Skip to main content

Tips Meraih Kecemerlangan

 

Assalam buat semua...
 
Terlebih dahulu aku panjangkan rasa syukur ke hadrat Allah di atas segala kurniaanNya buat diriku. Aku sekadar ingin berkongsi pengalaman yang dilalui dan tips meraih kecemerlangan melalui pengalaman ini. Mungkin pengalaman ini dapat menjadi motivasi kepada semua dalam mengejar cita-cita dalam pengajian. Setelah hampir 3 tahun aku kembali dari bercuti belajar, kini baru mempunyai masa dan terbuka hati untuk menulis tentang pengalaman aku semasa mengikuti pengajian Sarjana Komunikasi Korporat di UPM pada Jun 2010 yang lalu.
 
 
Aku meninggalkan organisasiku pada Jun 2010 selepas diluluskan untuk bercuti belajar di peringkat sarjana selama satu setengah tahun. Aku memilih bidang komunikasi korporat kerana ini merupakan bidang yang sangat aku minati. Boleh dikatakan bidang ini adalah 'soul' aku. Semasa di pengajian peringkat Ijazah Sarjanamuda juga bidang ini merupakan bidang pilihan aku. Tambahan lagi memang organisasi tempat aku bekerja ingin aku mengambil bidang ini bagi tujuan pelapis di masa akan datang.
 
 
Aku memilih UPM untuk merealisasikan cita-citaku ini, kerana daripada Universiti Awam (UA) yang ada, UPM adalah yang terbaik bagi bidang komunikasi korporat. Dengan kata lain, UPM adalah 'juara' dalam bidang ini. Sepanjang pengajian di sini, Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Sebenarnya pada awal pengajian, banyak perkara yang negatif yang menyesakkan fikiran aku. segala unsur negatif ini sebenarnya boleh mengganggu aku. Kerana itu, aku cepat-cepat mencarikan jalan penyelesaian untuknya...

Sekadar ingin berkongsi, apa sebenarnya yang hadir dalam fikiran aku ini sangat memberikan rasa cemas dan rasa stress kepada aku. Apa yang hadir itu adalah:

1. Dengan usia aku ini, mampukah lagi untuk aku berjaya dalam pengajian. Masih mampu kah aku mengingati segala apa yang dipelajari. Bagaimana dengan daya ingatan di peringkat usia sebegini?

2. Andai aku gagal, memang besar risiko yang bakal aku hadapi. Risiko perlu membayar balik kontrak perjanjian dengan pihak Kementerian yang memberikan biasiswa sepanjang pengajianku ini, yang membawa kepada angka beratus ribu (bila pecah kontrak). Risiko malu yang tidak dapat kubayangkan, terpaksa balik semula bertugas, namun tanpa segulung ijazah seperti yang diharapkan. Di mana aku nak letak muka...sudah pasti imej dan reputasi aku akan tercalar di mata Pengurusan Tertinggi, di mata rakan-rakan seperjuangaan, dan di mata staf semua.

Allahuakbar, bila memikirka dua perkara ini, aku jadi takut dan diburu keresahan. Dalam saat-saat sebegini, aku tidak ingin rasa ketakutan dan keresahan itu berpanjangan membelenggu kehidupan aku sebagai pelajar...maka aku melakukan sesuatu dengan menyuntik satu kekuatan dan mempraktikkan semua ilmu yang telah kupelajari walaupun sekelumit ini.

Bagi menghindarkan rasa ketakutan dan kebimbangan yang hadir, aku lakukan ini:

1. Janji Kepada Diri
Aku mengikat diri ini dengan satu janji. Janji bahawa aku perlu berjaya dengan cemerlang. Perlu buktikan bahawa usia bukan penghalang kepada sebuah kejayaan. Derita dan luka yang ada dalam diri jua bukan penghalang kepada sebuah kejayaan.

2. Neuro Linguistik Programming (NLP)
Aku terapkan dalam diri ilmu Neuro Linguistik Programming (NLP) yang pernah aku hadiri kursusnya beberapa tahun lalu. Kunci utama NLP adalah kita perlu membayangkan semua yang positif dalam fikiran kita...bayangkan yang kita akan berjaya dengan cemerlang, visualkan semua itu dalam fikiran kita...setiap saat dan setiap ketika, fikirkan berjaya sahaja. NLP menyatakan "Kita adalah apa yang kita bayangkan".

3. DOA dan DHUHA
Akhir sekali, tidak lain dan tidak bukan adalah DOA kepada Allah. Sentiasa meminta dan berdoa kepada Nya agar dipermudahkan segala urusan pengajian ini. Diberikan pengakhiran yang baik dan dijauhkan daripada segala halangan. Setiap hari, itu doaku pada-Nya. Kuasa Allah telah membukakan pintu hati ku untuk rajin menunaikan sunat Dhuha, yang selama ini hanya jarang-jarang aku lakukan. Sepanjang pengajian ini, aku jarang meninggalkan Dhuha ini. Mungkin berkat doa yang penuh keihklasan dan kejujuran... Allah lihat ketakutan dalam diri ini...Sesungguhnya tiada tempat lain untuk meminta dan memohon pertolongan, selain daripada Dia. Bersihkan diri daripada segala 'kekotoran'. Sentiasa sematkan dalam diri, bahawa kita hanya mampu merancang, segala Allah yang tentukan. Andai Dia tidak mengizinkan untuk segala itu berlaku, maka ianya tetap tidak akan berlaku walau bagaimana sekalipun usaha yang kita lakukan....andai Dia izinkan segala sesuatu itu berlaku, maka dengan apa cara sekalipun ianya tetap berlaku. Yakini itu...insha Allah hati akan tenang dan terhindar daripada ketakutan dan keresahan.

Semester demi semester berlalu, aku gembira dengan apa yang dilalui di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Banyak kenangan bersama rakan-rakan yang dilalui, Mazrah, Siti Kesuma, Hisham, Meera, Nisha, Dida, Mas dan ramai lagi...Kuliah diadakan pada sebelah petang, mulai pukul 6.00 petang hingga 9.00 malam. Adakalanya selepas kuliah, kami akan keluar minum sebelum masing-masing balik ke rumah. Adakalanya kami ada perbincangan untuk tugasan-tugasan yang perlu disiapkan. selepas kelas kami akan adakan perbincangan...indah dan manis semua kenangan yang dilalui. Paling best, bila pada satu semester tu, kami menjalani puasa di bulan Ramadhan di Fakulti...berbuka bersama rakan-rakan, ada yang bawa makanan sendiri, ada yang beli di Kafeteria. Kerap kali juga aku memasak untuk dibawa berbuka di sana. Indah saat itu...

Aku paling bersyukur dan rasa begitu gembira sekali, bila setiap kali mendapat keputusan peperiksaan dan penggredan untuk tugasan...hanya Gred A sahaja yang bersama aku bagi setiap tugasan, sama ada tugasan individu atau tugasan kumpulan. Ya Allah, apa yang Kau berikan ini semakin memotivasikan aku untuk terus berusaha dan terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan yang aku sering bayangkan dalam fikiran ini. Pada setiap semester, aku juga berjaya mengekalkan CGPA 4.00 flat, sehinggakan aku bergraduat dengan CGPA: 4.00 flat...Ya Allah, sungguh hebat keajaiban Mu ini...aku terkadang rasa tidak percaya...namun inilah keajaiban dan kekuasaan Mu...aku pegang kukuh dan erat kata-kata ini "Segala sesuatu ini milik Allah...kiranya itu Allah ingin berikan kepada kita...maka kita akan memilikinya...andai itu bukan milik kita, maka kita tidak akan memilikinya". Terlalu mendalam maksud kata-kata itu.

Pada aku, setiap kejayaan yang hadir sebenarnya perlu dilengkapkan dengan dua bentuk komponen yang penting. Satunya adalah komponen keimanan kita kepada Allah, dan satu lagi adalah komponen sikap kita dan sifat diri yang perlu kita tanamkan dalam diri. Kejayaan tidak mungkin datang bergolek di depan mata...di samping doa kepada Allah, kita juga perlu berusaha dan mempersiapkan diri. Kedua-dua ini akan menjadi pelengkapnya. Allah ingin hambanya berusaha segigih mungkin dan baru lah disusuli dengan doa yang berterusan.

Antara sikap dan sifat diri yang perlu diamalkan/diterapkan adalah:

1. Hati perlu bersih - tiada buruk sangka dan dengki khianat
2. Menghormati orang - anggap semua manusia sama
3. Tidak sombong
4. Sentiasa bertolenransi dalam pergaulan
5. Rajin dan proaktif
6. Ada kesungguhan dan semangat - setiap apa yang dilakukan biar dengan bersungguh.
7. Senyum dan 'enjoy' selalu
8. Lakukan apa sahaja dengan 'hati' - selagi hati rasa tidak puas, maka ia belum cukup. cari lagi!
9. Bertenang dalam apa jua situasi
10. zikir sentiasa, samada di mulut atau dalam hati. Sentiasa ingat Allah sentiasa memerhatikan kita.
11. Berintegriti, jujur dan ikhlas.
12. Sentiasa membantu dan menghulur pertolongan
13. Mengamalkan komunikasi yang baik
14. Tiada istilah jemu dan putus asa

Kedua-dua PAKEJ yang aku tuliskan di atas adalah pakej yang PERLU, dan ia tidak dijual di mana-mana. Ia perlu datang daripada diri kita sendiri. Untuk berjaya, tiada siapa yang boleh memberikannya kepada kita, kecuali DIRI KITA SENDIRI yang perlu berusaha dan gigih untuk mencapai apa jua yang kita hajati. Berdoa lah kepada Allah agar kita semua sentiasa diberikan taufik dan hidayah dalam melalui kehidupan ini bagi mencapai yang terbaik dan mendapat keberkatan Allah sementara menuju ke destinasi yang abadi di sana...

Justeru, kalau kita kembali semula kepada dua perkara yang hadir dalam fikiran aku di awal pengajian itu, seperti yang aku tulis di atas nun ..maka jelas bahawa perasaan yang hadir dalam diri hanya untuk memberikan keresahan kepada kita. Jadi, bagi menghindari itu semua, apa yang perlu kita buat adalah, jangan sesekali kita 'mereka-reka' cerita dalam fikiran kita, kerana ia belum tentu benar begitu...Tipsnya adalah, kita hanya perlu fikirkan apa yang berlaku pada masa sekarang...jangan sekali-kali memikirkan apa yang telah berlalu, dan apa yang bakal mendatang, kecuali atas perkara yang memotivasikan sahaja. Perkara luka yang berlalu, dan perkara mendatang yang bakal menyesakkan, buang ia jauh-jauh dari fikiran!

Penghujung kalam, aku kongsikan beberapa keping gambar kenangan bergraduasi dulu...









Salam Hormat
RZH

Comments

  1. tahniah...sangat memberi motivasi...terima kasih puan.

    ReplyDelete
  2. Tkasih tuan. Alhamdulillah... Semoga bermanfaat buat kita semua

    Salam Hormat.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe