Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Siro Pisang

 
 
 





Kali ini saya nak berkongsi resepi 'Siro Pise'. Siro Pise ni memang sedap. Selalunya kalau di Kelate, menu wajib di bulan Ramadhan. Ya, memang betul, masa saya kecil-kecil dulu, setiap kali waktu berbuka, mesti ada menu ni. Cara nak buatnya sangat simple. Setahu saya, pisang yang boleh dibuat Siro Pise adalah pisang abu (ore kelate panggil pise kebatu), pisang awak, dan pisang nangka. Kalau ikut saya, pisang abu la yang paling sedap untuk dibuat siro pise. Saya suka yang dah lebih masak cket, lagi sedap dibuat siro pise sebab dia lagi menjadikan kuah dan pise tu sebati molek. Tapi ada juga sesetengah orang suka pise nangka, makanya terpulang lah kepada selera masing-masing.

Siro pisang ni ada dua jenis. Satunya yang jenis kuah pekat, yang kuahnya warna kuning diraja (dmasukkan dalam setitik pewarn kuning telur). Satu lagi jenis yang berkuah banyak tu, dan warnanya warna asli jernih daripada air yang kita masukkan.

Mari kita tengok bahan-bahannya, mudah sangat...cuma masalah mungkin tang pisang aje la...sekarang ni saya dapati pisang abu sudah sangat sukar ditemui. Saya ada juga bertanya kepada penjual, kenapa sekarang ni susah nak jumpa pisang abu, mereka kata, pisang abu sekarang kena serangan penyakit...tu yang tidak menjadi sangat...ermmmm...entah lah...pisang pun ada penyakit ya....


Bahan-bahan

1. Pisang dalam 10-15 biji
2. Gula dalam 3/4 cawan (boleh agak-agaak mengikut kemanisan yang dikehendaki. Siro pisang ni kena buat manis sebab memang pesennya jenis manis, kalau tidak tak sedap nanti)
3. Air. Masukkan hingga tenggelam pisang tu. Resepi yang saya buat ini jenis kuah pekat ya, bukan kuah yang cair.
4. Sehelai daun pandan disimpul comey.
5. Bunga cengkih dalam setengah sudu teh. Anggaran dalam 12 biji. Bunga cengkih ni pada saya memang wajib kalau nak buat siro pise. Ada juga orang tak taruk ni, maka hilanglah nikmat rasa sebenar siro pise itu.


Cara-cara

1. Keluarkan pisang daripada kulitnya dan potong dua atau potong empat seperti dalam gambar. Kalau nenek saya, dia akan rendamkan dulu sekejap pisang tu dengan air kapur, tapi saya tak buat sebab saya tak suka pisang tu jadi agak pejal cket selepas direndam dengan air kapur. Mengikut nenek saya, tujuan merendam tu, untuk hilangkan sedikit rasa masam/kelat pisang tu, dan nak bagi pisang tu pejal cket.


2. Kemudiannya pisang dimasukkan dalam periuk. Masukkan air. Masukkan pewarna kuning, diratakan keseluruhan air tu, masukkan gula, daun pandang dan bunga cengkih.

3. Bolehlah dimasak atas api sehingga menggelegak. Bila dah menggelegak, pelankan api sikit, beri dia mereneh sekejap bagi tujuan air gula dan rasa cengkih tu menyerah lebih dalam pisang.

4. Boleh diangkat dan dihidangkan.


Selamat mencuba...
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...