Sudah 5 hari aku tak sempat membuka blog. Lately agak sibuk sikit dengan kerja-kerja di pejabat untuk membereskan semuanya sebelum bercuti akhir tahun ni. Hari ni baru berkesempatan masuk ke blog untuk 'bertanya kaba' blog yang ditinggalkan lima hari ni. Malam ni rajin nak menulis, saja nak hilangkan rasa penat...
Dalam penulisan kali ini aku ingin berkongsi tentang nilai sebuah persahabatan. Sebelum tu, kita berikan dulu apakah maksud 'persahabatan'. Mengikut Kamus Dewan, secara ringkasnya sahabat itu adalah kawan, teman, taulan.
Dalam kes aku, kami semua bersahabat sejak di tingkatan satu di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa. Masa tu, tidak lah semua kami dalam satu kelas. Ada yang dalam kelas aliran Perdagangan dan ada yang dalam aliran sastera. Aku pada masa itu, tahun 1984, melangkah memasuki alam sekolah menengah, iaitu berpindah daripada alam sekolah rendah kepada alam sekolah menengah. Rasa teruja memang luar biasa, sebab masa tu, diri seakan rasa dah besar, walhal hakikatnya baru saja di usia 13 tahun...masih terlalu banyak didikan perlu ditimba. Didikan rohani dan jasmani.
Melalui kehidupan sebagai pelajar di SMPC dengan pelbagai sahabat baharu ditemui, ya memang seronok.... sabahat-sabahat yang baru ditemui ini datang daripada cantuman dan gabungan beberapa sekolah di sekitar kawasan Pengkalan Chepa, yang semuanya pada masa itu bertumpu ke SMPC sahaja. Kecuali yang cemerlang di peingkat Penilaian Darjah Lima (sekarang dah tak ada), mulai tahun 1987 digantikan dengan UPSR, tapi di peringkat Darjah 6. Dulu-dulu masa tahun 80-an, sebelum tahun 1987, peperiksaan berlaku semasa Darjah 5.
Sahabat baharu ditemui dan kami semua berkenalan, sehinggalah ke tingkatan 5. Melalui peperiksaan SRP (kini sudah tiada, diganti dengan PT3 mulai tahun 2014), kemudiannya disusuli dengan SPM pada tingkatan 5. SPM ini kiranya penamat dan penghujung untuk persekolahan di peringkat Menengah. Selepas daripada sini, bagi yang cemerlang akan terus ke matrikulasi atau Diploma, dan ada ramai juga yang meneruskan pengajian ke Tingkatan 6, termasuk lah aku.
Lima tahun bersama sahabat di SMPC, sudah pasti terlalu banyak kenangan yang diciptakan. Suka dan duka dilalui bersama. Segala kenangan yang dilalui dengan tempoh masa lima tahun itu telah mengikat kami semua dengan erti 'sahabat sejati'...apa maksud sahabat sejati...pada aku, aku mendefinisikan sahabat sejati, apabila hubungan silaturrahim sebagai seorang sahabat terus berkekalan hingga sekarang dan insha Allah selamanya. Saling mengingati antara satu sama lain, saling bertanya khabar walaupun tinggal berjauhan, saling menghormati, saling tolong-menolong, dan sentiasa menghargai persahatan yang terjalin. Ternyata, setelah lebih 30 tahun berlalu, persahabatan ini terus terjalin.
Dengan perkembangan teknologi yang ada, facebook, Wassap dan macam-macam lagi, semua sahabat-sahabat yang lama zaman persekolahan dulu kini berkumpul kembali di alam siber. Daripada sini, maka bermulalah trending yang disebut-sebut...REUNION... begitu hebat fenomena Reunion ini sejak lima enam tahun kebelakangan ini. Sahabat-sahabat dalam team aku juga tidak ketinggalan. Kami sempat menganjurkan dua kali Reunion, satunya di Melaka, dan satu lagi di Hutan Liput Kanching, Selangor...'togeder-geder' berkumpul buat 'pot-luck' dengan aneka pilihaan menu yang dimasak oleh setiap famili. Memang best!!!! Terima kasih kepada Awe, sebagai Pengerusi kepada Alumni kami ini.
Reunion di Kanching ini kami adakan pada 8 April 2012, kalau tak silap aku melibatkan lebih kurang 10 famili dengan pasangan dan anak-anak masing. Persahabatan kembali dieratkan. Sesekali bertemu memang rasa teruja dan penuh kegembiraan. Seandainya erti persahabatan ini sangat jujur dan sangat ikhlas, antara masing-masing memang tidak sukar untuk 'mix together' dengan masing-masing pasangan kepada sahabat kita yang baru dikenali pada masa itu.
Rupanya diam tak diam, sudah hampir 4 tahun ianya berlalu...'How time flies'...tanpa sedar. Namun kenangan itu seakan baru semalam berlalu. Apakah agaknya benefit yang diperoleh daripada Reunion ini. Ya, secara ringkas, ianya sangat baik untuk memupuk kembali persahabatan yang terputus setelah meninggalkan alam persekolahan, dapat tahu tentang kerjaya sahabat kita (bekerja di merata tempat, mungkin di sektor kerajaan atau sektor swasta, yang kini ada antaranya adalah boss-boss di mana bahagian. Namun dengan syarat Reunion yang diatur perlulah melibatkan bersama famili masing-masing...biar silaturrahim itu dipanjangkan juga kepada pasangan kita dan anak-anak. Andai kata tidak melibatkan bersama pasangan, dalam dunia yang penuh cabaran ini, dikuathiri menimbulkan kesan yang negatif di kemudian hari. Andai ini berlaku, Reunion ini sebenarnya bukan 'membina perhubungan yang terputus', tapi sebenarnya ia 'meruntuhkan perhubungan yang sedia erat terjalin'.
Aku kongsikan beberapa keping gambar kenangan...
RZH
Comments
Post a Comment