Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Ikan Merah Gulai Darat



Pada entri kali ini, saya nak berkongsi dengan semua resepi gulai darat resepi turun temurun famili saya di Kelantan. Sesekali saja saya masak gulai darat ni, sebab bila beria nak bersantan bagai, memang saya malas sikit, tapi bila dah buat memang seronok sebab bila kita ni jenis suka memasak, kepuasan tu lain cket. Setiap kali dapat dihidangkan kepada suami dan anak-anak, memang rasa gembira mereka makan daripada air tangan kita sendiri kan.
 
Pada orang kelate, gulai darat ni meme sohor la pendek kata gak. Okey, kita terus kepada bahan-bahannya ya.
 
Bahan-bahan:
 
1. Ikan merah, atau ikan apa saja boleh.
2. Cili api dalam satu genggam (bergantung kepada kepedasan yang anda mampu). Jangan guna cili kering ya, sebab falsafah gulai darat ni, dia berwarna pucat kehijauan atau kekuningan, bukan merah mcm kita guna cili kering itu. Jadi jangan sesekali guna cili kering untuk gulai darat ini.
3. Bawang merah 5 hingga 7 ulas
4. sedikit sahaja bawang putih. seulas itu dibahagi dua. (kalau gulai kuning biasa saya memang tak guna bawang putih)
5. Halia dalam sebesar ibu jari. Untuk gulai darat, saya tak letak lengkuas.
6. Santan kelapa dan RM4
6. Asam keeping dalam 2 atau 3 keeping. Tengok pada saiz asam keeping tu. jangan terlebih masam, nanti gulai tu tak sedap.
6. Bunga kantan satu kuntum - tujuan untuk hilangkan hanyir ikan, dan tambahkan kesedapan dengan bau bunga kantan tu.
7. Garam gula secukup rasa. Jangan sesekali masukkan ajinomoto. untuk gulai darat atau gulai kuning macam ini jangan bubuh ajinomoto, nanti kuahnya jadi berlendir.
 
 
Cara-cara:
 
1. Siang dan cuci ikan bersih-bersih. Kalau malas, minta orang kedai siangkan terus. Balik rumah cuci sahaja. Tips hilangkan hanyir ikan, basuhan yang last tu, cuci sama ada dengan asam jawa, limau nipis, atau gandum. saya kalau semua tu tak ada, tepung kastrdpun saya guna untuk cuci ikan. Selain daripada hilangkan hanyir ikan, cucian dengan bahan-bahan ni sebenarnya lebih menambahkan kesedapan ikan dan masakan.
 
2. Cili api, bawang, dan halia di blend bersama. Tarukkan sedikit kunyit, dalam satu sudu teh.
 
3. Satukan terus dalam periuk, ikan, santan dan rempah yang diblend tadi, bunga kantan dibelah dua, dan asam keping. letak atas dapur dan nyalakan api sederhana. Pastikan kuahnya pekat ya, jangan terlalu cair sangat. Bila masak gulai sebegini, mula api dinyalakan sehinggalah gulai itu mendidih, makanya PERLU dikacau perlahan-lahan tanpa henti. kalau tidak nanti gulai itu tak cantik, jadi berketul-ketul macam 'Sarawak telur'..dah bukan gulai la namanya. Kalau sambil nak kena buat kerja lain, mintalah anak-anak atau siapa yang ada untuk tolong kacaukan ya. Bila dah mendidih, dah okey dan boleh ditinggalkan tak perlu kacau. sesekali saja kacau.
 
Catatan: semasa part ini, saya biasanya masuk terus ikan...tapi ada setengah orang yang tak suka ikan itu dimasak lama, maka jangan masukkan ikan tu dulu, masukkan ikan selepas kuah dah mendidih. jadi ikan tu tidak dimasak lama atas api.
 
4. Bila dah mendidih dalam beberapa minit, dah boleh masukkan gula dan garam secukup rasa, seimbangkan dengan rasa masam-masam asam keping tadi. kalau saya, biasanya untuk seperiuk masakan harian tu, saya akan masukkan dalam satu sudu besar garam dan lebih kurang dua sudu besar gula. Kecikan api dan biar gulai tu mendidih sampai nampak macam dah hampir ' pecah minyak' ore kalate kata...boleh lah diangkat. kebiasaannya dalam lima minit selepas kita kecilkan api, gulai tu dah boleh dihidangkan.
 
 
Gulai ni pelengkapnya perlu dimakan dengan 'sambal lada' bahasa ore kelate, atau sambal belacan bahasa orang KL. Itu memang pelengkap azali. Makan nasi dengan sebarang bentuk gulai tapi tidak bersama sambal lada...ermmm, memang akan rasa 'lecah' cket..tak sedap dan 'tak nyakut molek', ore kelate kata. Justeru, kalau setiap kali anda masak gulai, makanya buat lah sekali sambal belacannya. baru la lengkap hidangan itu.
 
Selamat mencuba!!!
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke