Daun pandan sehelai disimpul comey
7. Lidi dipotong dalam seinci setengah; Saya guna lidi satay aje yang boleh dibeli di mana-mana pasaraya.
Cara-cara:
1. Cuci dan basuh bersih sotong. Ada setengah orang kulit luar sotong dikikis bersih sampai putih. tapi saya tidak. terpulang kepada cara masing-masing ya dalam membersihkan sotong. Biar seekor-sekor macam gitu, jangan dipotong. tapi kepalanya memang perlu dipisah dengan badan la semasa proses mencuci itu...ringkas kata cuci macam biasa ya.
2. Santan sudah siap diketepikan dan disingkan santan kepada dua bekas. satu bekas dicairkan sedikit dengan mungkin ditambahkan dalam tiga perempat cawan air. satu bekas lagi biar kekal dalam kepekatan asal.
3. Beras puluh perlu direndamkan sekejap mungkin dalam 15 minit bagi tujuan melembutkan pulut berkenaan. Tetapi selalunya saya tak rendam pun...terus aje basuh dan masukkan dalam perut sotong tadi. Masukkan pulut jangan penuh satu badan sotong tu ya...sebab nanti bila pulut tu dah kembang nak masak, dia terkeluar daripada perut sotong tu. Jadi masukkan dalam tiga perempat badan sotong, longgar longgar aje pulut tu, jangan ketat dan penuh sangat, nanti dalam proses masak pecah pulak perut sotong.. kemudiannya tutup muncung sotong tu dengan kepalanya dan sematkan dengan dua lidi yang dipotong tadi secara bersilang. tujuannya bagi mencantumkan kepala dengan badan sotong dan menghalang pulut daripada keluar semasa proses memasak nanti.
4. Selepas dah siap proses pada nombor 3, semua sotong tadi dimasukkan dalam periuk mengikut saiz yang sesuai ya. kat periuk tu boleh alaskan dulu dengan daun pisang...tapi kalau tak ada tak mengapa la...lapik dua sudu di dasar periuk dan lepas tu barulah susun sotong tu molek-molek. Daun pisang tu sebenarnya nak bagi beri Wangi daun pisang tu meresap dalam kuahnya...dan nak elakkan daripada cepat hangit juga....masukkan santan hingga tenggelam sotong tu, kemudiannya letak daun pandan yang disimpul comey tadi...hehehhe....lepas tu letak atas dapur dengan api yang sederhana...api tak besar sangat, tak kecik sangat...tujuannya nak bagi lembut sotong tu dan lembut pulut juga...jangan lupa tutup ya.
5. Agak-agak lah ya...kalau dah menggelegak dalam 20 minit...masukkan pula santan pekat tadi. diikuti dengan gula dan 'nise' atau gula Melaka. agak-agak saya dalam 40 ke 50 minit dah masak dan boleh diangkat. boleh ambik cket pulut dalam sotong tu dan rasa kalau dah lembut maka masak la ia.
Boleh la dihidangkan untuk suami dan anak-anak atau tetamu...taraaaa...
Sekiranya masih ada pulut yang berlebihan yang telah kita rendam tadi, dan sotong dah habis disumbat dengan pulut, saya selalu akan bungkuskan lebihan pulut tu dengan daun pisang..dan masukkan sekali dalam periuk yang kita nak masa ketupak sotong tadi. Pulut yang dibungkus dengan daun pisang dan dimasak bersama dengan kuah ketupat ni memang sangar sedap bagi saya...aroma daun pisangnya, dengan kelembutan pulutnya bila masak nanti dan dicampur pulak dengan kuah ketupat sotong tu memang sangat menggoda keinginan untuk terus makan sebaik sahaja ianya masak. Saya kongsikan gambarnya di sini.
Sekiranya masih ada pulut yang berlebihan yang telah kita rendam tadi, dan sotong dah habis disumbat dengan pulut, saya selalu akan bungkuskan lebihan pulut tu dengan daun pisang..dan masukkan sekali dalam periuk yang kita nak masa ketupak sotong tadi. Pulut yang dibungkus dengan daun pisang dan dimasak bersama dengan kuah ketupat ni memang sangar sedap bagi saya...aroma daun pisangnya, dengan kelembutan pulutnya bila masak nanti dan dicampur pulak dengan kuah ketupat sotong tu memang sangat menggoda keinginan untuk terus makan sebaik sahaja ianya masak. Saya kongsikan gambarnya di sini.
Selamat mencuba buat semua. Terus terang daripada saya, ketupat sotong ni memang sangat sedap. Saya memang tersangat suka ketupat sotong ni. Tapi bagi mereka yang tak suka manis, dan tak suka kombinasi sotong dan pulut yang dikatakan kombinasi ini tak ngam, maka sudah pasti tak suka la...tapi rata-rata ore kelate memang suka masakan ni....
Salam Hormat
RZH
Comments
Post a Comment