Skip to main content

Modul Pengurusan Majlis & Protokol


Pengenalan

Pengurusan Majlis dan Protokol adalah salah satu cabang pengurusan yang penting. Pengurusan majlis ini sangat penting dalam sesebuah organisasi, tidak kira sama ada ianya organisasi besar ataupun organisasi kecil, organisasi di peringkat alam pekerjaan sebenar mahupun di peringkat pengajian di Universiti/Kolej/Sekolah. Semua peringkat ini mempunyai acara-acara atau program-program yang perlu dilaksana dan diuruskan dengan baik dan cekap. Pengurusan dan pelaksanaan majlis dengan cekap dan teratur bukan sahaja akan dapat mencapai matlamatnya, tetapi juga dapat memberikan imej dan identiti korporat yang baik dan menggambarkan tahap profesionalisme yang tinggi kepada organisasi dan penganjur, malahan juga kepada Jawatankuasa/individu yang terlibat.


Matlamat

Matlamat Modul Pengurusan Majlis dan Protokol ini adalah:

1. Memberi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai teori dan amali dalam pengurusan majlis dan asas protokol majlis.
2. Membimbing pelajar mengenai cara dan teknik yang betul dalam menguruskan dan mengendalikan majlis rasmi.
3. Memberi pengetahuan dan melatih pelajar tentang etiket sosial, dan komunikasi dalam pengurusan majlis.
4. Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai cara penyediaan Teks ucapan dan Teks Pengacaraan yang betul.
5. Memberikan latihan pengurusan majlis kepada pelajar melalui tugasan-tugasan dan kerja lapangan/praktikal yang diberikan.
6. Mengelakkan berlakunya kesilapan dan kecacatan dalam menguruskan majlis yang boleh mencalarkan imej.
 

Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran – Hasil pembelajaran yang perlu dicapai melibatkan 3 domain iaitu Kognitif (Pengetahuan), Psikomotor (Kemahiran Praktikal) dan Afektif (Kemahiran Insaniah).


Kandungan

Modul ini mengandungi tajuk-tajuk seperti berikut:

1. Pengenalan kepada Pengurusan Majlis dan Protokol
  • Teori & Kesarjanaan
  • Definisi & Maksud
  • Kepentingan
  • Jenis-jenis Majlis
  • Peringkat Majlis
  • Asas Protokol

2. Tatacara Pengurusan Acara
  • Penyediaan Kertas Konsep/Kertas Kerja
  • Peranan dan Tanggungjawab Urus Setia
  • Penubuhan Jawatan Kuasa & Pengagihan Tugas
  • Pelaporan
  • Post-Mortem

3. Protokol Majlis & Elemen Protokol
  •     Susunan Keutamaan
  •     Susunan Tempat Duduk Tetamu Kehormat di Pentas
  •     Panggilan Hormat
  •     Susunan Bendera
  •     Elemen Protokol
4.  Penyediaan Atur Cara & Atur Cara Pentadbiran
5.  Penyediaan Jemputan & Senarai Jemputan
6.  Penyediaan Salutasi & Teks Ucapan
7.  Etiket Sosial & Elemen Etiket
8.  Pengacaraan Majlis & Skrip Pengacara
9.  Publisiti & Pengurusan Media
10. Fotografi/Rakaman gambar Sepanjang Majlis Berlangsung
 

 Penilaian (Refleksi & Aktiviti)

 Penilaian dibuat mengikut komponen berikut:
  • Tugasan & Pembentangan (20%)
  • Projek/Praktikal (20%)
  • Kuiz (10%)
  • Peperiksaan Akhir (40%)
  • Kehadiran ke Kelas (10%)

Rujukan

Panduan Pengurusan Majlis, 2014. Jabatan Perdana Menteri. 
Mokhtar bin M. Tohar, 2007. Protokol dan Etiket Dalam Pengurusan dan Menghadiri Majlis.  
   Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. 
Mokhtar bin M. Tohar 2001. Protokol di Malaysia, Tradisi & Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
  dan Pustaka. 
Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Amalan Perhubungan Awam dan Protokol. Selangor: Percetakan
  Asni Sdn. Bhd.


RZH
15 Disember 2015

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke