Buat pertama kalinya saya ingin berkongsi resepi dalam Blog ku ini. Resepi pertama yang saya nak share adalah 'Ketam Goreng Bercili"...ini memang masakan kegemaran saya..mudah, cepat dan ringkas. Suami dan anak-anakpun suka.
Mula-mula dulu, saya buat resepi ni sebab malas nak buat sambal tumis secara proper, tapi bila sekali buat 'resepi malas' ni, rupanya sangat sedap dan menyelerakan...bila tak banyak sgt bawang di dalamnya, kita tak rasa cepat muak...dan tak perlu tumis lama. Sebab tu saya gunakan cili besar yang segar tu, bukan cili kering ya. Cili kering kita gunakan untuk betul2 buat sambal tumis yang proper tu.
Mula-mula dulu, saya buat resepi ni sebab malas nak buat sambal tumis secara proper, tapi bila sekali buat 'resepi malas' ni, rupanya sangat sedap dan menyelerakan...bila tak banyak sgt bawang di dalamnya, kita tak rasa cepat muak...dan tak perlu tumis lama. Sebab tu saya gunakan cili besar yang segar tu, bukan cili kering ya. Cili kering kita gunakan untuk betul2 buat sambal tumis yang proper tu.
Kita kongsi dulu bahan-bahannya:
1. Ketam (untuk 6 ekor)
2. Cili merah 10 biji
3. Bawang putih seulas besar
4. Bawang merah seulas sahaja.
5. Minyak untuk menumis
6. satu sudu teh kunyit serbuk
7. sedikit belacan (tak nak bubuh pun tak apa, tapi kalau bubuh lagi bangkit baunya dan lebih sedap)
8. Garam Gula secukup rasa
Cara-cara membuatnya.
1. Bersihkan ketam. Cabutkan semua sepit-sepitnya.
2. Gaulkan ketam dengan sesudu besar garam dengan sedikit kunyit.
3. Dalam masa yang sama letakkan kuali atas dapur dan masukkan minyak untuk menggoreng (banyak cket minyak hingga tenggelamkan ketam-ketam tu). Tunggu minyak betul-betul panas. Dan masukkan ketam. Kacau sekejap, kemudian tutup kuali dengan penutup. Api dapur tak perlu dikecilkan. kekal seperti api yang kita nak goreng ikan.
4. Cili besar tumbuk pecah-pecah, jangan sampai lumat sangat. masukkan bawang putih dan bawang merah, dan tumbuk sekali supaya sebati bersama-sama.
5. Bila ketam goreng dan masak, anggaran masa dalam 10 hingga 15 minit digoreng ketam dah masak. tengok kepada saiz ketam juga. angkat ketam. Keluarkan sedikit minyak biar tinggal dalam satu senduk sahaja untuk menumis cili tadi. masakan ni perlu minyak lebih cket baru sedap sikit, sebab ia adalah sejenis masakan kering, dan minyaknya tu tadi boleh jadi mcm kuah dan digaul bersama nasi (bagi yang suka masakan berminyak la).
6. Masukkan cili yang telah ditumbuk tadi, kacau-kacaukan sebentar, ia tak perlu ditumis lama macam kita buat tumis ikan bilis nasi lemak, ia sekejap sahaja sebab, bawang tak banyak dipakai...kemudian masuk gula dalam sesudu besar, atau sesudu setengah, masakan ini perlu manis cket bagi tujuan menjadikan kuahnya seakan nampak melekit...tapi jangan banyak sgt gula tu...nanti terlalu manis, tak sedap pulak. Garam tak perlu lagi sebab dah memadai dengan garam yang telah digaulkan dengan ketam tadi. Tapi kalau rasa dia kurang masin sebab nak diseimbangkan dengan gula tadi, maka tarukkan garam dalam sedikit lagi. kalau suka boleh masukkan ajinomoto.
7. Masukkan ketam, kacau sebati...dan kemudian boleh diangkat dan dihidangkan.
Saya memang suka dengan resepi ini. Ia boleh juga digunakan untuk ikan, sotong, ayam dan udang juga. Terpulang kepada kesukaan masing-masing. Kalau ikan, yang paling serasi dengan masakan ni adalah ikan tongkol . Saya sangat suka buat mcm ni, tapi jangan lupa ikan tongkol tu perlu direbus dulu ya. Kalau nak bawa bekal untuk travel ke mana-mana, aku memang suka buat masakan ni. Dia jenis masakan kering dan boleh tahan lama. Lagipun mudah nak dimakan dalam perjalanan sebab dia tidak berkuah bagai.
Comments
Post a Comment